----------------$$$$----------------

InstaForex

8/07/12

Bekas Ketua Hakim: Kes Liwat II bukti kehakiman bebas

Semua pihak perlu menghentikan tuduhan yang mendakwa badan eksekutif campur tangan dalam urusan badan kehakiman di negara ini, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Beliau menegaskan ketika menjadi Ketua Hakim Negara bermula tahun 2008, Perdana Menteri atau menteri kabinet lain tidak pernah campur tangan atau bertanya tentang kes-kes yang berjalan di mahkamah negara ini.

"Hubungan yang ada antara saya dan Perdana Menteri adalah semasa proses pelantikan hakim, belanjawan untuk badan kehakiman atau urusan lain seperti dalam perlembagaan.

"Jangan sesekali tuduh badan kehakiman tunduk kepada badan eksekutif. Ini terbukti oleh fakta, beberapa kes dalam sejarah, kita tidak memihak kepada badan eksekutif," katanya ketika berucap menutup bengkel khas Penggubalan Undang-undang Negara di Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Zaki bersara daripada badan kehakiman ketika berusia 66 tahun pada 12 Sept tahun lepas.

Beliau memberikan contoh kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Jika ada campur tangan sudah tentu mereka (badan eksekutif) mahu Anwar disabitkan dalam kes itu bagi menghalang dia daripada buat masalah kepada badan eksekutif," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Zaki yang juga Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam berkata lebih 90 peratus daripada kira-kira 1,000 maklumbalas diterima suruhanjaya itu melibatkan kenaikan gaji serta elaun kakitangan awam.

"Kita tidak menafikan keperluan kenaikan gaji ini, namun apa yang lebih penting bagaimana kita hendak menambah baik perkhidmatan awam supaya mampu memberikan hanya yang terbaik untuk rakyat.

"Sekiranya perkhidmatan awam lebih baik, lebih cepat dan tepat, kos pengurusan ditanggung kerajaan berkurangan. Jika kos kurang sudah tentu ada ruang dalam belanjawan untuk naikkan gaji, kakitangan awam perlu fikir begitu," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3