----------------$$$$----------------

InstaForex

1/02/10

PAS ambil pendekatan berhemah dalam hubungan antara kaum


BUTTERWORTH, 1 Feb: PAS mengambil pendekatan secara berhemah dalam menangani sebarang masalah atau isu yang membabitkan kaum lain. Ini termasuklah dengan mengadakan dialog sekiranya ia boleh menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa dalam satu sesi dialog dengan penganut Kristian mengenai isu penggunaan kalimah Allah di Gereja Nativity of The Blessed Virgin Marry, Jalan New Ferry, Butterworth.

Menurut Mujahid lagi, dialog yang diadakan ini merupakan jalan terbaik bagi menghilangkan keraguan mana-mana pihak berkaitan isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

"Kita mahu memberi penjelasan yang sebenar kepada penganut agama lain bahawa Islam sebenarnya tidak membenarkan mana-mana penganutnya untuk bermusuhan dengan sesiapa sahaja.

"Kita dalam PAS akan mengambil pendekatan secara berhemah bagi menyelesaikan apa jua isu yang berbangkit. Saya juga percaya melalui dialog yang diadakan ini maka kita akan dapat mengetahui pendirian sebenar sesebuah parti politik dalam menangani isu yang sengaja direka cipta atau terjadinya ia secara kebetulan sahaja.

"Oleh kerana itu maka masyarakat Kristian jangan mudah terpengaruh dengan mainan pihak tertentu yang ingin melihat negara berada dalam keadaan yang bercelaru," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS.

Kemungkinan juga, kata beliau, mereka ini menjadikan isu ini sebagai suatu cara untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap masalah yang sedang melanda mereka sekarang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parti Buntar berkata, PAS negeri akan tetap berpegang kepada Perkara 3 dalam Perlembagaan Negara yang termaktub didalamnya bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara dan dalam masa yang sama menjunjung tinggi Perkara 11(4) berkaitan dengan kebebasan beragama dalam negara ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3