----------------$$$$----------------

InstaForex

7/05/16

Hadi: Tak pelik pecat pihak langgar peraturan


Sehari selepas pemecatan Datuk Husam Musa, presiden PAS berkata pemecatan pihak yang melanggar peraturan tidak pelik.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata ia bukan pertama kali berlaku, lapor Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya, seorang anggota parlimen PAS dipecat kerana hadir program anjuran BN yang melibatkan majlis tari-menari.

“Ini bukan lagi perkara pelik dan bukan hanya berlaku sekarang. PAS memecat ahli yang melanggar disiplin parti,” beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Jeli malam tadi.

Jawatankuasa tatatertib PAS semalam memutuskan memecat Husam, bekas naib presiden parti itu, kerana melakukan tindakan bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), perlembagaan parti.

9/04/16

Laporan: Dr M kini gesa campur tangan asing untuk 'jatuhkan' Najib



Dalam satu perubahan yang ironik, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilaporkan menggesa campur tangan antarabangsa untuk membantu "menjatuhkan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar The Australian hari ini melaporkan bahawa ia adalah perubahan luar biasa bagi Dr Mahathir yang terkenal dengan ketegasannya menolak campur tangan asing dalam politik Malaysia semasa pentadbirannya.

"Biasanya saya tidak suka campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia tetapi saluran untuk kami telah ditutup sepenuhnya (di dalam parti dan melalui undang-undang zalim yang kini digunakan untuk menakut-nakutkan pengkritik)," Dr Mahathir dilaporkan memberitahu The Weekend Australian.

Rafizi tak akan mohon maaf atas kenyataan mengenai Rosmah

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi akan menunggu untuk berjumpa perdana menteri itu di mahkamah.

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan bahawa kenyataannya mengenai isteri perdana menteri semasa perhimpunan anti-GST Sabtu lepas adalah satu gurauan.

"Saya akan jumpa mereka di mahkamah. Saya tidak akan mohon maaf kerana saya berkata secara berseloroh," katanya, berhubung rujukannya kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan Jakel Trading.

Dalam ceramah, katanya, perkara selalu disebut secara berseloroh.

Sambil mengakui bahawa Najib mempunyai hak untuk menyaman, ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun berkata perdana menteri tidak perlu bersikap dwi-standard berhubung perkara itu.

"Jika anda mahu menjadi begitu sensitif, samanlah (Tun Dr) Mahathir Mohamad, Wall Street Journal dan sesiapa yang mengatakan perkara yang sama," katanya.

Sebagai ahli politik, kata Rafizi, seseorang tidak sepatutnya terlalu cepat untuk memfailkan saman fitnah.

"Saya tidak fikir ahli politik patut menyaman orang - orang bercakap tentang anda setiap hari.

"Kita mempunyai akses kepada media untuk menjelaskan cerita kita pulak. Apabila saya diserang dengan dakwaan bahawa saya dipecat daripada Petronas kerana didakwa mencuri wang, saya hanya menjelaskan perkara itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat pengecualian di bawah keadaan tertentu.

Memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mendakwa Rafizi mereka cerita tentang arahan polis untuk meletakkan tangan di belakangnya semasa ditangkap baru-baru ini, ahli Parlimen itu berkata beliau menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ia melibatkan kredibiliti beliau .

"Itu (dakwaan itu) akan memberi kesan bagaimana saya akan meneruskan tugas saya. Apabila saya membuat pendedahan, ia akan menjadi mudah bagi orang untuk memetik beliau (IGP) dan mengatakan bahawa saya berbohong," kaa Rafizi, sambil menambah beliau akan menghentikan proses menyaman IGP jika beliau tidak mengulangi kenyataannya.

Peguam Rafizi, Saiful Izham Ramli, mendakwa pegawai polis telah mengarahkan anak guamnya untuk pastikan tangan di belakangnya semasa dia ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Walau bagaimanapun, Khalid menyangkalnya sebagai "cerita dongeng untuk mengelirukan orang ramai".

Rafizi bertegas bahawa arahan itu adalah dari pegawai polis yang menjaganya, dan sedang menimbang untuk menyaman IGP.

30/12/15

Selamatkan Dan Bebaskan Zulkifli. Salahkah Pertahankan Diri Sendiri?


SUPPORTERS

Selamatkan Dan Bebaskan Zulkifli. Salahkah Pertahankan Diri Sendiri?

  • BYRahimy Ibrahim
  • TARGETHakim Mahkamah Tinggi Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Yazid Bin Haji Mustafa
Salahkah Pertahankan Diri Sendiri?

Encik Zulkifli yang tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan telah menikam mati seorang perompak yang merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri dan melindungi keluarganya.

Beliau telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

29/12/15

Mengapa peniaga 'menipu' tak ditangkap? keluh PPIM


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mempersoalkan mengapa tiada satu pun peniaga Kota Raya yang didakwa menipu pelanggan mereka telah ditangkap.

