----------------$$$$----------------

InstaForex

5/01/12

Pakatan tak akan tumbang walaupun tanpa Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak akan tumbang sekalipun dirinya dipenjarakan atas tuduhan liwat.

anwar ibrahim in seremban 5Anwar kini dalam rangka menjelajah seluruh negara menjelang keputusan perbicaraannya minggu depan walaupun polis telah memberi amaran supaya tidak berbuat demikian.

Anwar pada tahun 2008 dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas pembantu lelakinya. Keputusan perbicaraan ditetapkan pada hari Isnin ini dan jika didapati bersalah, ahli politik berusia 64 tahun itu menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Anwar telah menafikan pertuduhan itu dengan mendakwa ia satu komplot kerajaan untuk mencemarkan imej beliau.

Lewat petang semalam, Anwar memberitahu perhimpunan yang dihadiri kira-kira 500 penduduk sekitar Negeri Sembilan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggota tiga parti pembangkang itu tidak akan tumbang walaupun tanpa dirinya.

"Anwar di dalam penjara, Anwar di luar penjara ... ia tidak penting. Yang paling penting, rakyat perlu tumbangkan Umno," katanya semasa ucapan berapi-api selam sejam.

Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, secara tidak dijangka pada pilihan raya umum 2008 menafikan BN majoriti dua pertiga di parlimen yang telah memerintah selama setengah abad.
anwar ceramah in seremban 040112Pada pentas kecil sementara yang dibina di tempat letak kereta, Anwar berkata beliau tidak bersalah dan meminta penyokongnya untuk "menyelamatkan negara daripada terjerus dengan gejala rasuah dan salah urus kerajaan.

"Saya tidak bersalah. Saya mangsa fitnah ... tidak ada kes jika mereka berdasarkan fakta-fakta atau mematuhi undang-undang," katanya.

Selepas ucapannya itu, hadirin menjeritkan slogan seperti "Hidup rakyat" dan "Hidup Anwar”.

1/01/12

Polis Mengganas! Mahasiswa Dibelasah, Ditangkap Dalam Tragedi Berdarah UPSI

Kemaskini Tanjong Malim, 1 Jan : Tatkala seluruh dunia khususnya orang ramai di Malaysia sedang lena dibuai mimpi indah dan bergembira menyambut ketibaan tahun baru 2012 Masihi hari ini, lain pula ceritanya sekumpulan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Awal pagi tadi, hampir 100 mahasiswa yang mengambil keputusan meneruskan aksi himpunan aman di hadapan UPSI semata-mata ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli, telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa siswa cedera parah dan luka di badan.

Tragedi berdarah itu menurut sumber berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan berpunca akibat ‘kedegilan’ kumpulan mahasiswa terbabit bersurai setelah diarahkan berbuat demikian oleh pihak polis.

Diberitakan hampir 20 anggota polis dan FRU telah dikerahkan turun untuk mengekang pergerakan mahasiswa selain puluhan lagi ‘Special Branch’ yang berkeliaran sekitar himpunan sejak petang semalam.

Dua buah trak FRU juga ditempatkan di sana sejak malam semalam.
Safwan koma dibelasah

Menurut sumber, tragedi berdarah awal pagi tadi berlaku setelah Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya bersurai.

Mahasiswa yang hadir dari sekitar Lembah Klang dan UPSI teguh berdiri di hadapan sekumpulan anggota FRU dan polis dengan mengangkat beberapa kain rentang dan melaungkan beberapa kalimah keramat mahasiswa.

Namun, seketika kemudian, setelah beberapa kali arahan pihak polis tidak didengari, pihak polis mula bertindak agresif dan meluru ke arah kumpulan mahasiswa terbabit.

Diberitakan kira-kira lapan orang polis dan ‘Special Branch’ telah memukul Muhammad Safwan namun berjaya ditarik keluar oleh rakannya.

