----------------$$$$----------------

InstaForex

7/05/14

Isu hudud: MCA kaji kedudukan dalam BN

Timbalan presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menegaskan bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN sekiranya Umno tetap dengan pendirian menyokong usul PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan.

Wee berkata MCA mempertahankan seratus peratus asas perlembagaan persekutuan yang dipersetujui BN sejak merdeka.

"Kalau berlaku (Umno sokong hudud) perkara itu kita akan bincangkan kedudukan kita dalam BN.

"Kita tidak akan sokong hudud PAS," kata beliau dalam program wacana membincangkan pelaksanaan undang-undang tersebut, di Shah Alam hari ini.

Wee menjawab soalan oleh moderator Maszlee Malik yang bertanya sekiranya MCA akan bersama Umno dalam BN, memandangkan parti tersebut membuka ruang kepada PAS untuk nembentangkan rang undang-undang di parlimen.

Wee menegaskan, Umno tidak pernah meminta persetujuan MCA dan komponen BN lain berhubung sokongan kepada usaha tersebut.

Katanya lagi masyarakat bukan Islam berhak untuk bersuara dan memberi pendapat mengenai peraturan dan undang-undang dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Perkukuh undang-undang sedia ada

Beliau menegaskan undang-undang sivil sekarang sudah cukup baik dan perlembagaan memberi ruang untuk penambahbaikan agar sistem lebih baik.

"Kalau nak berlaku adil mesti ada kesedaran orang bukan Islam terima konsep hudud. Tetapi dalam konteks masyarakat majmuk, kontrak sosial, perlu dibincang.

"Undang-undang yang ada sekarang baik dan boleh diperkukuhkan lagi untuk ditambah baik," kata beliau.

Wee turut mempersoalkan sekiranya Enakmen Jenayah Syarikah Kelantan (1993) benar-benar pemperuntukkan peluang kepada orang bukan Islam untuk tidak dikenakan hukuman mengikut hudud.

Beliau turut bertanya mengenai mengenai masalah dalam menjatuhkan hukuman untuk kes melibatkan kesalahan rogol.

"Kalau orang Islam kena rogol, bagaimana nak cari empat saksi. Saya yang bukan Islam tak boleh jadi saksi dan ini menafikan seorang saksi.

"Kalau mengandung tak kahwin terus anggap ia (perbuatan) zina. Dalam kes ini bagaimana nak beza zina dan rogol?," soalnya.

Isu berkenaan dijawab oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, yang menerangkan bahawa pesalah berkenaan masih boleh dikenakan hukuman takzir mengikut undang-undang sivil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3