----------------$$$$----------------

InstaForex

21/05/11

Bubar PKR: KP RoS ikut telunjuk Umno, kata Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pegawai tertinggi Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana bersikap tidak professional dan tunduk kepada campurtangan Umno untuk mensabotaj pembangkang.

anwar speech at mpaj 050511 05Alasan RoS untuk mengharamkan PKR kerana memecat seorang ahlinya tidak masuk akal dan menzahirkan camputangan politik dalam jentera pentadbiran negara, kata Anwar dalam wawancaranya dengan TV Selangor.



"Dalam kes terbaru Pendaftar Pertubuhan, (keputusan) jelas dibuat pada tahap yang cukup memalukan (apabila) rujuk kepada undang-undang yang salah dan menggunakan peraturan tidak konsisten," kata Anwar.

"Pemecatan ahli dilakukan oleh semua parti termasuk Umno. Ribuan ahli-ahli Umno yang menyertai menyertai Keadilan dipecat tanpa tunjuk sebab oleh RoS tetapi untuk kita, satu kes dijadikan sebagai alasan untuk membatalkan pendaftaran," kata Anwar.

Justeru, gagasan itu menolak perlakuan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman yang didakwa menindas PKR, kata ketua umum parti itu.

NONE"Saya ingin mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan, bahawa mirip politik itu hak mereka tetapi apabila mereka diperalatkan sebagai perkakas murahan sebegitu, darjat profesionalisme pegawai dalam sistem pentadbiran itu akan terjejas," katanya.

Anwar berkata kepimpinan Umno sekali lagi bersikap diktator apabila menggunakan RoS untuk membubar PKR berasaskan undang-undang parti yang direkayasa dan maklumat salah.

Bertindak zalim

Beliau berkata sekalipun RoS bertindak zalim membatalkan PKR, perjuangan parti itu tetap diteruskan.

"Saya ingin mengingatkan mereka kalau pun dibatalkan, kita akan tetap lawan, kita yakin dan kita ada cara atasinya. Jangan mereka ingat mereka ini (Hosni) Mubarak," kata beliau merujuk kepada bekas Presiden Mesir yang ditumbangkan dalam arus kebangkitan rakyat menuntut demokrasi dan keadilan.

Dalam wawancara dengan TV Selangor ini, Anwar berkata pihaknya akan sentiasa mendokong pegawai kerajaan yang mengutamakan keberhasilan negara tetapi menolak mereka yang bertindak bagi memenuhi agenda politik Umno.

NONEAwal minggu ini RoS memberi notis membatalkan pendaftaran PKR mulai 9 Jun depan kerana memecat seorang ahli bernama A Jayagopal pada tahun 2009 tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Displin parti itu.

Namun peruntukan yang dirujuk RoS itu tidak terkandung dalam perlembagaan parti. Malah nama ahli yang dipecat juga adalah salah.

Pimpinan PKR menyifatkan notis RoS itu berniat jahat dan bertujuan mengekang penyertaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan dipanggil tidak lama lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3