Satelit komunikasi mengesan bunyi pantulan
elektronik yang kabur dari pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas
ia hilang Sabtu lalu, tetapi isyarat itu tidak memberi sebarang
maklumat tentang nasib pesawat itu dan haluannya, demikian menurut dua
sumber yang rapat dengan siasatan tersebut semalam.
Tetapi bunyi "pantulan" elektronik itu menunjukkan bahawa sistem
penyelesaian masalah penyelenggaraan pesawat itu dihidupkan dan bersedia
untuk berkomunikasi dengan satelit, dan ia menunjukkan pesawat itu yang
membawa 239 orang, sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas ia
hilang hubungan dengan pengawal trafik udara Malaysia.
Sistem itu menghantar bunyi pantulan elektronik itu kira-kira setiap
satu jam, demikian sumber-sumber itu, yang berkata lima atau enam
daripadanya kedengaran. Bagaimanapun, pantulan elektronik itu sahaja
bukan bukti bahawa pesawat itu berada di udara atau di darat.
Walaupun sistem penyelesaian itu berfungsi, tetapi tiada pautan data
telah dibuka, kata sumber itu, kerana syarikat-syarikat yang terlibat
tidak melanggan perkhidmatan dari operator satelit.
Boeing Co, pengeluar pesawat 777 yang hilang itu, dan Rolls-Royce, membekalkan enjin Trent itu, enggan mengulas.
Terdahulu, pegawai Malaysia menafikan laporan bahawa pesawat itu telah
terus menghantar data teknikal dan berkata tidak ada bukti bahawa ia
terbang selama beberapa jam selepas hilang hubungan dengan pengawal
trafik udara pada awal pagi Sabtu selepas berlepas dari Kuala Lumpur
dalam perjalanan ke Beijing.
The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat penerbangan AS dan
pejabat keselamatan negara itu percaya pesawat tersebut terus terbang
selama lima, berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan
dihantar ke daratan dari enjinnya sebagai sebahagian daripada program
pengawasan standard.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.