KEPALA BATAS - Tindakan segelintir pemimpin parti politik pembangkang yang menjadikan masjid sebagai tempat berkempen akan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, juga tidak bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang membenarkan masjid digunakan sebagai tempat berpolitik dengan mendakwa perbuatan itu pernah dilakukan Nabi Muhammad SAW pada masa lalu.
“Saya tidak bersetuju dengan masjid dijadikan medan untuk berkempen atau menggunakan masjid untuk tujuan-tujuan politik,” katanya kepada media selepas merasmikan me- syuarat perwakilan Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini, semalam.
Abdullah mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz ketika berceramah di Kuala Kubu Bharu yang mempertikaikan titah Sultan Selangor melarang pengunaan masjid dan surau di Selangor bagi tujuan politik sebagai karut serta peninggalan penjajah. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.