----------------$$$$----------------

InstaForex

21/01/10

HEP didakwa cuba halang calon berkempen

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) mendakwa tindakan Bahagian Hal Elwal Mahasiswa (BHEP) UPM mengadakan Kursus Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM pada 23 dan 24 Januari ini hanya bertujuan menghalang calon-calon yang bertanding daripada muncul di khalayak ramai.

Pengerusinya, Ahmad Faris Rakdi berkata, kursus yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad itu akan menghalang calon-calon daripada memperkenalkan diri mereka secara tidak langsung kepada mahasiswa.

Beliau berkata,meskipun tempoh sah kempen hanya bermula pada Isnin, 25 Januari namun calon-calon seharusnya diberi peluang untuk berada di kalangan mahasiswa pada Sabtu dan Ahad supaya mahasiswa mengenali mereka sebagai calon.

"Apa relevannya kursus itu diadakan pada waktu itu? Calon seperti dikuarantin di dalam satu program anjuran BHEP dari pagi hingga malam, selama dua hari.Kami berpendapat hari Sabtu dan Ahad itu adalah tempoh untuk calon memperkenalkan diri kepada mahasiswa,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau juga menegaskan, arahan menghadiri kursus itu sangat tidak wajar kerana mengurangkan waktu untuk calon berkempen bagi memperkenalkan diri kepada mahasiswa serta menunjukkan kredibiliti mereka.

Sedangkan ujarnya, tujuan pilihan raya kampus diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa memilih pemimpin-pemimpin yang akan mewakili mereka.

"Apa yang kami persoalkan ialah tempoh kempen yang singkat iatu sehari. Sehari sangat singkat untuk calon berkempen.Sepatutnya walaupun bukan dalam tempoh kempen rasmi,calon sudah boleh perkenalkan diri secara tak langsung,"katanya.

Turut dipersoalkan beliau berkenaan peraturan yang tercatat dalam Tatacara Pemilihan MPP UPM bagi sesi 2009/2010, bercanggah dengan maklumat am pemilihan MPP UPM.

"Dalam buku tatacara pemilihan MPP UPM, dinyatakan bahawasanya untuk berkempen,calon dibenarkan menggunakan apa sahaja bahan kempen melalui kebenaran pihak BHEP tapi dalam satu maklumat am yang diberikan kepada calon, calon dilarang sama sekali untuk menggunakan banner.Jadi kami lihat ianya bercanggah dan tidak seiring,"tegasnya.

Penamaan calon bagi pilihanraya kampus UPM akan diadakan esok dan BHEP UPM hanya akan membenarkan kempen bermula 12 tengah malam Isnin.

Manakala hari pembuangan undi ditetapkan pada 26 Januari.

Sementara itu, proses pembuangan undi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), berlangsung hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3