----------------$$$$----------------

InstaForex

13/06/12

EZAM DAN ZUL KULIM BOIKOT CERAMAH TIBAI

GEMPAR GEGAR TETAPI BENAR!!!....EZAM DAN ZUL KULIM BOIKOT CERAMAH TIBAI DIPEJABAT ADUN PERMATANG BT 3, SG TERAP TANJUNG KARANG SEBAB TAK SEBULU DENGAN NOH OMAR!!!!.. SEBAB ADA UPACARA SANDIWARA KONONNYA JENTERA PKR TG KARANG LUMPUH!!!!...BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA!!!! NOH OMAR DAH KENA MAIN OLEH MEREKA!!!!.. PADAN MUKA WEH!!!!
Malam tadi di pejabat ADUN Peramatang, Bt 3, Sg Terap , Tanjung Karang, Selangor diadakan ceramah Perdana anjuran TIBAI.

Dua penceramah jemputan ialah Senator Ezam Mat Noor dan YB Zul Nordin Kulim.. Walaupun DS Noh Omar wakil Parlimen Tg Karang, beliau tidak dimaklumkan dan dijemput langsung pada awalnya.

Pada malam tadi Ezam dan Zul Nordin langsung tak nampak kelibat dan bayang mereka.

Penganjur dah merah padam malu muka...Kelam kabut talipon Noh Omar supaya datang segera dengan memberi alasan kononnya jentera PKR Tg Karang, Sekinchan dan Kuala Selangor dibubarkan dan lumpuh.

Lebih lawaknya tu, pendengar lelaki yang hadir diberikan setiap seorang kopiah putih secara percuma untuk dipakai bagi mengambarkan yang penyokong PAS ramai yang hadir.

Noh Omar kelihatan amat sedih pilu dan kecewa dengan acara yang disandiwarakan oleh penganjur ceramah TIBAI..Sepanjang malam itu muka dia kelihatan sunggul muram saja. Dia tahu yang beliau sudah kena main.

Selepas upacara sandiwara lawak giler selesai, beliau kelihatan bergegas meninggalkan majlis.

Maunya tidak, dah lah kehadiran ciput sampai budak kecil diangkut dan kerusi kosong disusun berdiri, kena main lagi..
br /> BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA SEBAGAI MENYOKONG ARTIKEL INI SEBAGAI FAKTA DAN BUKAN AUTA...NOH OMAR ANGKAT TANGKAT PUN LANGSUNG TIDAK BERMAYA DAN NAMPAK CERIA. SUMBER: http://omakkau.blogspot.com/2012/06/gempar-gegar-tetapi-benarezam-dan-zul.html

12/06/12

Felda didakwa akan potong peruntukan, 'bonus raya'

PKR mendakwa Felda merancang untuk mengurangkan peruntukannya sehingga hampir RM100 juta kepada peneroka ekoran penyenaraian Felda Global Ventres Holdings (FGVH).

Pengerusi biro pelaburan PKR, Wong Chen menjangkakan Felda berbuat demikian kerana penyenaraian itu didakwa akan menyebabkan pendapatan Felda akan berkurangan sebanyak RM900 juta daripada RM2.5 bilion tahun lalu.

"Potongan RM100 juta ini mempunyai kaitan terus dengan IPO FGVH. Apabila Felda pajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGVH, Felda telah menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH. Ini menyebabkan pendapatan Felda jatuh mendadak.

"Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak, pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64 peratus.

"Oleh kerana pendapatan Felda jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta, jelasnya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau menyifatkan pemotongan peruntukan kepada RM326 juta itu, berbanding RM424 pada tahun lalu, sebagai satu bentuk "penindasan" kepada golongan peneroka.

Langkah tersebut antara lainnya akan melibatkan pembangunan infrastruktur (pemotongan hingga 57 peratus) dan juga bayaran bonus hari raya (25 peratus), kata Wong.

Tindakan itu juga akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan belia generasi kedua dan ketiga (27 peratus), insentif produktiviti (22 peratus) dan pelan insurans untuk peneroka (25 peratus), kata Wong lagi.

Katanya maklumat tersebut terkandung dalam buku Bajet Felda 2012 yang turut diedarkan kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

Berdasarkan analisis PKR, Felda membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta untuk kebajikan peneroka sebelum wujudnya FGVH, kata Wong.

10/06/12

2 tokoh BN Sabah lompat parti hari ini?

Khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dan pendokong Umno Sabah Datuk Seri Lajim Ukin akan menyertai majlis PKR hari ini, sekali gus menyertai pembangkang.

Ketua PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini (bawah) berkata, dua tokoh BN itu besar kemungkinan akan hadir ke perayaan Kaamatan di Kota Belud dan majlis makan malam PKR pada jam 8 malam ini di Kota Kinabalu.

