Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu rakyat mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA kerana mereka memlilih dan menjatuhkan seseorang pemimpin melalui pemilihan di peringkat dalaman parti.
Pada 4 Mac lalu, 22 angota jawatankuasa pusat (CC) MCA meletakkan jawatan, yang sekaligus menyaksikan Datuk Seri Ong Tee Keat terpaksa bertanding semula jika mahu terus berkuasa.
Menurut Nik Aziz, masyarakat bukan Islam akan memerhatikan bagaimana buruknya politik orang Melayu apabila bertelagah sesama sendiri.
Beliau mengulas dan menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain atau ketuanya di khalayak umum apabila keluar parti.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jika anggota parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur dalam sesebuah pertubuhan, sama ada melalui mesyuarat agung atau sebagainya.
"Mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum perbuatan tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramahnya di Dataran Ilmu, di Kota Bharu, hari ini.
Nik Aziz mengulas tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang mendedahkan kepincangan dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR), membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Terbaru, Zahrain mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.
Nik Aziz berkata, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan pemimpin yang mereka tidak suka dan bukan cara mendedahkan keaiban pemimpin itu di khalayak umum.
"Ini cara tidak kena dan peluang masih terbuka untuk pihak yang melakukan perbuatan itu kembali ke pangkal jalan untuk bertaubat daripada melakukan kesalahan itu," katanya.
Assalamualaikum Tuan/Puan,
BalasPadamBlog krai utara diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS memerintah
Malaysia dengan aman dan jayanya.
Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN
Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan korup, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik 1Malaysia YANG SEBENARNYA.
Segala maklumat di blog kami adalah dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Malaysia untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?
Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,
http://kraiutara.blogspot.com/
dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.
Dengan ini, http://kraiutara.blogspot.com/ secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.
Menjadi FOLLOWERS http://kraiutara.blogspot.com/ di http://kraiutara.blogspot.com/,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.