Suara Rakyat Malaysia - Lembing Tok Wan
- All
- Islam
- Politik
- Berita Semasa
- Blogger Tricks
-
Categories
- 1MDB (4)
- AgendaDaily (3)
- Andriod Application (2)
- Andriod Firmware (1)
- Astro Awani (2)
- Berita Anwar Ibrahim (56)
- Berita dari Istana (2)
- Berita Dunia (5)
- Berita Harian (1)
- Berita Mengenai Islam (14)
- Berita Pakatan Rakyat (37)
- Berita Parti DAP (7)
- Berita Parti Keadilan (30)
- Berita PAS Kelantan (5)
- Berita PAS Perak (54)
- Berita PAS Pusat (28)
- BERITA PDRM SPRM MAHKAMAH (14)
- Berita Semasa (77)
- Berita Terkini (7)
- Berita UMNO (2)
- Bernama (31)
- BERSIH 2.0 (18)
- Blogger (5)
- Blogger Tricks (8)
- Bolasepak (1)
- Coronavirus (3)
- Covid-19 (2)
- Dadah (1)
- Dari Blogger (114)
- Dari Facebook (11)
- Dari Parlimen (6)
- Download (4)
- Dunia Artis (1)
- Gaza (1)
- Gerakan Anti ISRAEL (4)
- Harakahdaily (68)
- Harian Metro (1)
- Himpunan DOA (3)
- Hindraf (1)
- ICERD (1)
- INFO Internet Bisnes (2)
- IPTV (1)
- Islam (1)
- Jawatan Kosong (1)
- Jihad (1)
- Joke (1)
- keadilandaily (12)
- Keluarga (1)
- Kenali Ulamak (1)
- Kes bunuh Sosilawati (1)
- Kisah Jin & Iblis (2)
- Koleksi Video (57)
- Luar Negara (5)
- Mahathir (1)
- Malaysiakini (262)
- MediaPerak (11)
- MediaPerak.com (10)
- melvister.com (1)
- MyMetro (10)
- NEWS (1)
- Palestin (1)
- Parti Islam Semalaysia (13)
- pas.org.my (1)
- Pendidikan (1)
- Phone (1)
- Pilihanraya Kecil 2010 (16)
- Rasuah (1)
- Rohingya (1)
- Rohinya (1)
- ROM (1)
- scammer (1)
- selangorku (1)
- Sinar Harian (11)
- SinarHarian (2)
- Soal Jawab dan Isu Pilihan (8)
- Syria (1)
- The Star (1)
- TheMalaysianInsider (5)
- Ustaz Azhar Idrus (8)
- ustream.tv (3)
- Video (1)
- Windows trick (2)
- Yahoo News (7)
----------------$$$$----------------
3/05/11
2/05/11
Osama Laden meninggal dunia
Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.
Allahyarham dibunuh di Pakistan dalam serangan pada Ahad.
Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatakan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.
Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.
'Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar'
Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.
Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.
Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.
Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.
Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.
"Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.
7/04/11
Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM
Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.
Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Penahanan itu dibuat di Klang.
Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.
Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.
Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.
Tambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi.
Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.
Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa tinjauan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di mana mayat Ahmad Sarbani dihantar untuk dibedah siasat, mendapati anggota keluarganya berada di persekitaran bilik mayat sejak kejadian itu dimaklumkan kepada mereka.
Namun sehingga lewat petang tadi, media elektronik dan cetak dihalang menemuramah anggota keluarga Ahmad Sarbani oleh pegawai Kastam.
Pihak hospital juga tidak memaklumkan waktu bedah siasat itu selesai yang kelak dapat merungkai keputusan pakar patalogi mengenai punca kematian mangsa tersebut.
Sumber hospital memberitahu Bernama bagi kes berprofil tinggi seperti kejadian ini, ia memerlukan masa untuk bedah siasat disiapkan di mana ada wujudnya kemungkinan bedah siasat kali kedua.