Thamrin Jaini - Azmin Ali dinnerKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah pada jam 1.40 petang ini dan dijadual menghadiri kedua-dua acara yang sama.

Thamrin berkata, walaupun sambutan Kaamatan mungkin terjejas ekoran banjir menenggelamkan jalan ke Kota Belud, majlis makan malam dijangka diteruskan kerana diadakan di pusat konvensyen mewah.

"(Presiden Parti Maju Sabah Datuk) Yong Teck Lee sudah tentu akan hadir ke majlis makam malam; dan terdapat kemungkinan besar Lajim dan Bumburing juga turut serta.

"Tetapi sama ada mereka akan melakukannya, kami tidak dapat sahkan," katanya ketika dihubungi.

9/06/12

Warga asing yang mengundi akan kena tindakan, kata Anwar

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.

Katanya, warga asing tersebut tidak boleh "merampas" pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi.

Anwar mengulas dakwaan bahawa warga asing diberikan hak mengundi dalam usha untuk memanipulasi keputusan pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam satu program dialog di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata notis sewajarnya akan diberikan kepada golongan yang didapati telah diberikan kerakyatan dengan tidak sah, sebelum mengambil tindakan.

Anwar akan dedahkan akaun jika...

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dilakukannya sekiranya timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berbuat demikian.

Katanya, beliau sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan tersebut dan menyerahkan semua akaun terbabit.

Sekiranya Muhyiddin setuju berbuat demikian, maka siasatan itu perlu disegerakan, katanya lagi dalam satu dialog ekonomi di Petaling Jaya hari ini.

Anwar mengulas gesaan Muhyiddin hari ini yang mahu beliau menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu, dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

8/06/12

VIP dan VVIP yang memualkan!

VIP dan VVIP yang memualkan!

oleh: Jasmine C

Alih Bahasa dari tajuk asal: Be "Rakyat Centered" Di dalam majlis parti politik, samada majlis biasa atau majlis makan malam, ia adalah begitu umum untuk melihat bahawa semua orang mahu dilayan seperti seorang VIP. Ini benar-benar menjelekkan saya. Mengapa perlu wujud ruang-ruang berasingan yang dilabel sebagai VIP dan VVIP. Mengapa tidak boleh orang hanya duduk di mana mereka mahu duduk? Kita memberi jemputan kepada orang ramai untuk menghadiri majlis makan malam politik dan kita memberi layanan yang berbeza kepada tetamu-tetamu kita.

Pernahkah kita terfikir bagaimana orang akan merasa? Mengapa tidak boleh pemimpin dalam parti-parti politik duduk dan bergaul dengan orang ramai? Pada semua majlis politik yang saya hadiri, ini adalah pandangan biasa yang terlihat. Kerajaan BN memang biasalah! masalahnya Pakatan Rakyat juga mengamalkan perkara yang sama.

Pakatan Rakyat berkata bahawa mereka mahu berkhidmat Rakyat, tetapi mereka tidak boleh meninggalkan meja VVIP mereka dan duduk bersama Rakyat dan makan bersama mereka. Jika anda pemimpin PR tidak boleh meninggalkan kebanggaan VVIP anda dan duduk bergaul dengan rakyat, ini benar-benar menunjukkan bahawa anda sebenarnya bukan berjuang untuk Rakyat!

Ada yang mengatakan ia adalah protokol. Persetan dengan protokol! Lontarkan ke longkang semua protokol dan jadilah pemimpin tulen sebagaimana anda war-warkan dalam ceramah politik anda setiap malam! .Jadilah seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat. Inilah jenis pemimpin yang kami mahu! Ingat! Kami yang memberikan undi kami kepada anda semua! tetapi cara anda semua yang mengekalkan protokol seperti kita masih lagi terjajah benar-benar memualkan kami dan pengundi-pengundi baru!

Adakah anda pemimpin apabila duduk dan makan di meja VIP dan VVIP , benar-benar menyelami hati Rakyat yang telah datang ke majlis itu? Anda membuat mereka datang dan membeli tiket hanya untuk melihat anda mengasingkan diri?. Jika Rakyat tidak datang dan berada di situ taraf VIP dan VVIP anda hanya setaraf anjing kurap!? Ada anda pemimpin berfikir tentang hal ini? Pernah berterima kasih kepada Rakyat untuk kehadiran mereka yang datang dan menyokong anda?