Safwan, 22, yang juga Timbalan Presiden GAMIS terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemeriksaan mendapati beliau telah mengalami patah tulang di bahagian kiri pipi.
Safwan kini sudah sedar daripada koma dan sedang dirawat di hospital ditemani beberapa rakan mahasiswa.

Selain Safwan, beberapa siswa juga dilaporkan berdarah teruk dan cedera akibat dibelasah dengan kejam oleh pihak polis.
Tujuh belas siswa ditangkap

Sehingga kini, dilaporkan hampir tujuh belas mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib, Adam Adli.

Antara yang dikenalpasti telah ditangkap polis adalah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Adam Adli (UPSI), Haziq Abdullah (KAMI), Syukri Razab (SMM), Shukri Kamaruddin, dan beberapa siswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang.

Tiada tangkapan dilakukan terhadap mahasiswi namun dikhabarkan ada beberapa provokasi telah dilakukan pihak polis terhadap mereka.

‘Hadiah’ tahun baru yang ‘suprise’

Kain yang penuh dengan darah

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq dalam kenyataannya jelas kecewa dengan apa yang berlaku awal pagi tadi.

“Inilah hadiah tahun baru terbaik dan ‘suprise’ yang pernah saya terima.

“Saya kecewa dengan sikap polis yang seperti dicucuk ubat pelali, sangat-sangat bodoh ketika membelasah rakan-rakan saya tadi (pagi tadi).

“Dengan tidak sedarkan diri dan tanpa kawalan iman, ramai aktivis berdarah dibelasah dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa? Adakah kami lebih teruk daripada ribuan lagi rakyat yang sedang berseronok malam ini? Mengapa mereka yang tidak diperlakukan sebegini rupa?”, soalnya yang turut menyatakan kesemua mereka ditahan di Balai Polis Tanjung Malim.

Beliau juga menyatakan beberapa wartawan yang sedang membuat liputan juga dipukul walaupun sudah ditunjukkan kad lesen kewartawanan mereka.

‘Manja’ bertukar kepada ‘benci’

Kumpulan mahasiswa tidak gentar berhadapan dengan sekumpulan FRU

Terdapat juga sesetengah pihak menyifatkan tindakan pihak polis awal pagi tadi adalah kesinambungan kesan daripada himpunan BEBAS 17 Disember lalu di Kuala Lumpur.

Ketika himpunan itu, pihak polis terlalu ‘bermanja’ dengan mahasiswa sehingga dikatakan membantu melancarkan perarakan mahasiswa sehinggalah terjadinya kejadian turun bendera di PWTC yang membuatkan pihak polis kebingungan.

Mungkin atas alasan itu, mereka tidak mahu kejadian serupa terjadi di UPSI, membelai mahasiswa dengan kasih sayang dan senyum.

Sejak awal petang lagi, trak FRU sudah ditempatkan di UPSI dan menjelang tahun baru, jumlah anggota ditambah kerana yakin mahasiswa pasti tidak akan berganjak walaupun amaran sudah dikeluarkan semalam.

21/12/11

Dr M akui Malaysia pinjam dana Bank Dunia

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau namun menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan berkenaan untuk mendapatkan dana.

Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir, menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999.

"Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa dia tahu apa yang dia kata itu benar.

mahathir ebook launching 091211 02Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman daripada Bank Dunia," katanya lagi dalam tulisan di blog beliau, chedet.co.cc, semalam.

Katanya lagi, Malaysia enggan menerima dana pinjaman International Monetary Fund (IMF) daripada Bank Dunia kerana "bantuan yang dikatakan itu akan memburukkan lagi keadaan."

Mahathir mengambil alih kedudukan sebagai menteri kewangan selepas Anwar dipecat dan dipenjarakan pada 1998.

Katanya lagi, pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, ketika Anwar masih menjadi menteri kewangan, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.

Sebanyak USD100 juta turut ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.

Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD60,000 manakala satu pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD244 juta dikeluarkan.

Kedua-duanya diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan.