Katanya ini bagi membolehkan pihaknya mendapatkan keputusan bedah siasat yang betul dan sahih serta tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak kelak.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, yang turut berada di HUKM, memberitahu media bahawa pihak Kastam perlu diberikan masa secukupnya bagi menenangkan keadaan ketika ini.
"Pihak kami akan memberikan bantuan kepada keluarga Ahmad Sarbani dan semua pihak diminta tidak mengeruhkan keadaan," katanya.
Usaha menghubungi Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf yang berada di Tasik Kenyir, Terengganu untuk mendapatkan komennya gagal, tetapi seorang pegawainya berkata beliau (Mohamed Khalid) akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini.
Mohamed Khalid berada di Tasik Kenyir untuk mempengerusikan Mesyuarat Pengarah Kastam SeMalaysia ke-65 yang bermula semalam.
Setiausaha Kesatuan Pekerja-Pekerja Kastam Malaysia, Mohd Mazlan Mohd Shaari yang dihubungi pula berkata pihak kesatuan belum memutuskan sebarang pandangan atau keputusan mengenai kes kematian itu dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.
"Kejadian itu baru berlaku dan kita tidak tahu sangat mengenainya dan kita tunggu siasatan polis," katanya ketika dihubungi.
Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai sama ada kes kematian itu mempunyai kaitan dengan kes rasuah yang membabitkan pegawai kanan kastam sebelum ini.
"Kita akan mengadakan sidang media mengenai kes itu Jumaat ini dan kita akan menyatakan pandangan kesatuan mengenai perkara itu," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Sarbani.
6/04/11
Isu tanah, bukan video seks, kata pengundi
Tinjauan Malaysiakini mendapati walaupun ada yang berpendapat sebahagian penduduk negeri itu mempercayai Anwar benar-benar merupakan 'pelakon' dalam video itu, perkara itu bukanlan persoalan utama bagi mereka.
“Di sini media (yang ada) tiga sahaja, (iaitu) TV1, TV2 dan TV3. Apa yang yang diputarkan memang dipercayai,” kata seorang peniaga Ibrahim Ahmad yang ditemui di pekan Debak, dalam DUN Saribas.
Bagaimanapun, menurut Ibrahim, 40, isu nasional, termasuk 'serangan' terhadap Anwar hanya memberikan sumbangan kecil kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan 979,796 pengundi daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.Pengundi yang ditemui Malaysiakini di dua kawasan luar bandar – DUN Saribas (kawasan campuran Melayu/Melanau-Iban) dan Krian (majoriti Iban) – berpendapat, isu sebenar yang perlu diselesaikan melibatkan pengagihan geran individu untuk tanah adat.
“Permintaan penduduk kampung untuk dapatkan geran tanah seolah-olah tidak dilayan. Sedangkan ini tanah nenek moyang kita,” kata Ibrahim lagi.
“Orang tidak akan percaya. Orang tahu, ini politik. Ia tidak ada apa-apa. Isu seks ini, ikut suka mahkamahlah.
Isu video seks yang didakwa melibatkan Anwar hangat kembali apabila sebahagian kecil aksi yang dirakamkan bocor di internet dan terdapat permintaan supaya ia diputarkan di parlimen. Walaupun gagal mendapat ruangan muka depan, isu itu turut dilaporkan di beberapa akhbar tempatan.
'Ini politik'
Di samping itu, terdapat beberapa risalah dikesan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti seks, antaranya melalui terjemahan daripada buku terbaru bekas perdana menteri Tun Dr MahathirMohamad.Sementara itu, mengulas isu Anwar, seorang pekerja swasta Laga Biju berkata, pengundi Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman “tidak peduli sangat” pada isu nasional sebegitu.
“Mahkamah ini macam tuhanlah,” kata Laga, 40, perantau di Kuala Lumpur yang baru pulang untuk mengundi di Saratok, bandar kecil di Krian.
