----------------$$$$----------------

InstaForex

9/06/14

Bukti kukuh kes wanita M'sia dirogol di India


Ketidakhadiran wanita warga Malaysia yang menjadi mangsa rogol di Jaipur, India, tidak akan menjejaskan pendakwaan suspek bukti yang kukuh telah diperoleh untuk mendakwanya.

"Ketidakhadiran mangsa tidak memberi kesan apa-apa kesan kepada pendakwaan. Kami telah merakamkan kenyataan mangsa di hadapan majistret di bawah seksyen 164 CrPC (Merakamkan pengakuan dan kenyataan) sebelum beliau kembali ke Malaysia," menurut seorang pegawai polis seperti dipetik dalam laporan akhbar The Times of India.

Mangsa berusia 30 tahun itu telah berkali-kali menceritakan insiden itu di hadapan majistret betul-betul seperti yang beliau beritahu kepada polis, kata pegawai polis itu.

Menurut laporan, polis telah menjumpai kesan air mani dalam kereta yang mangsa mendakwa dia dirogol dan polis juga merampas senjata yang dikatakan digunakan oleh suspek untuk mengugut mangsa.
Sebuah botol minuman ringan yang tertuduh memasukkan dadah supaya mangsa tidak sedarkan diri juga telah dijumpai.

Pihak berkenaan juga masih menunggu laporan perubatan dan forensik, menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Polis berkata mangsa tidak dapat memberitahu lokasi tepat, tempat dia dirogol kerana suspek memandunya di sekitar kawasan yang beliau langsung tidak ketahui.

Polis akan cuba mengesahkan ini daripada suspek yang kini ditahan reman sehingga esok.

Menurut pegawai polis, berdasarkan bukti yang diperoleh oleh polis, insiden itu merupakan rogol yang dirancang terlebih dahulu.

Walaupun sebelum suspek membawa mangsa ke hotel untuk makan malam bersamanya, dia berniat untuk memasukkan dadah dalam minuman dan merogolnya.

"Kami telah menjumpai beberapa bukti yang tidak ragu-ragu lagi untuk membuat andaian bahawa dia merogol mangsa. Hakikat bahawa suspek membawa senjata memperkukuhkan lagi teori bahawa dia merancangnya terlebih dahulu," kata pegawai polis itu.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3