----------------$$$$----------------

InstaForex

9/03/14

Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang? Terbaru, Pesawat MAS Terhempas di Laut China Selatan?

Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang Terhempas : Tanggal 8 Mac 2014 awal pagi tadi, rakyat Malaysia amnya dan dunia dikejutkan dengan berita yang tersebar luas apabila didapati Pesawat MAS KL – Beijing hilang.

Terbaru menerusi semakan Berita Semasa terhadap berita terkini Yahoo Singapore yang telah disahkan sendiri oleh tentera Vietnam, pesawat MAS KL – Beijing hilang terhempas di Laut China Selatan.

Seluruh dunia sedang mengikuti secara dekat berita terkini tragedi Pesawat MAS KL – Beijing hilang. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Terbaru diberitakan China telah pun menghantar 2 buah kapal ke Laut China Selatan. Tentara Filipina juga telah menghantar 3 buah kapa l dan sebuah pesawat pemantau bagi operasi menyelamat tragedi pesawat Malaysia Airlines hilang kali ini..
Kronologi Pesawat MAS KL – Beijing Hilang & Terhempas di Laut China Selatan

12:41 pagi : Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 berlepas dari Kuala Lumpur Sabtu & dijangka mendarat di lapangan terbang Beijing pukul 6:30 pagi tadi 2:30 pagi : Malaysia Airlines melalui pesawat MAS KL – Bejing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang 7:25 pagi : Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan 10:15 pagi : Malaysia Airlines (MAS) menafikan kapal terbang pesawat MH370 selamat mendarat di Nanming, China (Kenyataan Media Kedua MAS): 10:30 pagi : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain. 10:40 pagi : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat tragedi pesawat MAS hilang 11.00 pagi : Senarai nama Crew MAS MH370 didedahkan yang mana termasuk Fariq Abdul Hamid (pembantu juruterbang pesawat MAS MH370) dan Kapten Zaharie Ahmad Shah yang berusia 53 tahun 11.05 pagi : MAS Hubungi ahli keluarga penumpang 11.30 pagi : Senarai jumlah penumpang pesawat MAS KL Beijing mengikut negara yang dikeluarkan oleh MAS: 12.45 tengah hari : Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc! Laporan Yahoo Singapore. 1.15 Tengah Hari : Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengarahkan agensi penyelamat melakukan segala apa yang terdaya untuk mengesan pesawat MH370 2.00 Petang : 62 Senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang berjaya diperolehi setakat ini

BR1M 4.0 2015 Naik Lagi Menjadi RM950 (RM3k Ke Bawah), RM750 (RM3k-RM4k) & RM600 (Bujang). Tambahan BR1M Khas GST RM300!


BR1M 4.0 2015 Naik Lagi (Tambahan BR1M Khas GST RM300) : Gelombang GST 2015 untuk dirasai bahangnya oleh rakyat Malaysia sudah tidak lama sahaja lagi.
Bersedia atau tidak, kalangan ahli perniagaan, usahawan, rakyat Malaysia perlu menghadapinya. Pejam celik pejam celik, akan menginjak April 2015. Dan bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban yang bakal dihadapi rakyat Malaysia kelak kerajaan Malaysia bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas. Butirannya?

BR1M 4.0 2015 : Butiran BR1M Khas GST 2015?

  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas GST 2015 membolehkan bayaran BR1M 4.0 2015 RM300 yang merupakan tambahan kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.
  • Ini bermakna jika anda sekarang telah menerima RM650 (bagi kelayakan isi rumah RM3000 dan ke bawah), anda bakal layak menerima RM650 +RM300 (bayaran khas GST 2015)
  • Begitu jika anda terima bayaran BR1M 3.0 2014 dengan jumlah RM450 (bagi isi rumah RM3000-RM4000) dan RM300 (bujang berpendapatan RM2000 dan ke bawah), bermula tahun dapat dijangka anda akan menerima bantuan bayaran khas GST 2015 sebanyak RM300 menjadikan BR1M 4.0 2015 anda menjadi RM750 & RM600. Jelas?
Apa pandangan dan respon balas dengan pengumuman terbaru Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai BR1M 4.0 2015 naik lagi menjadi RM950,RM750 & RM600 dengan adanya bantuan bayaran BR1M khas GST 2015 kelak?

28/08/13

Ahli politik ternama didakwa naungi kongsi gelap

Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

“'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya.

26/08/13

Mahkamah terima rayuan, Sirul mungkin dianiaya

Penghakiman bertulis dalam kes rayuan oleh dua anggota polis elit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu menunjukkan bahawa tertuduh kedua, Kpl Sirul Azhar Umar mungkin telah dianiaya.

altantuya razak baginda murder 050707 sirul azhar umarMahkamah Rayuan pada hari Jumaat lalu menggariskan bahawa Sirul dan tertuduh pertama Cif Insp Azilah Hadri dibebaskan dari tuduhan berkenaan memandangkan pembantu peribadi Datuk Seri Najib Razak, Musa Safri tidak ditampilkan sebagai saksi.

