----------------$$$$----------------

InstaForex

15/04/10

Demo bantah APCO esok

KUALA LUMPUR, 15 April: Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan himpunan aman esok bagi membantah pembabitan firma rundingan APCO Worldwide dalam mempromosikan 1Malaysia.


Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru sejurus selesai solat Jumaat.


"Kita menyeru kepada semua umat Islam dan warga prihatin untuk membantah penglibatan syarikat Israel (APCO Worldwide) dalam komunikasi negara.


"Penglibatan mereka akan mendedahkan maklumat penting negara," katanya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.


Selain itu menurutnya, bantahan esok juga bagi menuntut kerajaan menamatkan serta merta khidmat firma perunding terbabit yang dilat tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.





"Kita menuntut khidmat firma perunding ini ditamatkan serta merta, bukan tunggu bulan Ogos.


"Kerajaan perlu teliti dan berhati-hati melantik syarikat luar kerana Israel ini saban hari membunuh dan menindas umat Islam di Palestin," tegasnya.


Selain itu, huimpunan sama juga dijangka turut diadakan di seluruh masjid negeri di seluruh negara esok.



1 ulasan:

  1. Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional Di Gebent Kuantan..........

    Soalan yang saya tuju kepada LySoalan yang saya tuju kepada Lynas Malaysia tidak pernah dijawab............

    Saya tanya mereka jika mereka boleh berjanji bahawa produk yang akan keluar daripada kilang Lynas LAMP Gebeng hanya akan digunakan oleh industri industri Mesra Alam dan tidak di jual kepada Amerika Syarikat untuk tujuan menghasilkan Bom Pintar dan bermacam macam lagi senjata.

    Mereka tidak pernah membalas.

    Kita semua tahu senjata senjata dan bom bom pintar ini dijual kepada negara negara seperti Israel. Ia kemudian di gunakan untuk menindas dan membunuh lebih ramai rakyat Palestin yang tidak dapat mempertahankan diri mereka.

    Apa yang tidak dijual kepada Israel digunakkan untuk membunuh orang orang tua, wanita dan kanak kanak di negara negara seperti Iraq dan Palestin.........

    Semua ini dengan senjata yang mengunakkan produk yang dihasilkan di bumi kita............

    Tidak kah kita pun patut dipertangungjawabkan dengan apa yang di lakukan di bumi Palestin, Iraq dan Afghanistan jika kita tahu tentang perkara...nas Malaysia tidak pernah dijawab............

    BalasPadam

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3