----------------$$$$----------------

InstaForex

19/11/18

Menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan PM dan Senator


Problem
Kami selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, latar belakang serta pendirian politik menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara atas sebab-sebab yang berikut:

- Memburukkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia yang beragama Hindu telah didiskriminasi kerana perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam serta rumah-rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia
- Berkeras mahu meratifikasikan ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada kaum Bumiputera

- Gagal untuk mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial

- Mempunyai latar belakang yang agak kontroversial seperti:
~Pernah menyertai perhimpunan haram HINDRAF 2007
~Pasport antarabangsanya pernah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
~Mempunyai kepentingan dengan pemimpin-pemimpin HINDRAF yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)


Solution
Oleh yang demikian, kami menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Jabatan di Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama serta latar belakang.
 Petisyen ini digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS)


Start a petition of your own
This petition starter stood up and took action. Will you do the same?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3