----------------$$$$----------------

InstaForex

3/05/13

Video Kantoi - Saiful Bukhari Depan Kaabah Amat Meragukan..

Mungkin beliau menyangka semua rakyat di negara ini yang berugama adalah bodoh... oleh itu beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang berugama Islam sekali lagi...

Video ini disebarkan kepada umum sejurus bapa Saiful membuat "u turn" dan mendakwa kejadian liwat terhadap anaknya benar-benar berlaku.

Lebih terserlah agenda sebenar puak ini ialah apabila video yang kononnya dirakamkan pada 9 April 2012 ini disiarkan dan disebarkan 3-4 hari sebelum PRU13.

Ini ullsan seseorang yang terlibat dalam industri grafik..

Assalamualaikum w.b.t.

Dah tengok video Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di depan Kaabah. Video tersebut pada 9 April 2012 tetapi baru dipublish di youtube sempena lagi 3 hari akan mengundi.

Firstly aku tengok, wahh biar betul. Kalau betul Saiful Bukhari betul, harap kebenaran akan menjelma bagi pihak beliau.

Tetapi kalau tidak benar, aku harap ALLAH melaknat dia kerana mempersendakan kekuasaan ALLAH S.W.T.

Aku tak sure sama ada aku akan ditangkap atau tidak kalau aku buat pendedahan yang aku rasa aku betul.

First aku tengok, memang aku percaya video nie benar sebab video bewarna dan mempunya suara. Tak macam video-video UMNO/ BN buat yang video lucah.

So aku pon tengok berulang-ulang kali untuk trace wajah muka Saiful samaada terdapat perbezaan tone. Ada sedikit. Oh it tdak boleh dijadikan bukti.

Then ada something aku rasa tak kena.

Cuba perhatikan pada minit 1.03 saat. Cuba perhatikan di saat ada seorang hamba ALLAH berbaju putih melalui di belakang badan Saiful.

Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh. Aku pon jadi tanda tanya. Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

Aku tak mahu tuduh siapa yang create video ini. Tapi aku rasa ini satu penipuan.

Mereka dah mula belajar edit video bewarna dan bersuara, tapi hampa perasan tak,di kalangan ramai-ramai, suara Saiful amat jelas sekali berbanding background belakang.

Itu mustahil. Cuba pergi market, rakam, background sangatlah bising. Allahuakbar. Sampai begini sekali politik Malaysia. Sedih ooii.

P/S : Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah kebenaran kepada semua rakyat Malaysia. Amin....~fizgraphic.com

Ini pula ulasan oleh seorang Mutawif..

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif. SUMBER:http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/05/video-saiful-bukhari-depan-kaabah-amat.html?spref=fb

23/04/13

Lagi 50 Pemuda UMNO Mengamuk

KUALA KANGSAR, 22 April – 50 Pemuda UMNO Kampung Seri Desa DUN Chenderoh Parlimen Padang Rengas isytihar keluar parti dan menyertai PKR. Dalam majlis ringkas penyerahan borang keahlian yang diadakan di dewan Kampung Seri Desa dengan dihadiri oleh Ketua AMK Perak Dr Meor Ahmad Isharra Bin Ishak (Calon Parlimen Padang Rengas)..

Dalam ucapan ringkas wakil pemuda Kampung, Mohd Azwan menegaskan beliau bertindak menyertai PKR setelah rakan-rakannya didalam UMNO selama ini berasa tertipu dan melihat perjuangan dalam UMNO tersasar dari arus perjuangan sebenar. Ramai pemimpin katanya, sudah mula terpesong dari perjuangan asal untuk membela nasib agama, bangsa dan negara. Beliau melihat sendiri pemimpin UMNO yang datang ke Kampung mereka hanya sekadar berceramah penuh dengan penipuan dan fitnah.

Ini juga melibatkan Ketua UMNO Cawangan Beluru tidak menghiraukan nasib mereka kecuali hanya pada waktu pilihanraya saja semasa memasang bendera. Mereka hanya mengejarkan jawatan dalam Parti untuk menjadi calon Wakil Rakyat tanpa memikirkan bagaimana untuk membela nasib dan kemajuan anak-anak muda di Kampung tersebut

Pada majlis itu juga Ketua AMK Perak Dr Meor Ahmad Isharra Bin Ishak berkata beliau amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan bersedia jika PAS dan PKR diberikan mandat untuk menjadikan pemimpin di kawasan tersebut beliau akan memastikan nasib anak-anak muda terus terbela. Beliau juga turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan syabas kepada anak muda Kampung Seri Desa yang berjaya menaikkan semangat PKR di cabang itu.

Beliau berharap dengan kemasukan Mohd Azwan dan pengikutnya, maka PKR akan diperkukuhkan lagi dalam usaha memberikan kemenangan kerusi parlimen Padang Rengas dan DUN Chenderoh. SUMBER:http://www.mediaperak.net/2013/04/lagi-50-pemuda-umno-mengamuk.html

20/04/13

Kamalia Ibrahim keluar Umno, tanding bebas

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu.

Selain naib ketua wanita Umno, Kamilia juga melepas jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.

Manakala Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.