Sirul dalam kenyatannya dari kandang tertuduh telah menyebut bagaimana beliau dijadikan “kambing hitam” oleh polis untuk dikorbankan demi memelihara rancangan pasukan tersebut.

Hakim Mahkamah Rayuan Tengku Maimun Tuan Mat dalam penghakiman bertulis tersebut menjelaskan sebab mahkamah tidak menerima bukti daripada pegawai polis yang membawa Sirul ke rumah tertuduh berkenaan untuk mengecam bahan bukti.

Terdapat pengakuan bertentangan dan tidak konklusif mengenai penemuan satu jaket hitam dan barang kemas milik Altantuya dalam jaket tersebut, penghakiman itu dipetik.

altantuya razak baginda murder trial 010807 sirul jacketTengku Maimun juga menyatakan, tiada keterangan yang konklusif mengenai kata-kata yang disebut oleh Sirul berhubung penemuan jaket tersebut.

Katanya lagi, seorang saksi polis menyebut bahawa Sirul memberitahu barang kemas itu disimpan dalam jaket tersebut tetapi seorang lagi pegawai polis tidak mendedahkan kenyataan seperti itu.

Hakim itu berkata, Sirul dalam keterangan menyebut bahawa pegawai polis yang mendakwa barang kemas itu disimpan dalam jaket berkenaan telah meminta tertuduh memegang jaket tersebut untuk rakaman gambar, sebanyak dua kali.

"Pegawai polis yang sama mengeluarkan beberapa barangan daripada jaket yang sama dan meletakkan ke atas katil sebelum memaksa (Sirul) menunjukkan, dengan jari, ke arah kesemua barangan tersebut sebelum gambarnya dirakam.

"Perayu kedua dengan itu menyatakan bahawa polis meletakkan barang kemas itu di rumahnya,” katanya.

Mahkamah turut mengambil kira fakta bahawa kunci rumah tersebut dipegang oleh anggota polis sebelum pencarian untuk jaket berwarna hitam dibuat dari dalam almari yang tidak berkunci di bilik Sirul yang tidak berkunci, kata hakim tersebut.

9/07/13

Polis: Suspek tembak guru mungkin pembunuh upahan

Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor yang ditembak semalam melibatkan pembunuh upahan, serta bermotifkan dendam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis sedang mengumpul maklumat berkaitan kejadian tersebut kerana mangsa difahamkan terlibat dalam perniagaan.

"Setakat ini maklumat yang kita terima 'hearsay' sahaja. Maklumat kata mangsa adalah seorang peniaga, tak bayar hutang, berjanji dengan orang tak betul, mungkin orang yang tertipu rasa marah. Langkah terbaik bila dia sakit hati, upah orang untuk tembak mangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Jalaluddin berkata polis sukar mendapatkan saksi kes kerana masyarakat bimbang keselamatan diri terancam.

"Sama seperti beberapa kes-kes samun yang terjadi, kita tak pernah terima maklumat daripada masyarakat," katanya.

Hashim Mat Zain, 43, juga guru muzik, terbunuh selepas terkena tiga das tembakan di bahagian dada dan bahu kanan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu, pukul 1.40 tengah hari semalam.

- Bernama

25/05/13

Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?

ULASAN Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.

Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.

Waktu itu, Raja Petra ( kiri ) dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.

Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia di bebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.

Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.

Kelmarin pula, senario yang hampir sama berlaku berhampiran balai polis Jinjang, di mana sebuah perhimpunan aman untuk menyokong Adam Adli Abdul Halim berlangsung.

Memang terdapat orang Melayu. Antaranya aktivis lama reformasi, geng Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), geng mahasiswa dan aktivis parti pembangkang.

Mereka faham perjuangan Adam Adli dan datang dari jauh untuk menunjukkan sokongan sampai larut malam.

'Tsunami Cina' di Jinjang

Tetapi bilangan mereka kecil kalau dibandingkan dengan kehadiran beratus-ratus orang Cina yang mewakili kelas berpendapatan rendah sampai kelas yang menggunakan kereta mewah.

Adanya geng gereja Lutheran, ahli Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan geng DAP. Tetapi apa yang mengejutkan, pihak yang tidak dijangkakan turut berhimpun demi Adam Adli.

Adanya Ah Soh bersama tiga anak perempuanya yang masih dalam umur persekolahan. Adanya Ah Seng rambut perang membawa motorsikal Suzuki RG.