Sebaliknya, kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, aktivis NGO itu, Muhammad Yusuf Azmi pula ditangkap kerana cuba membantu mangsa-mangsa yang ‘ditipu’ itu.

"Saya ingin bertanya kepada polis, mengapa orang yang ditangkap itu adalah mereka yang cuba untuk membantu?

"Ini satu perkara sangat pelik yang tidak sepatutnya berlaku," keluhnya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Nadzim menegaskan bahawa peniaga Kota Raya seolah-olah mempunyai beberapa kekebalan kerana tiada seorang pun daripada mereka ditangkap berhubung dengan dakwaan mereka menipu dan mengurung pelanggan.

Kata, beliau percaya terdapat komplot di sebalik apa yang berlaku.

"Saya benar-benar percaya. Memang benar. Tetapi pada tahap mana, saya tidak tahu," katanya.
Yusuf yang adalah ketua Unit Tindakan Khas PPIM mendakwa semua mangsa telah memberikan kenyataan kepada pihak polis tetapi belum ada seorang pun peniaga di Kompleks Kota Raya iyu ditangkap.

"Saya ingin bertanya kepada Ketua Polis Negara, mengapa sehingga kini tidak ada seorang pun (peniaga Kota Raya) ditangkap?

21/12/15

PERKASA: Isytihar G25 kumpulan sesat

Persidangan agung tahunan PERKASA hari ini meluluskan usul mendesak kerajaan mengisytiharkan kumpulan Melayu ternama G25 sebagai sesat.

Keputusan itu dibuat susulan dakwaan terlalu banyak penyebaran fahaman “liberalisme dan pluralisme” kebelakangan ini, yang menurut kumpulan pendesak Melayu itu, boleh mengancam akidah umat Islam.
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali juga mahu kerajaan bertindak terhadap pihak yang sengaja melanggar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, berkaitan Islam sebagai agama persekutuan.

"PERKASA mengecam keras kebiadaban kumpulan G25 dan mendesak supaya kerajaan bertegas, mengenkang fahaman ini dengan menfatwa kumpulan G25 sebagai kumpulan sesat.

23/11/15

HOSPITAL SUNGAI BULOH SIASAT DAKWAAN LAYANAN BURUK JURURAWAT TERHADAP WANITA SARAT NAK BERSALIN


HOSPITAL SUNGAI BULOH SIASAT DAKWAAN LAYANAN BURUK JURURAWAT TERHADAP WANITA SARAT NAK BERSALIN





Pihak Hospital Sungai Buloh akan melakukan siasatan berhubung dakwaan layanan buruk jururawat terhadap wanita yang sarat untuk melahirkan anak susulan beberapa keping gambar didakwa memaparkan mereka tidur di lantai wad bersalin hospital itu.

10/10/15

Mahathir: Malaysia sudah jadi negara paria







Selepas seorang lagi ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam isu berkaitan 1MDB, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan kerasnya.

“Di mata dunia, Malaysia sudah menjadi negara paria, negara yang sesiapa sahaja boleh diheret dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui undang-undang yang disalah guna dalam negara ini,” tulis beliau di blognya.

Mahathir membangkitkan penahanan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan terbaru peguamnya Matthias Chang bawah Sosma.

16/09/15

PAS pula umum himpunan baju hijau bulan depan


Selepas diheret dengan pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan gabungan Pakatan Rakyat mahu pun kepimpinan parti itu sendiri, PAS hari ini melancarkan “Himpunan 60 Ribu” (H60K)

Himpunan yang akan berlangsung pada 17 Oktober itu nanti sebagai langkah menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada parti Islam itu, kata pengarahnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Matlamat berkait rapat dengan krisis politik Malaysia, sama ada dalam negara, parti PAS dan Pakatan Rakyat.

"Semua itu perlu sokongan serta dukungan kefahaman ahli supaya yakin dengan perjuangan," katanya pada sidang media khas Pelancaran Program "Himpunan 60 Ribu" (H60K) di Galeri Media Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

6/09/15

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Insan ini pernah menjadi Menteri Besar Terangganu, TETAPI....
Insan ini di keji, di hina, di cerca, di tohmah, di fitnah apabila mengeluarkan arahan yang bertentangan dengan naluri mereka yg berkepentingan di dalam Parti...

Insan ini dimaki, diherdik setiap saat kerna tidak setuju keputusan rakan di dalam Pakatan tentang Isu Kajang Move.

Insan ini diperlekeh dikatakan tidak ada ilmu untuk memimpin negara, tetapi...
Insan yg dicaci dihina di maki inilah juga yang mengenalkan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga² kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang² Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

TAPI Insan ini yg diperlekeh juga adalah Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia pada 22 Ogos 2014. Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut². Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman...

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3