----------------$$$$----------------

InstaForex

24/03/10

"Bekerjasama dengan Umno laksana memikul biawak hidup" - Haji Hadi


Langkap,: Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang menegaskan bahawa PAS tidak akan mengambil kekuatan daripada parti yang berpenyakit; parti yang sedang melalui kelemahan. Beliau juga menganggap bekerjasama dengan Umno adalah laksana memikul biawak hidup.


“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian, kita lapah biawak, ambil kulit dia tu, boleh tak?” Tanyanya dengan disambut sorak ketawa para penyokong di pejabat Dewan Penyokong PAS di sini tengahari tadi.


Demikian reaksi TGHA terhadap seorang wartawan akhbar bahasa Cina yang bertanyakan samada PAS akan bekerjasama dengan Umno.



TGHA tiba di pekan kecil ini tengahari tadi untuk menyampaikan ucapan takziah dan sedikit sumbangan PAS Pusat kepada keluarga mendiang Siva, Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang ditembak mati pada minggu lalu.


Menurut TGHA, PAS sudah berpengalaman bersama dengan Barisan Nasional. Pada tahun 1974-1978, PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional dan telah mengalami pengalaman yang banyak yang menjadi pelajaran kepada PAS.


Beliau menjelaskan, bahawa selagi Umno tidak boleh membuat perubahan, tidak menerima matlamat untuk mengubah sistem kehakiman, mengubah SPR, mengubah amalan demokrasi yang betul-betul demokratik yang adil; kalau Umno tidak sanggup membuat perubahan ini, tidak ada guna PAS mengadakan kerjasama dengan mereka.


“Mereka mesti terbuka untuk mengembalikan Kehakiman,mengembalikan Demokrasi, mengembalikan Kebebasan Media dan mesti dibuktikan dahulu dengan menunjuk sikap yang positif terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dimana mereka rampas royalti Terengganu, yang menafikan royalti Kelantan, yang menafikan hak Pulau Pinang, hak Kedah …,” katanya.


Beliau juga berkata, “Kalau Umno nak bekerjasama , media-media mesti diberikan peluang kepada semua dan tunjukkan dahulu cara-cara yang baik termasuklah Federalisme, yakni konsep Persekutuan mengikut perlembagaan.”


“Tidak ada penunujuk-penunjuk arah yang positif. Bagaimana nak bekerjasama? Apa yang berlaku, makin hari makin merosot,” katanya lagi.


Seorang wartawan akhbar Sin Chew telah memuji kenyataan TGHA tersebut dengan mengatakan bahawa kaum Cina dan India tentu akan bertambah yakin terhadap apa yang dinyatakan itu, Tuan Guru menjawab :


“Ya, supaya kaum India dan Cina melihat kerajaan kita di negeri-negeri Pakatan Rakyat apa yang kita buat walaupun kita menghadapi pelbagai kepayahan, kita laksanakan seboleh mungkin yang kita buat.


Kepada pertanyaan wartawan yang sama , mungkinkah kaum Cina , India dan bukan-Muslim diterima terus menjadi ahli PAS selepas ini? Tuan Guru berkata:


“Ya, kita telah membuat satu anjakan paradigma dengan memasukan peruntukan di dalam perlembagaan PAS, menubuh Dewan Himpunan Penyokong PAS dan menjadikannya sebagai satu cabang daripada PAS.


Berita asal: alhusseyn51.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Syabas PAS kerana berjaya bersaudara dgn DAP dan cuba mengislamknnya selepas mengkafirkan Melayu Islam.Sememangnya PAS berada dilandasan yg selesa bersama DAP tetapi landasan itu menuju ke kehancuran.Akhirnya Nik Aziz tetap terompah kayu yg digunakn Anwar utk ketandas dan kdg2 dipinjam oleh DAP utk membaling anjing..Xsabar menunggu NikAziz melangkah mayat Karpal Singh utk wujudkn Negara Islam..Takbeerrr dan TigerBeeer utk Khalifah Guan Eng..

    BalasPadam

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3