Adanya ah pek yang memakai singlet putih jenama pagoda. Adanya Ah Siang, seorang pakar penulis aplikasi untuk iPhone dari Shah Alam.

Sampai 11.30 malam, saya berasa letih dan meminta izin bos saya untuk balik rehat. Tetapi Ah Soh, Ah Seng, Ah Pek dan Ah Siang masih hendak berhimpun, bersorak dan menyanyi Negaraku, walaupun sudah tengah malam dan adanya risiko ditahan polis.

Bagi saya, ini agak pelik. Kalau dibandingkan dengan ketika Raja Petra ditahan, penyokongnya memahami pendiriannya kerana dia sudah menulis rencana sejak beberapa dekad.

Manakala, Adam pula masih dikira orang baru dalam arena aktivis dan pendirian. Ataupun idealismenya kurang menarik perhatian orang ramai kerana dia bukan seorang penulis prolifik seperti Raja Petra.

Kesilapan keutamaan

Tidak lama selepas polis menahan 18 peserta (antaranya, 11 lelaki dan 4 perempuan Cina), saya sempat berborak dengan beberapa orang Cina yang bagi saya, tidak menonjolkan ciri-ciri kaki demonstrasi.

Tiada seorang pun yang tahu tentang latar belakang Adam Adli, ataupun kisah beliau menurunkan bendera perdana menteri di PWTC.

Tetapi, kebanyakan orang yang ditemuramah nampaknya tidak puas hati melihat seorang mahasiswa ditahan kerana hujahnya di sebuah forum, sedangkan pihak berkuasa sepatutnya mengutamakan benda lain yang lebih penting.

"Itu (sebut nama seorang pemimpin BN) dia tak mahu tangkap. Olang jahat dia tak mahu tangkap. Mengapa tangkap budak itu?"

Ini merupakan pandangan yang lazim diluahkan orang yang ditemuramah. Sebaliknya, soal bangsa Adam Adli tidak disentuh langsung.

Jadi kalau mahu menjawab soalan yang dikemukakan sebuah akhbar tempatan, apa lagi Cina yang berkumpul di sekitar balai Jinjang semalam mahu, jawapannya keadilan.

Mereka mahu pihak berkuasa menyempurnakan tugas mereka secara adil dan saksama, bukan membuang masa menutup mulut aktivis muda yang cuba untuk menegakkan sistem pilihan raya yang bersih.

Itu saja Cina mahu?

Saya juga membuat kesimpulan, orang Cina yang saya nampak semalam juga masih mahu kepimpinan Melayu.

Pada tahun 2008, Raja Petra antara pemimpin yang diagung-agungkan orang Cina kerana hujahnya berlandaskan keadilan.

Sekarang pula orang Cina mengagung-agungkan pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan sebagainya kerana prestasi pencapaian mereka.

Pernahkah para pembaca dengar orang Cina kata dia hendak lihat Lim Kit Siang ( kanan ), Karpal Singh ataupun Dr Chua Soi Lek sebagai perdana menteri? Tidak.

Ketiga-tiga pemimpin ini tidak begitu fasih bahasa kebangsaan pun. Macam mana pula mereka hendak menggubal undang-undang?

Saya juga berpendapat orang Cina memahami bahawa kebanyakan orang Malaysia adalah orang Islam yang memerlukan pimpinan orang Islam. Ini kerana perlembagaan telah menetapkan Agong sebagai penjaga hal-ehwal Islam dan seorang perdana menteri adalah wakil eksekutif Tuanku.

Saya mengaku, kesimpulan yang saya temukan ini mungkin simplistik sebab ia berdasarkan satu senario yang jarang berlaku dan berdasarkan pendapat segelintir peserta malam kelmarin.

Tetapi saya harap pemerhatian saya semalam dapat membuka lagi ruang perbincangan tentang "Apa lagi Cina mahu" dan adakah semua perbuatan mereka merupakan pecaturan licik bersifat perkauman, seperti didakwa sesetengah pihak.

Setahu saya, Adam Adli bukan Cina dan tidak pernah cuba menghasut orang Cina. Secara umumnya, orang Cina tidak kenal dia pun, lebih-lebih lagi orang Cina Jinjang.

ANDREW ONG bertugas di Malaysiakini (laman Bahasa Inggeris). Ini rencana pertamanya yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

3/05/13

Video Kantoi - Saiful Bukhari Depan Kaabah Amat Meragukan..

Mungkin beliau menyangka semua rakyat di negara ini yang berugama adalah bodoh... oleh itu beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang berugama Islam sekali lagi...

Video ini disebarkan kepada umum sejurus bapa Saiful membuat "u turn" dan mendakwa kejadian liwat terhadap anaknya benar-benar berlaku.

