----------------$$$$----------------

InstaForex

10/05/12

Ekspatriat Singapura dakwa diserang pengawal peribadi kerabat diraja Malaysia

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Empat ekspatriat Singapura mendakwa mereka telah diserang pengawal peribadi keluarga kerabat diraja Malaysia ketika bercuti di salah sebuah pulau di Johor.

The Straits Times hari ini melaporkan keempat-empat lelaki tersebut “diserang dengan kejam” tidak berapa lama apabila mereka menjejakkan kaki ke pulau Resort Alang Rawa, di Pulau Rawa, serangan kedua selepas tujuh tahun di pulau tersebut yang dikaitkan dengan kerabat diraja.

Menurut akhbar terbabit, serangan yang berlaku di kepulauan berhampiran Mersing itu menyaksikan lelaki British 28 tahun mengalami kecederaan dan rakan Jermannya, mengalami pendarahan di otak.

“Mereka memegang lengan saya, mengepung dan menendang saya di kawasan sulit untuk melumpuhkan pergerakan saya, kemudian terus membelasah saya,” kata lelaki yang tidak mendedahkan indentitinya itu, dipetik The Straits Times.

Menurut beliau, dia dan tiga rakannya berusia lingkunganm 20an sedang menikmati makan malam pada Jumaat malam apabila VIP Malaysia itu sampai dengan “kawalan keselamatan yang banyak diiringi dengan muzik hip hop”.

Menurut akhbar itu lagi, dua mangsa dijemput untuk minum bersama mereka, yang turut berusia dalam lingkungan 20an termasuk sepupunya, untuk meminum minuman keras.

“Beliau sangat peramah pada mulanya. Rakan saya sedang berbual dengan VIP tersebut dan sepupunya sebelum lelaki berkenaan tidak semena-mena menamparnya,” katanya.

“Saya tidak tahu butiran perbualan tersebut, saya berada agak jauh daripada mereka, tapi ada benda yang tidak dikatakan dengan betul.”

Menurut lelaki British, rakan Jermannya itu telah diiring ke tandas oleh pengawal peribadi berkenaan.

“Saya cuba melihat apa yang berlaku, tapi ditolak keluar daripada tandas,” katanya lagi. “Saya tidak tahu apa yang berlaku, namun dia kemudian meluru keluar ... melalui kawasan bar, dan kemudiannya ke pantai melalui kawasan hutan, dan mereka mengejarnya.”

Tambahnya lagi, lelaki yang selebihnya kemudian melihat ke arahnya sebelum dia melarikan diri ke laut, dan berenang ke pantai apabila penyerang berkenaan sudah menghilangkan diri.

Dia kemudiannya berlari ke bilik dan memaklumkan kepada rakan-rakannya yang lain namun penyerang tersebut telah menangkap rakan Jerman mereka.

Menurut akhbar itu, kumpulan itu diarah untuk meninggalkan pulau keesokan paginya sebelum menjelaskan bayaran penginapan mereka.

“Kami diarahkan supaya meninggalkan kawasan pulau oleh seorang wanita Eropah kerana keadaan tidak lagi selamat,” kata lelaki British.

The Straits Times turut melaporkan walaupun Alang Rawa telah mengesahkan mereka adalah tetamu di sana, pengurus operasinya, Fairus Ahmad, bagaimanapun menafikan kejadian itu, termasuk pengurus Rawa Safaris, satu-satunya resort di pulau berkenaan.

“Kami telah menyemak dengan staff dan pengurusan dan mereka mengesahkan tidak menerima maklumat berhubung kejadian itu,” kata Fairus.

Akhbar itu melaporkan, lelaki Jerman itu diletakkan di unit jagaan rapi dengan pendarahan di otak dan telah dipindah ke wad normal semalam.

Pada 2005, sekumpulan enam lelaki, didakwa termasuk putera Johor, menceroboh perkahwinan pasangan Brazil di Pulau Rawa dan menyerang tetamu menggunakan kayu golf dan objek tajam.

Polis menahan empat lelaki termasuk kerabat diraja Johor lingkungan 20an, namun membebaskan mereka atas ikat jamin beberapa hari kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3