Seorang remaja perempuan meninggal dunia
selepas disimbah asid oleh seorang lelaki misteri di sebuah premis
makanan berhampiran Towering, Jalan Penampang dekat Kota Kinabalu hari
ini.
Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata mangsa yang
dikenali sebagai Memey Kandusan, 19, meninggal dunia kira-kira 11.20
pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth.
"Difahamkan mangsa sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua
rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, pada
kira-kira pukul 5.30 pagi.
"Suspek yang memakai topi itu dikatakan bertindak melempar sejenis
cecair dipercayai asid ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri
dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata belum ada tangkapan dibuat dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Menurutnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.