Dalam pilihan raya umum lalu veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar.

15/04/13

Muhammad Taib sertai PAS

Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.

Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.

Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (kiri).

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.

Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti.

24/03/13

Program BN dapat sambutan yang luar biasa!!!

Ceramah BN yang tidak mendapat sambutan !!

Lihat gambar sebagai bukti ,hanya beberapa lelaki dan kanak-kanak yang hadir program BN itu pun hanya mahu menunggu acara cabutan bertuah .

Kesian tak dapat sambutan..

Adakah rakyat sudah muak degan BN !!

Patut la Najib tidak berani untuk membubarkan parlimen.

23/03/13

SPR padam rekod 'hantu' penulis blog pro-Umno

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuang rekod Papagomo daripada senarai pengundi pos mengesahkan penulis blog pro-Umno itu "pengundi hantu", kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

NONE "Semakankami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan bawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.

NONE"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos."

Rafizi juga membekalkan tawan skrin (screen capture) bagi carian itu bagi membuktikan dakwaannya.

Beliau semalam mendakwa Papagomo pengundi hantu, yang boleh mengundi di Ampang dan Wangsa Maju, berdasarkan carian di laman web SPR menggunakan nombor kad pengenalan (IC) penulis kontroversi itu.

Menurut Rafizi, Wan Muhammad Azri memiliki dua IC - satu IC polis ketika bertugas sebagai koperal polis trafik dan satu IC awam.

22/03/13

IGP berang terhadap dakwaan bekas KM Sabah


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Ismail Omar yang biasanya tenang hari ini kelihatan berang apabila ditanya tentang dakwaan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

"Saya tak akan layan cakap-cakap mengarut... Saya tiada masa untuk dakwaan liar - sama ada mereka main politik atau tidak.

"Kalau kamu tuduh macam itu, bawalah bukti pada saya," katanya kepada pemberita semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman hari ini.

Ketika mengulas lanjut, suaranya semakin lantan dan tidak dapat mengawal marah sehingga menepuk meja.

"Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Kita menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad Datu).

"Sekarang mereka di barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan wartawan terdiam seketika.


12/03/13

Wajah wajah penyerang pejabat PKR..

Inilah wajah wajah [gambar] konun pembela bangsa dan agama tetapi perangai macam lembu..

Hanya bertopengkan Agama, tetapi bertindak mengikut hawa nafsu setan. Undang undang seperti mak bapak mereka yang gubal...

Kepada pihak yang berkenaan ...apa lagi tolong siasat !!

Kami tak mahu gejala ini membarah dan menjadi lebih teruk ..

Kami cintakan keamanan..

Dan kami tolak budaya negatif seperti ini.

Kita bermusuh dipentas politik,perlawanan atau pertarungan kita semua dipentas pilihanraya bukannya 


seperti perangai samseng 6 jahanam..~~ Mengaku kunun pembela Islam...Tetapi mereka sebenarnya menghina Islam..  pejabat keadilan yang di serang Percayakah anda, Walaupun Lembu tidak mempunyai tangan, tetapi mereka masih mampu membaling telur..ini buktinya

'Jeneral' Sulu dipercayai bekas komander MNLF

'Jeneral' Sulu yang terbunuh beberapa hari lalu dipercayai bekas komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang dikenali sebagai Haji Musa, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib.

Bercakap dalam sidang media di Felda Sahabat Beach Resort, Lahad Datu hari ini, Hamza berkata, mereka menjumpai pakaian Haji Musa tetapi ketika ditembak 'jeneral' itu tidak memakai pakaian seragamnya.

Hamza (kanan) berkata demikian ketika ditanya, antara 22 lagi yang ditempatkan di hospital Tawau dan Lahad Datu untuk bedah siasat, sama ada terdapat mayat yang dikenal pasti sebagai Haji Musa Hamza bagaimanapun berkata beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana lebih banyak bukti kukuh diperlukan untuk menyimpulkan perkara itu seperti dokumen dan kad pengenalan.

4/03/13

Laporan palsu: Tian lapor polis, mahu cybertroopers Umno disiasat

KUALA LUMPUR 4 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membuat laporan polis petang ini berhubung laporan palsu blogger Umno ke atasnya mengenai isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

TianLaporan polis itu dibuat terhadap blogger dan cybertroopers Umno iaitu Papagomo, Mymassa, Talk With Hand dan Aloqlaloq.

Beliau mahu mereka yang terlibat disiasat.

Ia ekoran berita palsu menuduh beliau menghina pembunuhan komando polis negara sebagai ‘mati katak’ dalam satu ceramah yang didakwa dihadirinya di Puchong.

Sedangkan ketika itu, beliau menghadiri ceramah KEADILAN di Tangkak Johor.

“Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam, saya tidak berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan,” jelas Ahli Parlimen Batu itu.

“Sebenarnya (waktu itu) saya berada di Johor dan dalam semua ucapan, saya menyatakan keyakinan dan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan anggota-anggotanya,” kata Tian dalam kenyataan berhubung fitnah itu pagi tadi

Tian ditemani Setiausaha, Rozan Azen Mat Rasep.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46410
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3