----------------$$$$----------------

InstaForex

19/11/18

Waytha Moorthy tidak layak jadi menteri perpaduan - NGO


PENGASAS Skuad Badar, Azhar Mohamad (dua dari kiri) bersama Aktivis Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi (tiga dari kiri) serta para peserta berarak menuju ke Wisma Darul Aman dalam himpunan aman dan penyerahan memorandum bantahan penyebaran bible dalam kalangan umat islam di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE / FARIZ RUSADIO

ALOR SETAR 18 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy didakwa melakukan pembohongan apabila menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.

Justeru tegas Aktivis Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi, kerajaan wajib menilai sama ada pemimpin Hindraf itu benar-benar layak untuk terus menjawat jawatan itu sebagai menteri yang menjaga perpaduan.

“Saya fikir perkara ini perlu dilihat secara serius di mana orang Melayu dan Islam sama sekali tidak pernah menekan kaum lain mahu pun memaksa mereka menukar agama untuk memeluk Islam.

“Jangan ada walau satu atau dua orang sekali pun yang baru masuk kerajaan, tetapi cuba pula hendak membawa perpecahan. Saya yakin, ada agenda politik tertentu cuba dibawa di belakang kita dan mereka ini diingatkan supaya usah cabar atau usik umat Melayu Islam,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam sidang akhbar selepas turut menyertai himpunan dan perarakan aman menuju ke Wisma Darul Aman bagi membantah penyebaran risalah Bible terhadap orang Islam dan ratifikasi ICERD di sini, hari ini.



Menerusi video berdurasi 2 minit 39 saat itu, Waytha Moorthy mendakwa Malaysia bukanlah sebuah negara moderat progresif Islam seperti disangkakan pihak luar dengan kaumnya telah didiskriminasi dalam pelbagai cara antaranya hak beragama serta pemusnahan kira-kira 10,000 kuil.

Sementara itu pendakwah bebas, Ahmad Husam Muhammad Baderudin berkata, Waytha bukanlah seorang individu yang mampu menyumbang kepada perpaduan sebaliknya lebih kepada perpecahan.

“Tugas kerajaan sepatutnya meredakan rakyat, bukan membawa kegelisahan. Kedatangan kami hari ini kerana mahu menentang perkara-perkara sebegini termasuk penyebaran Bible kepada umat Islam kerana dikhuatiri menyemarakkan api perkauman.

“Kita tak mau tragedi 13 Mei berulang. Kami hormat kepada yang bukan Islam dan bukan Melayu tetapi perkara itu jugalah yang kami minta daripada mereka agar kita dapat terus hidup dalam keadaan aman damai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3