Selain mahukan isu tanah adat diselesaikan, lelaki Iban itu berharap, isu yang langsung menyentuh masyarakat tempatan, seperti isu masalah pertanian dapat diselesaikan.
“Macam tanam lada (hitam), harganya dijual sekilo RM15, tetapi hendak beli baja kadang-kadang sampai RM100. Jadi, petani dapat RM5 sehari,” kata Laga lagi.Seorang lagi pegawai kerajaan juga dilihat senada dengan pandangan itu.
“Ini semua politik. Semua orang tahu apa tujuannya,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Jemali kerana takut identitinya diketahui oleh kerajaan BN negeri bawah pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
'Itu sebab dia dipecat'
Jemali berkata, mereka rakyat Sarawak mahu mengambil kesempatan dalam pilihan raya negeri kali ini bagi mendapatkan hak berupa geran tanah yang lama dituntut, sejak pilihan raya sebelum ini.
“Kalau minta lepas ini, mesti mereka (pemenang) lupalah,” kata Jemali ketika ditemui Malaysiakini di Saratok semalam.Bagi seorang warga mas, walaupun mengakui mengenali Anwar, pekebun kecil Abang Hamzah Abang Seman mengakui tidak berapa tahu berapa mengikuti perkembangan video terbaru yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.
Apabila ditanya sama ada beliau mempercayainya, Abang Hamzah, 67, berkata: “Itu sebab dia (Awar) dipecat dulu.”
Bagaimanapun, ketika ditemui di rumahnya, Abang Hamzah bagaimanapun ironisnya berkata beliau “memang suka Anwar” kerana kebolehannya mentadbir ketua umum PKR itu dimaklumkan padanya oleh seorang calon Pakatan Rakyat, yang kebetulan mempunyai pertalian saudara dengannya.
Di Saribas, difahamkam terdapat ratusan, malah mungkin ribuan merupakan anggota besar yang mempunyai pangkal nama “abang” - merujuk kepada hubungan kekeluargaan secara tradisi di Sarawak.Menurut pemerhati politik, di Bumi Kenyalang, dalam setiap pilihan raya negeri, isu nasional jarang mendapat tempat, sebaliknya persoalan pemilikan tanah paling hangat dibicarakan penduduk setempat.
Golongan bumiputera yang mewakili lebih 65 peratus masih bermasalah mendapat geran tanah individu untuk tanah adat sejak dimansuhkan selepas Sarawak merdeka bersama Malaysia pada tahun 1963
5/04/11
ISA: Kadir mangsa kezaliman BN
Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata penahanan itu adalah tidak wajar kerana ISA digunakan untuk menahan mana-mana rakyat Malaysia tanpa sebarang bukti kukuh dan tidak didakwa di mana-mana mahkamah.
“PAS Melaka berasa simpati kepada beliau dan keluarga beliau, ISA adalah lambang kezaliman BN.
Katanya, penahahan Kadir tidak wajar apatah lagi beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU).
"Saudara Kadir Hashim adalah mangsa ISA yang zalim" tegasnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Adly berkata, rakyat Malaysia wajar memberikan kutukan kepada kerajaan diatas tindakan zalim tersebut.
"Bebaskan Kadir Hashim, atau BN terima padahnya menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti,” tambahnya.
Fitnah Akhir Zaman -Jangan terperangkap dengan taktik kotor UMNO
Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”
Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.
Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.
Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.
Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan Umno Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.
Polis siasat video seks dimuat di Internet
Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog.
"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Dilaporkan, video pendek itu merupakan suntingan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.
Dalam pada itu, beliau turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet.
Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat satu salinan sahaja.
"Itu kata dia," kata Ismail lagi sambil menambah beliau tidak boleh mendedahkan kesemua siasatan polis.
Rakaman itu dilaporkan telah diserahkan kepada polis.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung video lucah tersebut.
'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah
Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.
Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video
yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.
Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.
Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya.
"Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya.
Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.
"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.
Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.
"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.
"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.
"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.
"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.
"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.
Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian. sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.
"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.
Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.


