SHAH ALAM: Tindakan seorang remaja lelaki memandu sebuah kenderaan cuba melarikan diri membawa padah apabila dia maut ditembak mati oleh polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, remaja berusia 15 tahun itu bersama seorang rakannya menaiki sebuah Proton Iswara dikatakan enggan memberhentikan kenderaan walaupun diarah kereta peronda polis, sebaliknya terus memecut laju dan melanggar beberapa lampu isyarat merah.
Anggota terbabit mengarahkan pemandunya menghentikan kenderaan, namun tidak diendahkan sebelum mereka meminta bantuan sebuah lagi kereta peronda dinaiki dua anggota.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dipandu suspek sebelum ia terbabas ke bahu jalan.
“Sejurus terbabas, rakan suspek bergegas melarikan diri sebelum dikejar dua anggota polis peronda.
“Dua lagi anggota memeriksa keadaan suspek, tetapi suspek tiba-tiba mengundur kenderaannya dan cuba merempuh anggota berkenaan.
“Terkejut dengan tindakan mangsa, anggota polis melepaskan tembakan ke arah suspek yang berada dalam kereta,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.