----------------$$$$----------------

InstaForex

20/05/09

BN rancang konspirasi jahat buang Speaker - Sivakumar

KEMAMAN, 20 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V Sivakumar mendedahkan 'tragedi hitam' pada 7 Mei 2009 lalu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak merupakan satu konspirasi jahat yang dirancang bagi 'menjatuhkan' Speaker Dun tersebut.

Katanya, kekecohan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan pejabat dan Dun Perak itu berpunca dari Adun-adun Barisan Nasional (BN) Perak sendiri.

"Pada hari 7 Mei 2009 itu, saya katakana satu konspirasi jahat diatur oleh pihak-pihak tertentu untuk 'menjatuhkan' (buang) Speaker Dun Perak yang sah.

"Mereka (Adun BN) rancang satu konspirasi mahu 'menjatuhkan' saya dari jawatan kerusi Speaker Dun.

"Kekecohan yang berlaku itu (Dun Perak) kerana Adun-adun BN tidak ikut peraturan dan ingkar arahan Speaker," jelasnya di hadapan lebih 3,000 hadirin dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, beberapa tindakan pelik dan luar biasa telah dilakukan oleh pihak BN sebelum hari Persidangan Dewan Dun Perak lagi.

Antara lain, katanya pihak 'tertentu' yang memanggil Sidang Dun Perak tanpa pengetahuan Speaker, cuba menghadkan kepada wartawan tertentu sahaja boleh membuat liputan Sidang Dun Perak, tidak membenarkan tetamu pemerhati masuk walau pun dengan kebenaran Speaker serta pengeluaran pas masuk oleh pihak SUK.

Menurutnya, kawalan keselamatan yang ketat dan jumlah anggota polis yang ramai dipergunakan dalam konspirasi tersebut.

Katanya, semua kuasa-kuasa Speaker Dun Perak telah 'dirampas' awal-awal lagi sebelum berlaku hari yang memalukan itu.

Malah, menurut Sivakumar pada hari tersebut (7 Mei) sebenarnya tidak berlaku Persidangan Dun Perak kerana Dewan belum dimulakan lagi.

"Saya masuk dewan (Dun Perak) dan sebelum pemangku Sultan (Raja Nazrin) masuk untuk merasmikan dewan, saya sebagai Speaker Dun akan pastikan dewan teratur dan selamat.

"Saya masuk untuk menguruskan dewan dan bukan untuk memulakan persidangan dewan sebelum berlaku kekecohan yang memalukan itu,"ujarnya.

Beliau turut menyifatkan kekecohan yang berlaku kerana Adun-adun 'monyet' (BN) tidak mengikut peraturan dan undang-undang.

Akhirnya, kata Sivakumar Speaker Dun Perak yang sah dan halal telah diangkut dan dibawa keluar oleh anggota polis.

Menurutnya, rakyat Perak dan seluruh negara akan 'mengajar' pemimpin Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing, bekas Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Awang Dagang dan Naib Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Hazeri Jusoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3