----------------$$$$----------------

InstaForex

8/06/14

Raja-Raja Melayu perlu campur tangan kes bapa muallaf

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memohon Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam kes Ridzuan Abdullah,  seorang mualaf yang diarah Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan anaknya Ummu Habibah yang dibesarkannya dengan pendidikan Islam kepada bekas isteri beragama Hindu , Indra Ghandi.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keputusan yang bercanggah antara Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh kini telah menyebabkan kedudukan pengIslaman dan hak menjaga tiga anak yang telah diIslamkan Ridzuan kini dalam keadaan tidak menentu.

“Salah seorang  anak yang dijaga sendiri oleh Ridzuan iaitu Ummu Habibah  sudah boleh mengamalkan solat dan membaca Al Quran . “Ridzuan masih tidak mahu menyerah Ummu Habibah kerana patuh kepada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh.“Ridzuan telah mendapat keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menetapkan beliau berhak menjaga anak yang telah diIslamkan itu,” jelas Azmi.

Mapim kesal kerana kedudukan anak-anak Ridzuan yang telah diIslamkan kini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Menurut Azmi, hak hadhanah (penjagaan) dan pengIslaman anak-anak tersebut sepatutnya diputuskan oleh Hakim yang mempunyai latarbelakang pengetahuan Islam .
Tambah beliau, adalah tidak mungkin seorang Hakim bukan Islam dapat memahami perundangan Islam untuk menentukan kedudukan kes tersebut di Mahkamah Tinggi.

Mapim ujarnya menggesa masyarakat dan institusi keadilan negara agar menghormati keputusan Mahkamah Tinggi  Syariah Ipoh yang memutuskan Ridzuan sebagai penjaga anaknya.

“Kami berpendirian status keIslaman kanak-kanak itu perlu dihormati dan dipertahankan setelah beliau diperbesarkan dalam suasana Islam oleh bapanya sejak umurnya 11 bulan sehingga kini sudah mencecah umur 6 bulan.

“Keadaan yang sedia ada iaitu Ummi Habibah sudah mengamalkan budaya hidup Islam  bersama bapanya sangat perlu dihormati dan tidak perlu diganggu gugat,” kata Cikgu Azmi.

Beliau menambah, oleh kerana wujud percanggahan keputusan antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah, jalan keluar terbaik adalah menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu sebagai penjaga agama Islam di negara ini.

Bidangckuasa Mahkamah Syariah juga, jelas beliau tidak boleh digugat oleh Mahkamah Sivil seperti termaktub dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

“Kami berpendirian menjaga maruah dan status agama Islam dinegara ini agar ia berada pada kedudukannya yang tertinggi, mengikut tafsiran Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah penting agar keharmonian di negara ini terjamin,” ujarnya. - HARAKAHDAILY, 8/6/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3