----------------$$$$----------------

InstaForex

9/06/14

Dr Mahathir bimbang MB gagal nasihati sultan

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bimbang Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin gagal menasihati Sultan Johor dalam isu Rang Undang-undang lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.
Menurut beliau walaupun pindaan pada rang undang-undang tersebut, Khaled mungkin tunduk kepada adat tradisi negeri Melayu yang menganggap sultan sebagai ketua.
"Ini adat Melayu, jika sultan berkata sesuatu, ia mesti diikut dan saya bimbang bukan dia (MB) yang menasihati Sultan tapi Sultan yang akan nasihat dia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama Bengkel dan Anugerah Human Life Advancement Foundation (HLAF) hari ini.

Mahathir berkata, Sultan Johor tidak seharusnya terlibat dalam pentadbiran eksekutif negeri demi menghormati Perlembagaan Persekutuan.
"Kita tak guna sistem adat tradisional, kita ada sistem raja berpelembagaan. Dulu selepas merdeka kita pilih untuk (ikut) sistem ini. Saya harap agar Perlembagaan dihormati," kata beliau.

Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau bimbang kerana Johor sebuah negara yang kaya tetapi menjual terlalu banyak tanah kepada rakyat asing.

Beliau bagaimanapun memuji kerajaan negeri Johor kerana sedar dan cuba mengelakkan perkara ini dari berlaku

"Saya dengar banyak tanah di Johor telah dijual kepada rakyat asing. Ini perkara tidak bagus dan ianya tidak dilakukan oleh kerajaan negeri.

"Mereka cuba baiki dan ini tunjukkan bagaimana tegasnya kerajaan negeri. Mereka tahu ini salah," kata beliau.

Rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang bakal memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik ahli dan membubarkan lembaga dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri minggu lalu.

Seorang ADUN Johor memberitahu Malaysiakini semalam bahawa pindaan untuk memasukkan peruntukan supaya anggota lembaga dilantik oleh sultan dengan nasihat MB akan dilakukan hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3