Lebih terserlah agenda sebenar puak ini ialah apabila video yang kononnya dirakamkan pada 9 April 2012 ini disiarkan dan disebarkan 3-4 hari sebelum PRU13.

Ini ullsan seseorang yang terlibat dalam industri grafik..

Assalamualaikum w.b.t.

Dah tengok video Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di depan Kaabah. Video tersebut pada 9 April 2012 tetapi baru dipublish di youtube sempena lagi 3 hari akan mengundi.

Firstly aku tengok, wahh biar betul. Kalau betul Saiful Bukhari betul, harap kebenaran akan menjelma bagi pihak beliau.

Tetapi kalau tidak benar, aku harap ALLAH melaknat dia kerana mempersendakan kekuasaan ALLAH S.W.T.

Aku tak sure sama ada aku akan ditangkap atau tidak kalau aku buat pendedahan yang aku rasa aku betul.

First aku tengok, memang aku percaya video nie benar sebab video bewarna dan mempunya suara. Tak macam video-video UMNO/ BN buat yang video lucah.

So aku pon tengok berulang-ulang kali untuk trace wajah muka Saiful samaada terdapat perbezaan tone. Ada sedikit. Oh it tdak boleh dijadikan bukti.

Then ada something aku rasa tak kena.

Cuba perhatikan pada minit 1.03 saat. Cuba perhatikan di saat ada seorang hamba ALLAH berbaju putih melalui di belakang badan Saiful.

Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh. Aku pon jadi tanda tanya. Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

Aku tak mahu tuduh siapa yang create video ini. Tapi aku rasa ini satu penipuan.

Mereka dah mula belajar edit video bewarna dan bersuara, tapi hampa perasan tak,di kalangan ramai-ramai, suara Saiful amat jelas sekali berbanding background belakang.

Itu mustahil. Cuba pergi market, rakam, background sangatlah bising. Allahuakbar. Sampai begini sekali politik Malaysia. Sedih ooii.

P/S : Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah kebenaran kepada semua rakyat Malaysia. Amin....~fizgraphic.com

Ini pula ulasan oleh seorang Mutawif..

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif. SUMBER:http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/05/video-saiful-bukhari-depan-kaabah-amat.html?spref=fb

23/04/13

Lagi 50 Pemuda UMNO Mengamuk

KUALA KANGSAR, 22 April – 50 Pemuda UMNO Kampung Seri Desa DUN Chenderoh Parlimen Padang Rengas isytihar keluar parti dan menyertai PKR. Dalam majlis ringkas penyerahan borang keahlian yang diadakan di dewan Kampung Seri Desa dengan dihadiri oleh Ketua AMK Perak Dr Meor Ahmad Isharra Bin Ishak (Calon Parlimen Padang Rengas)..

Dalam ucapan ringkas wakil pemuda Kampung, Mohd Azwan menegaskan beliau bertindak menyertai PKR setelah rakan-rakannya didalam UMNO selama ini berasa tertipu dan melihat perjuangan dalam UMNO tersasar dari arus perjuangan sebenar. Ramai pemimpin katanya, sudah mula terpesong dari perjuangan asal untuk membela nasib agama, bangsa dan negara. Beliau melihat sendiri pemimpin UMNO yang datang ke Kampung mereka hanya sekadar berceramah penuh dengan penipuan dan fitnah.

Ini juga melibatkan Ketua UMNO Cawangan Beluru tidak menghiraukan nasib mereka kecuali hanya pada waktu pilihanraya saja semasa memasang bendera. Mereka hanya mengejarkan jawatan dalam Parti untuk menjadi calon Wakil Rakyat tanpa memikirkan bagaimana untuk membela nasib dan kemajuan anak-anak muda di Kampung tersebut

Pada majlis itu juga Ketua AMK Perak Dr Meor Ahmad Isharra Bin Ishak berkata beliau amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan bersedia jika PAS dan PKR diberikan mandat untuk menjadikan pemimpin di kawasan tersebut beliau akan memastikan nasib anak-anak muda terus terbela. Beliau juga turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan syabas kepada anak muda Kampung Seri Desa yang berjaya menaikkan semangat PKR di cabang itu.

Beliau berharap dengan kemasukan Mohd Azwan dan pengikutnya, maka PKR akan diperkukuhkan lagi dalam usaha memberikan kemenangan kerusi parlimen Padang Rengas dan DUN Chenderoh. SUMBER:http://www.mediaperak.net/2013/04/lagi-50-pemuda-umno-mengamuk.html

20/04/13

Kamalia Ibrahim keluar Umno, tanding bebas

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu.

Selain naib ketua wanita Umno, Kamilia juga melepas jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.

Manakala Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.

Dalam pilihan raya umum lalu veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar.

15/04/13

Muhammad Taib sertai PAS

Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.

Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.

Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (kiri).

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.

Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3