Ini pendedahan IGP.
Lihat video ;
Point IGP ;
1. Khairul dan Shahrul ditahan oleh staff OPPO sebab mencuri di kedai atas.
2. Shahrul terus ditahan, Khairul pula dibebaskan tetapi tanpa keizinan dari pegawai atasan polis yang membebaskan Khairul. Khairul dibebaskan atas budi bicara.
3. Khairul balik rumah. Ajak geng. Buat cerita tipu. Geng semua kena tipu dengan Khairul. P mengamuk kat Low Yat atas alasan penipuan peniaga.
4. Selepas rusuhan, polis tangkap Khairul dan geng2 yang mengamuk. Geng2 yang mengamuk neh story kat polis. Yang kedai OPPO tipu. Jual barang tiruan. Kemudiannya, polis juga yang sebar info tue kat media. Dan netizens baca sebaran media dengan menyangka geng2 Khairul mengamuk sebab ditipu peniaga. Sampai kata KPDNKK akan siasat sama. Dalam erti kata lain, polis2 kau kena tipu sekali. Bukan aku dan kau je.
5. Polis kemudian siasat lagi. Tengok CCTV. Memang sah kecurian berlaku. Khairul pula didapati buat cerita bohong. Mana ada kes kedai hp jual hp tipu. Dua tiga kali IGP ulang. Habis ramai orang terpedaya dengan penipuan dia. Beria2 pula orang dok bekap dia. Gila keji perangai Khairul kau neh.
6. IGP juga mendedahkan setakat neh 19 ditahan. 4 hari direman. Termasuk Shahrul dan Khairul.
7. IGP juga mahu semua pihak hentikan sebaran karut. Semua pihak yang memandai2 akan ditangkap termasuk Papa Gomo.
8. IGP juga mengatakan pihak2 yang dok buat cerita karut neh ada dalam pemerhatian polis dan setiap dari mereka akan dikenakan tindakan. Polis dah kenalpasti siapa yang menjadi punca utama penyebaran berita palsu.
9. Pendek kata, dalam kerangka yang lebih kecil merujuk kepada kes neh semata2, Low Yat kena fitnah dek mulut Khairul. Tak pasal2 melayu malu kerana sikap Khairul tue. Sekalipun mengiringi si pencuri dan kau tak mencuri kau tetap bersalah juga sebab buat cerita bohong. Tindakan Khairul neh betul2 mencemar maruah orang melayu sebab tak memasal2 melayu dicop membela pencuri. Gila la dia.
Sedikit kronologi macam mana netizens terpedaya dan terheret sama dalam kisah ini.
1. Video rusuhan di Low Yat tersebar.
2. Susulan penyebaran tersebut, pelbagai spekulasi disebarkan.
3. Netizens yang terpedaya dengan sebaran berkenaan mula bergaduh sesama sendiri di laman sosial.
4. Pada awalnya simpati berpihak kepada Khairul.
5. Kononnya kena naya.
6. Apatah lagi dibantu dengan statement polis. Diapi2kan pula dengan cerita tipu dari pihak tertentu.
7. Bertambahla dia mendapat simpati umum.
8. Kebetulannya pula Low Yat memang terkenal sebagai lubuk penipuan.
9. Maka bertambahla sentimen marah.
10. Tetapi semakin lama semakin didapati siapa sebenarnya yang melakukan kesalahan. Apabila polis mula update perkembangan kes.
Semalam ketika berbahas isu Langgar Low Yat, ada orang mesej aku bagitau dia staff Low Yat. Dia kata apa yang aku tulis pasal OPPO tue salah.
Apa yang aku tulis boleh baca disini.
Dia kata tak lama lagi kebenaran akan terungkai. Aku tunggu je. Bukti semua dah ada. OPPO tue mangsa. Bahkan langsung tak terlibat dalam kejadian tersebut sebab budak2 tue mencuri kat tingkat atas. OPPO tue ground floor. Tolong tangkap pencuri. Bukan jual telefon tipu. Tak pasal2 busuk nama OPPO.
Bukan dia nak membekap Low Yat sebab kerja sana tapi dia kata masyarakat perlu membezakan keadaan. Bab peniaga Low Yat menipu customer cerita lain jangan kait dengan bab peniaga Low Yat kehilangan barang dek kecurian.
Dia minta aku betulkan point. Aku cakap. Aku cuma share apa yang disebarkan tak pula aku kata benda tue fakta. Tapi aku akan cari la sumber kepada sebaran maklumat tersebut. Dan, dah dapat nanti aku share. Aku nak tanya budak2 yang sebar di ruangan komen.