Saya hanya berharap pada masa akan datang bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan menjadi lebih sensitif terhadap Rakyat. Semua jadual hendaklah mengikut menu yang sama. Tidak wujud lagi meja VIP dan VVIP mempunyai menu yang berbeza daripada kami! VIP atau VVIP sangatkah anda sebagai pemimpin? Rakyat harus dilayan dengan maruah dan rasa hormat. Kami Rakyat meletakkan anda sebagai pemimpin untuk melayani kami. Para pemimpin adalah untuk berkhidmat kepada Rakyat dan bukan Rakyat yang berkhidmat kepada pemimpin. Rakyat adalah bos! Berhenti berlakon di dalam perlakuan anda!

Bukan hanya bergaul dengan pengundi untuk menunjukkan kononnya anda mengambil berat dan melakukan sesi bergambar kononnya anda bersama rakyat! Kami memehati perlakuan anda! Kami tahu adakah anda bersikap tulen atau hanya sekadar berlakon!. Bagi saya, seorang pengundi India, terdapat seorang pemimpin yang menarik perhatian saya! Dan orang itu tidak lain tak bukan ialah MB Perak yang sah iaitu Dato 'Seri Nizar Jamaluddin!

Jika pemimpin dari Pakatan Rakyat boleh mengikuti jejak langkah cara beliau melayani dan bercampur dengan Rakyat dari latar belakang yang berbeza, kita akan mempunyai lebih banyak pemimpin yang secara automatis dihormati!

Terdapat satu kisah majlis makan malam di sebuah hotel di Ipoh, semasa acara jamuan bermula, Dato Seri Nizar bergegas ke tempat makanan yang disediakan secara bufet seterusnya duduk di meja lain dan meninggalkan makanan yang telah dihidangkan di atas meja yang dikhaskan kepada beliau! . “Menu yang sama adalah untuk semua” katanya. Dato’ Seri Nizar rela menurunkan tarafnya dan bercampur dengan semua!. Itulah jenis pemimpin yang kita kami mahu!

Beliau adalah seorang yang disayangi dan dihormati tidak mengira parti dan kaum di Perak!. Setiap kali saya menghadiri majlis di mana Dato Seri Nizar Jamaluddin adalah tetamu, dia akan memastikan cara dia menyambut anda seolah-olah anda adalah tetamu. Dan perkara yang paling mengharukan adalah dia ingat nama anda! Watak tulen Dato Seri Nizar yang itulah yang menawan. Cara dia bercakap, cara dia merendah diri dan amalan sikap sebagai seorang Islam yang tulin ini adalah kualiti yang benar-benar kita perlukan untuk wujud dalam semua pimpinan

SUMBER: Pakatan Rakyat!.http://mediaperak.com/2012/06/08/be-rakyat-centered/

TERKINI : Gambar, audio beli MP Pakatan RM2 JUTA didedah

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.

Bagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu.

"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan.

"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam.

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.

Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.

"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.

"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.

Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi: Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."

Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."

Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.

Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.

7/06/12

PKR sedia bantu siswa saman PTPTN

PKR menyatakan kesediaan untuk membantu siswa baru Universiti Selangor (Unisel) yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas tindakan membekukan pinjaman mereka.

Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata PKR akan mengkaji penjanjian pinjaman individu berkenaan untuk mengenalpasti sekiranya PTPTN berhak untuk mengambil tindakan menghentikan pinjaman dengan sewenang-wenangnya.

Sekiranya ada asas undang-undang, PKR akan mencari siswa yang sanggup tampil untuk menyaman PTPTN, katanya.

Beliau memberi alasan, hanya siswa berkenaan yang mempunyai locus standi dalam kes seperti itu kerana mereka merupakan pihak yang menandatangan pinjaman tersebut.

Tambahnya, golongan yang terjejas dalam tindakan bersifat politik seperti itu ialah siswa yang bergantung kepada pinjaman untuk melanjutkan pengajian.

Tindakan mengejut PTPTN itu juga menyebabkan kesukaran kepada pelajar baru di universiti milik kerajaan negeri Selangor, katanya.

Beku PTPTN: UNISEL cair aset bantu pelajar terbabit

Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.

"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.

"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.

Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset UNISEL.

Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.

"UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.

"Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya menteri pengajian tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL.

"Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru, malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka," katanya.

Khalid mendakwa Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat.

"Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," dakwanya.

Kenapa Fathul Bari Takut Debat?

31 Mei lalu kami menghantar surat rasmi jemputan debat kepada Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) melelaui emel dan fax. Surat rasmi pelawaan debat kepada ILMU

Tajuk yang kami kemukakan ialah "PAS vs Umno : Siapa Sesat" dengan menampilkan Pemuda PAS Gombak yang mewakili PAS serta ILMU yang mewakili Umno.

Ia dijadualkan berlansung pada 26 Jun akan datang, di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

Emel sama kami hantar kepada media dan dimasukkan ke dalam Facebook rasmi kami beserta blog www.PemudaGombak.com.

Rujuk http://pemudagombak.com/v1/?p=1338

Kenapa Pilih Tajuk Ini?