Video Ucapan DS Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat Pulau Pinang

Ucapan DS Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat Pulau Pinang pada Ahad 18 Disember 2011 di Padang Awam Taman Senangan, Teluk Air Tawar, Butterworth..

Inilah padahnya apabila Pembangkang berkuasa di Selangor

Inilah padahnya apabila Pembangkang berkuasa di Selangor. Caj bil air yang dikenakan sangat membebankan rakyat!

20/12/11

PKR dakwa keluarga Shahrizat miliki kondo di S'pura

PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.

orchard scotts condominium 2Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.
Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Pengguna maya ejek video ludah

Aksi menarik ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah terhadap mahasiswa yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak hari ini mengundang reaksi di internet melalui lakonan mengejek sekumpulan pemuda.

Selain mempermainkan-mainkan kenyataan Armand di Youtube yang mengugut mahu meludah dan menampar mahasiswa yang bertanggungjawah dalam insiden Sabtu lalu, mereka juga meniru, menokok tambah dan memperolokkan gayanya.

we are all adam adli facebook fanpageBagaimanapun, dalam video itu, sambil memperkenalkan diri sebagai pengguna laman sosial Myspace, mereka mengkritik tindakan mahasiswa yang menggunakan Facebook sebagai gantinya.

Sambil menyifatkan diri mereka sebagai "panglima perang", Armand semalam membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli.
Sementara itu, 'perang' di Facebook juga berlarutan dengan penciptaan laman sinis "Kami Peminat Setia Bro Gemuk (Kaki Ludah)" dan "We are all Adam Adli" (Kami semua Adam Adli) yang mengumpul peminat lebih 10,000 dalam tempoh 24 jam.

Laman itu meneladai Facebook ‘We are all Khaled Said’ (Kami semua Khaled Said) yang dicipta Eksekutif Google Wael Ghonim yang mendorong kebangkitan rakyat Mesir awal tahun ini.

Tinjauan: 1/2 tak percaya Anwar dalam video seks

Tinjauan terkini Universiti Malaya (UM) mendapati seorang daripada dua orang tidak percaya bahawa video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan asli.
Menurut kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) itu, sebanyak 46 peratus daripada 1,304 tidak percaya terhadap video yang mula-mula didedahkan 'Datuk T' sebelum ini.

Kajian yang dijalankan pada 23 hingga 30 Oktober itu juga mendapati 36 peratus tidak pasti dan 18 peratus lagi percaya bahawa Anwar merupakan pelaku dalam video itu.

Manakala 40 peratus beranggapan bahawa pendedahan video itu tidak menjejaskan kewibawaan Anwar manakala 34 peratus beranggapan sebaliknya. Satu perempat lagi tidak jelas.

Kumpulan Umno ancam tampar, ludah Adam Adli

Seorang pemimpin pemuda Umno mengancam untuk “meludah” dan “menampar” muka seorang pelajar yang telah menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu Sabtu lalu.

Ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

"Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau... Berani kau kurang ajar dengan kami?

"Ini semua panglima perang tahu?," kata Armand (foto) sambil menunjukkan ke arah sebilangan pengikutnya dalam video berkenaan.

Video yang dimuatkan dua hari lalu, mendapat perhatian meluas hampir 60,000 penonton yang rata-ratanya tidak menyukai video berkenaan.

Armand yang juga bekas ketua pemuda PERKASA sebelum ini telah mengeluarkan ancaman serupa ke atas artis Namewee atas klip video kontroversi 'Negarakuku.'

Anak Nik Aziz selar Harakah, SU agung PAS

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar lidah rasmi parti itu Harakah kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini.

muktamar pas youth 020611 nik abduh"Saya menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.


"Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh," kata Nik Abduh (kanan).

Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan panjing di depan bendera BN.

Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...."

Penerbitan kartun dalam ruangan "Malaysia Kini" itu dilihat sebahagian daripada 'perang' menghadapi pemimpin itu yang sering dikaitkan dengan Umno sejak beberapa tahun lalu.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3