KUALA LUMPUR, 23 Jan: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru menggantikan Saifuddin Nasution bin Ismail yang akan memegang jawatan Setiausaha Agung berkuatkuasa 1 Februari 2010.
Manakala portfolio Ketua Biro Latihan yang sebelum ini di pegang oleh Fuziah akan diambil alih Mustaffa Kamil Ayub yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa parti itu.
Perkara itu diumumkan Pesiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya keputusan rombakan itu dibuat pada mesyuarat Biro Politik PKR pada 20 Januari lalu sebagai usaha memantapkan organisasi bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan.
"KEADILAN percaya dengan rombakan ini persediaan awal dapat dilakukan bagi merealisasikan KEADILAN bertapak di Putrajaya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.