Then aku buat la operasi aku. Ini cerita semalam. Tanya punya tanya akhirnya dapatlah source.
Ini sumber asal penyebar ;
Nampak tak?
Aku harap PDRM siasat admin di atas sama. Selepas aku meninjau posting2 di page berkenaan, aku dapati page berkenaan memang gila2 main perkauman. Mereka la punca kepada sebaran palsu. Tak rasa bersalah langsung. Tak memasal orang terpedaya. Dan tak memasal orang melakukan rusuhan kedua untuk mengapi2kan keadaan. Apa jenis orang la neh. Bulan2 puasa neh bawa2 la fikir benda betul.
Jujur aku cakap. Kalau sungguh Khairul langgar Low Yat sebab kena tipu, memang aku sokong. Perlu ada satu sosok untuk lawan kapitalis tamak. Kita takde sosok tue. Sosok2 yang ada cuma sosok2 politician. Yang mana tindakan2nya akan jelas dipengaruhi dengan idelogism partisan. Kita mahu sosok biasa. Sebab sosok biasa cetus impak luar biasa. Macam kes Khairul. Dia sosok biasa. Rakyat fikir dia luar biasa. Sayangnya bukan Khairul yang kena tipu. Kita yang kena tipu. 1 Malaysia kena main dengan Khairul khususnya orang melayu. Gila babeng punya orang. Dengan aku2 sekali kena.
Ada dua jenis melayu.
Perkauman. Yang neh mungkin malu tak ingat dunia lepas IGP dedahkan modus operandi Khairul. Tak pasal2 ko dah kantoi tunjuk sikap sebenar kau.
Yang angin dengan penipuan Low Yat macam aku. Aku tak maki cina2 ke apa ke. Hujah aku solid. Peniaga vs pelanggan. Memang aku takan sokong Low Yat. Aku akan bekap yang kena tipu. Tapi apa kejadahnya aku pun kena tipu sekali dalam cerita neh. Bikin malu saja. Tapi tak la malu banyak macam melayu2 yang perkauman.
Sisi positif insiden langgar low yat neh pun ada. Bukan cerita negatif saja.
Lebih banyak penipuan2 yang berlaku di Low Yat didedahkan kepada umum. Sasaran kita peniaga jahat la. Peniaga jujur kita tak attack oke. Kat sini mendedahkan kepincangan sistem yang dijalankan oleh KPDNKK sendiri. Betapa lemahnya penguatkuasaan mereka. Pemantauan berpihak. KPDNKK perlu fikir idea baru untuk memastikan tugas pemantauan mereka lebih effisen sesuai dengan peredaran zaman. Otak penipu macam Khairul pun dah berkembang ke satu level baru. Takan KPDNKK tak boleh nak upgrade sistem pemantauan mereka bagi membela pengguna yang tertindas?
Tengok. Tipu2 pun guna peguam ;
Belajar dari menteri ke apa gamaknya.
Huhu.
Apa2 pun aku sedikit terkilan dengan stail pembangkang bahas/hurai permasalahan berkenaan. Pendapat aku la. Pembangkang patut mendekati kumpulan melayu yang merusuh dan kumpulan Low Yat yang kena fitnah dalam cerita ini.
Damaikan yang bertelagah dan betulkan salah faham.
Jangan langsung beri ruang untuk pembangkang hanya mendekati kelompok/kaum tertentu je.
Tetapi pembangkang laju2 dah p bekap Low Yat. Memang la akhirnya IGP membuktikan OPPO kena fitnah tetapi kesan dari tindakan tersebut hanya memperlihatkan pembangkang pro kepada kaum bukan melayu.
Jika pembangkang turut mendekati Khairul dan the geng, pembangkang boleh pujuk Khairul minta maaf secara terbuka kerana berbohong kepada rakyat Malaysia. Dan membantu Khairul membetulkan kesilapannya. Gunakan keberanian Khairul kali ini di tempat yang betul. Bukan untuk tipu orang lagi semata2 nak halalkan rusuhan.
Apa2 pun terus lawan kapitalis jahat yang menipu pengguna macam sesetengah peniaga di Low Yat. Benda neh betul2 wujud oke. Tunggu wira sebenar datang. Wira tipu macam Khairul neh biarla berakhir disini. Sejarah mengenang kami warga netizens telah membela seorang pencuri dan penipu dek terpedaya. Ini tak boleh ubah kot. Jilake kau Khairul.
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.