Antara persoalan yang timbul daripada pihak ILMU, media malah para rakan FB ialah mengapa pilih tajuk ini?

Ya, tajuk ini nampak kontroversi dengan perkataan "sesat" pada tajuk debat. Wacana bertajuk "PAS - Parti Ajaran Sesat" fathul Bari boleh jadi ahli panel pula, tapi debat "PAS vs Umno: Siapa Sesat" takut?

Tahukah anda, selama ini Umnolah yang selama ini mempopularkan tajuk ini dengan tuduhan yang dilemparkan kepada PAS - Parti Ajaran Sesat? Apa kata Ulama Muda Umno?

Malah, tajuk ini sudah diwacanakan oleh Umno dan ia menjadi kelebihan kepada ILMU. Nah, salah seorang penelisnya ialah Fathul Bari yang gentar dengan tajuk debat "PAS vs Umno: Siapa Sesat

Lebih jauh lagi, Ustaz Fathul Bari, jurucakap ILMU yang menjadi pembentang utama wacana tersebut! Satu lagi kenyataan yang mengatakan PAS sesat oleh seorang ustaz ILMU; Fauzan Yahya

Justeru, inilah medan terbaik untuk ILMU memberi penjelasan yang terbuka di pentas debat yang kami sediakan.

Bukankah ini satu tawaran yang cukup lumayan bagi ILMU? inilah medannya untuk ILMU mendedahkan 'kesesatan' PAS!

"Kami mahu berdebat dengan TGHH dan TGNA"

Ini respon awal mereka yang dipetik daripada web www.antarapos.com. Fathul Bari cabar TGHH boleh pula? Pemuda Gombak cabar Fathul Bari, ditolak kerana kami bukan pembuat dasar?

(Rujuk: http://pemudagombak.com/v1/?p=1358)

Boleh lihat respon Ust Fathul Bari di http://www.youtube.com/watch?v=xrNsJkgRmW0

Katanya juga "Mereka (Pemuda PAS Gombak bukan pembuat dasar".

Beberpa persoalan yang timbul dari respon Fathul Bari.1. Di manakah kedudukan ILMU dan Fathul Bari dalam Umno?2. Adakah ILMU pembuat dasar dasar Umno?

Ayuh, kita kupas satu persatu persoalan tersebut. Persoalan pertama, di mana kedudukan ILMU di dalam Umno sehingga merasakan tidak layak berdebat dengan kami dan mahukan Presiden dan Mursyidul Am kami?

Merujuk kepada website Umno, tidak adapun ILMU sebagai sebahagian organisasi dalam Umno. Malah, Ust Fathul Bari, Dr Fadlan, Ust Fauzan bukan siapa-siapa pun di dalam barisan kepimpinan Umno.

Jika hendak berdebat, biarlah sekufu. Jika hendak berdebat dengan Presiden kami, hantarlah Presiden Umno, baru setaraf, bukan?

Malah, jika hendak dibandingkan taraf dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia, ILMU masih belum setaraf. Yang setaraf denhgan DPPM ialah Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Setaraf dari segi ranking dan kedudukan dalam parti masing-masing.

(Kami difahamkan, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan pernah menghantar jemputan debat kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tapi sepi tanpa jawapan)

Paling tinggi pun ialah Fathul Bari, pernah beberapa kali menjadi perwakilan Umno Perlis peringkat bahagian.

Justeru, atas keinsafan ini, kami daripada Pemuda PAS Gombak mengambil inisiatif ini untuk berdebat dengan mereka. Biar kami meninggikan taraf mereka yang tiada apa-apa pun dalam Umno ke sama taraf dengan pemuda kawasan.

Kemudian, kita pergi ke persoalan kedua; Adakah ILMU pembuat dasar?

Jika soalan pertama "Di manakah kedudukan ILMU dan Fathul Bari dalam Umno?", jawapannya ialah "Tidak ada apa-apa", apatah lagi soalan "Adakah ILMU pembuat dasar Umno?".

Oh, sudah tentu tidak sama sekali. Tidak perlu dihuraikan panjang.

Maka, alasan mereka menolak jemputan kami berdebat kerana Pemuda PAS Gombak bukan pembuat dasar, sudah tidak releven sama sekali.

Jadi, apa lagi alasan ILMU?

Masih awal untuk ILMU menolak mentah-mentah pelawaan kami. Malah kami berikan masa yang secukupnya untuk ILMU memberi respon kepada kami dan persediaan secukupnya. Di dalam surat kami, tarikh akhir respon debat tersebut adalah pada 14 Jun.

Ayuh ILMU, tunjukkan kebenaran kalian! SUMBER:https://www.facebook.com/notes/pemudagombakcom/kenapa-fathul-bari-takut-debat/10150882901443721
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3