----------------$$$$----------------

InstaForex

8/06/14

Nazri Raihan cadang dana khas untuk artis hijrah

KOTA BHARU:  Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat khususnya Kelantan dan Selangor, dicadang menyediakan dana khas untuk artis-artis hijrah bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
 
Bekas vokalis Kumpulan Nasyid Raihan, Nazrey Johani berkata artis-artis yang berhijrah seringkali menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya ekoran perubahan ke arah kebaikan yang mereka lakukan.

Antara risiko yang dihadapi sebilangan mereka, jelasnya adalah  ‘digam’ daripada program televisyen atau pun radio.
Ini, katanya sedikit sebanyak menjejaskan mata pencarian artis-artis hijrah.

“Akibatnya mereka yang cuba berjinak dengan perjuangan Islam tidak berani untuk berbuat demikian dan tidak hairan ada yang terpaksa berpatah balik kerana  dibimbangi periuk nasi mereka akan terjejas.

“Kerana itu penafian atau menyepi diri dari jemaah Islam sering berlaku kerana tidak sangup berhadapan dengan situasi itu,”ujarnya.Nazrey  mengulas kecenderungan artis khususnya artis wanita yang semakin ramai mengambil keputusan untuk menutup aurat.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk geran yang perlu diperuntukkan kerajaan negeri kepada artis hijrah. Beliau turut berharap agar pihak penganjur tidak melupakan artis-artis lama yang telah menyuburkan industri nasyid selama ini.

“Terus terang saya nyatakan ada yang  terasa apabila golongan artis yang baru berhijrah lebih diutamakan,” ujarnya. Berhubung artis wanita yang semakin ramai menutup aurat, beliau melahirkan rasa syukur dengan keadaan itu.

Bagaimanapun, Nazrey menyarankan agar mereka didampingi golongan beragama.“Ajak mereka ke kelas  agama atau sediakan kelas agama yang khusus untuk mereka dengan mengumpulkan beberapa orang artis baru dan lama yang telah berhijrah.
 
“Insya Allah  mereka tidak akan mudah mengalah dengan ujian dan mehnah dunia yang sering mengganggu keimanan mereka,”ujarnya lagi. Beliau juga menyarankan penganjur program membabitkan artis, sama ada di pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan, agar kreatif dalam mencipta program.
Selain program hiburan, artis hijrah juga boleh dilibatkan dalam program sosial dan agama di masjid atau surau. Nazrey berada selama seminggu di Kelantan untuk memenuhi jemputan beberapa program peringkat Dewan Undangan Negeri.
 
Pada masa yang sama beliau turut mempromosikan pembinaan Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau Sabah.
Nazrey yang pernah menjulang kegemilangan Kumpulan Raihan turut diundang untuk menyampaikan tazkirah Maghrib dan ceramah motivasi kepada para pelajar sepanjang seminggu berada di Kelantan. – HARAKAHDAILY, 8/6/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3