Biodata Raja Bomoh Pesawat MH370
Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin
Umur: 80 Tahun
Warganegara: Malaysia
Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin/ Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
Pengalaman Bomoh: 50 Tahun
Pekerjaan: Bomoh/ Dukun dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)
Kejayaan Kareer Bomoh:
Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar
hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
Fatwa JAKIM:
Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah
syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan
beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur
khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam
Kronologi Kareer Bomoh:
2004
– Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan
akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik,
khurafat dan penipuan.
2013 –
Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik
kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13)
2014
– Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk
menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya
dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat
tergantung antara tiga buah negara.
Saya rasa
ragu-ragu terhadap bomoh ini. Apakah agenda sebenar dia hadir dan
memberitahu kita semua yang dirinya mampu mencari MH370? Apakah benar
dirinya orang ViP dalam pencarian ini? Apakah benar pemimpin tertinggi
kita memanggil dirinya untuk membantu? Semuanya adalah persoalan yang
kita sendiri yakin yang Raja Bomoh ini penipu.
Sedang
seluruh dunia memerhatikan kita, muncul pula seorang Bomoh yang sedang
memalukan negara dengan segala aksi tidak masuk akalnya. Terbaru beliau
bersama beberapa anak buahnya telah menggunakan payung, bakul dan kelapa
yang kononnya bertujuan untuk mencari mana hilangnya MH370.
Kenyataan Dari JAKIM Ibrahim Mat Zin Penipu
Yang
paling saya tak faham, kenapa pihak sekuriti (keselamatan) KLIA
membiarkan bomoh ini melakukan hal memalukan dipintu pelancong masuk ke
negara kita? Apakah ini disengajakan? Apakah alasan pihak KLIA?
Hentikanlah perkara ini. Sangat memalukan.
Video Upacara Ritual Raja Bomoh MH370
Gambar Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.