----------------$$$$----------------

InstaForex

11/07/12

Tindakan jika parti politik salahguna foto anggota polis

Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik yang menyalah guna gambar anggota atau pegawainya yang lengkap beruniform untuk dicetak pada bunting kempen, misalnya bagi tujuan mengadakan ceramah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata tindakan itu bertujuan menjaga maruah dan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat bagi mengelak dilihat sebagai menyokong mana-mana parti politik di negara ini.

Tindakan ini diambil berikutan PAS kawasan Rantau Panjang mencetak gambar bekas Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Omar yang bersara pada 1998 di bunting untuk hebahan ceramah isu semasa mereka pada 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas, katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam tadi.

Beliau berkata walaupun bekas pegawai kanan polis itu merupakan seorang daripada penceramah, gambarnya yang masih dalam uniform polis tidak boleh dicetak bagi mengelak salah tanggapan masyarakat.

Bunting yang digantung di jalan raya Meranti, Pasir Mas turut memapar gambar dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PAS iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Siti Zailah Mohd Yusoff yang hadir untuk memberi ceramah.

Jalaluddin berkata pihaknya mengambil tindakan mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Polis 1967 (kuasa untuk membuat perintah-perintah bagi mengawal pertunjukan bendera dan lain-lain) yang boleh membawa hukuman denda RM500 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3