Mengulas kematian setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, Malaysiakini memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata:
"Jangan tuduh-tuduh. Kalau tuduh, kenyataan mereka keluar nanti dekat laporan akhbar, menyebabkan masyarakat buat pandangan (sendiri) sebelum penyiasatan dibuat".OK, Bro. Saya tak nak tuduh-tuduh. Saya nak tanya ja.
Saya ambil laporan Malaysiakini sebelumnya.
Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.Mamat tu kata, Teo "dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi".
Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.
SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Saya pernah beberapa kali ditangkap polis dan disumbat ke dalam lokap. Saya juga pernah dipanggil untuk memberi keterangan. Bagi keterangan ja, bukan tangkap.
Mentaliti orang yang ditangkap atau dipanggil diberi keterangan, sebaik sahaja dilepaskan atau disuruh balik, apa nak tunggu lagi? Terus balik, terus cabut.
Petikan http://penarikbeca.blogspot.com/2009/07/kalau-dia-bunuh-diri-pasai-apa-sprm.html
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.