Penjelasan PDRM isu gambar edit dua
penumpang MH370 yang menggunakan pasport curi. Foto dua penumpang warga
Iran dalam pesawat MH370 telah mencetuskan kontroversi dilaman sosial
apabila gambar kaki suspek utama tidak selari dengan foto badannya.
Kesimpulannya, foto kaki suspek kedua digunakan dan dicantum kepada foto
suspek pertama supaya menghasilkan gambar satu anggota badan yang
lengkap. Berikut adalah penjelasan rasmi PDRM mengenai isu atau
persoalan yang ditimbulkan oleh pengguna laman sosial.
Penjelasan PDRM Gambar Edit Penumpang MH370 Pasport Curi
Penolong
Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu
Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar
itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kami
tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar
itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua
tercabut. Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia
bertindih dengan gambar suspek pertama,” katanya.
Asmawati
mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah
mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek
muncul dengan seluar dan kaki yang sama. Menurutnya lagi, kedua-dua foto
tersebut adalah sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka
kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan.
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.