----------------$$$$----------------

InstaForex

17/03/10

Pimpinan dan Wakil Rakyat PAS menziarahi keluarga mendiang Siva


LANGKAP, 16 Mac - Kira-kira pukul 3.30 petang, mayat Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, mendiang Siva telah tiba di rumahnya di Taman Mawar, Langkap. Ketibaan mayat mendiang Siva telah disambut oleh beberapa orang pimpinan dan wakil rakyat PAS. Antaranya ialah Ahli Parlimen Parit Buntar YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Jerai (Kedah) YB Ustaz Nasir Zakaria, YB Dato' Hj. Wan Abd. Rahim Wan Abdullah (Kelantan), YB Haji Mohd Zainudin Mohd Yusof, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Mustafa Shaari dan lain-lain pimpinan PAS tempatan.



Di samping itu, turut hadir ialah YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, Ketua DHPP Perak Sdr. Surianarayanan, Ketua Dewan DHPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh (Ram), Sdr. Richard Wong serta beberapa orang pimpinan DHPP.


Turut hadir ialah pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat iatu Sdr. Khairul Faizi, Ketua Lujnah Perpaduan Nasional DPP Pusat.

Dr. Mujahid turut bersama-sama mengusung keranda mayat mendiang Siva dibawa masuk ke dalam rumah. Kesemua pimpinan dan wakil rakyat PAS telah bertemu dan mengucapkan takziah dan simpati kepada balu mendiang Siva. Mereka juga telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada isteri mendiang.


Mendiang Siva telah meninggalkan lima orang anak. Anak ketiga mendiang bernama Viji, 25 tahun sehingga kini masih trauma akan kejadian tersebut kerana peristiwa kejam itu telah berlaku di depan matanya ketika dia membantu bapanya mencuci kereta di kedai bapanya.



Di dalam kenyataan bersama media, Dr. Mujahid meminta pihak berkuasa khusus polis dapat menjalankan siasatan segera dan rapi sehingga tertangkapnya pembunuh kejam itu. Beliau juga turut berjanji bahawa PAS Pusat melalui Lujnah Perpaduan Nasional akan membantu keluarga mendiang Siva. Bagi beliau, Sdr. Siva merupakan seorang pemuda yang berani dan rajin dalam melakukan kerja parti.


Dr. Mujahid juga berharap pembunuhan kejam ke atas Ketua Pemuda DHPP Perak ini bukan bermotifkan politik. Namun jika jelas ia bermotif politik beliau meminta tindakan tegas patut diambil.


Mengulas tentang pembunuhan itu juga, beliau meragui akan tahap keselamatan rakyat pada masa kini. Kejadian pembunuhan Sdr. Siva membuktikan bahawa rakyat negara ini pada bila-bila masa terdedah kepada risiko nyawa rakyat terancam. Beliau berharap pihak polis dapat mempertingkat tahap keselamatan dalam negara agar peristiwa malang ini tidak berlaku lagi.


YB Ustaz Nasir pula merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Siva bagi mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat. Begitu juga dengan YB Dato' Wan Abdul Rahim menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang.


Bagi YB Haji Zainudin, beliau tidak pernah melihat suasana di mana rumah orang India yang kematian telah dihadiri orang ramai berbilang kaum seperti hari ini. Kehadiran orang Melayu, Cina dan India untuk menziarahi keluarga mendiang Siva membukti bahawa suasana sedih dan terharu ini turut dirasai bersama oleh kaum Melayu dan Cina walaupun yang matinya seorang India.


Sementara itu, Ustaz Mustafa Shaari, sebagai mewakili PAS Perak pula berkata Pesuruhjaya Perak dan DS Haji Nizar akan menziarahi keluarga mendiang Siva apabila mereka kembali dari lawatan ke negara Arab dan UK nanti.


Beliau yang juga merupakan YDP PAS Pasir Salak, merakam ucapan takziah kepada keluarga mendiang Siva. Sepanjang bekerja bersama Sdr. Siva, beliau memuji akan kerajinan dan keberanian mendiang. Beliau amat-amat menghargai segala jasa yang dicurahkan oleh mendiang.


berita asal: intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3