----------------$$$$----------------

InstaForex

21/10/11

UIA KECOH -- Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari

Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.
Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid di UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan dipelihara.

Mereka yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.
"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu.

Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".

Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".
"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum.

Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Gambar Mayat Muamar Gaddafi dihina, diheret dan dikasari

Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.
Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.

“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.

Anak juga terbunuh

Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.
Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.

Blog pro-Umno penagih fitnah-Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan'

Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

“Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

“Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, “ tulis gadis itu.
Isnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.



Rasa simpati

Rabu lalu, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mendedahkan bahawa gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 01Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim.

Berikutan pendedahan Pua itu, Malaysiakini menghubungi seorang rakan Corke, yang kebetulan adalah warga Malaysia yang menuntut di universiti yang sama.
Dalam emelnya, menurut gadis itu yang juga merupakan pemain catur handalan, satu-satunya cara yang dirinya “dicabuli” ialah apabila gambarnya berkaitan khabar angin yang keji dan tidak berasas itu disebarkan.

“Saya juga ingin luahkan rasa simpati saya terhadap remaja lelaki itu yang telah difitnah dengan dakwaan tidak berasas ini,” katanya.

Beliau juga berharap semua pihak, termasuk media menghormati kehidupan peribadinya dengan tidak menghubungi dirinya, keluarga, kolej, persatuan catur dan lain-lain yang berkaitan.

20/10/11

Prof Dr Aziz Bari - Orang UMNO Sebenarnya Komunis?



Demo besar-besaran sokong Pakar Perlembagaan Prof. Aziz Bari esok

Kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".

"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri (kiri).

Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus di Gombak selepas solat Jumaat.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UIA seharusnya mempertahankan Aziz atas dasar kebebasan akademik dan kebebasan berpendapat.

Alumni UIA diseru protes

Malaysiakini difahamkan, bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau digantung bergaji kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
opposition demo on lingam tape 280907 shamsul iskandarSementara itu, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) turut menggesa seluruh alumni universiti itu turut serta mengadakan protes di UIA pada masa yang sama.

Menyifatkan penggantungan tugas itu sebagai tindakan "unilateral" itu, Shamsul mengingatkan kumpulan itu tidak menjadi "alat politik".

"Keberadaan Prof Aziz Bari di universiti mesti dipertahankan," katanya yang juga graduan undang-undang daripada universiti itu dalam pesanan Twitter beliau.

Tindakan terhadap Aziz dipercayai ekoran reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Aziz Bari: Macam British hukum Tok Janggut



Muhammad Kamil Abdul Munim UIAM.

Tidak sukar untuk kita memahami amalan demokrasi di negara ini. Dosa besar dalam amalan demokrasi di Malaysia ialah berkata benar kepada pemimpin. Arak, judi, zina, bukan lagi ‘dosa’. Budaya ini mengimbau kembali kepercayaan Melayu kuno terhadap Sultan iaitu sebagai jelmaan tuhan di bumi.


Ini jahil dan amalan jahiliyah ini perlu dihapuskan.Kenyataan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan di laman berita Malaysiakini telah mencetuskan kemarahan mereka yang jahil tentang peranan sultan sebagai ketua agama Islam berikutan kenyataan Sultan Selangor mengenai serbuan ke atas gereja yang dilakukan oleh Jais baru baru ini. Mereka ingin dilihat sebagai Melayu sejati yang mebela ketuanan Melayu walhal tindakan sedemikian boleh dikategorikan sebagai tindakan ‘bodoh’ atau ‘kurang cerdik’ dalam bahasa yang lebih sopan.

Menyamakan titah sultan sebagai titah tuhan adalah syirik. Sultan bukan nabi atau malaikat. Mereka ialah manusia biasa yang diciptakan dari setitis air mani sama seperti manusia lain, mempunyai sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia lain seperti bodoh, pemalas, pelupa, rajin dan sebagainya.Isu sebenar yang di bangkitkan oleh beliau adalah bagaimana peranan sultan dalam menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.


Tidak ada apa-apa yang salah di sisi undang-undang. Bahkan beliau sendiri ialah seorang pakar dalam undang-undang perlembagaan. Justeru beliau mempunyai hak untuk bercakap dalam konteks perlembagaan.

Tindakan menggantung beliau sebagai pensyarah adalah permulaan kepada kesilapan. Modus operandi ini sama digunakan oleh British ketika menentang kebangkitan golongan anti penjajah dengan menggantung mayat Tok Janggut dan di usung di sekitar Kota Baharu bagi memberi amaran kepada mereka yang cuba menentang British. Kini Aziz Bari menjadi simbol amaran kepada ahli akademik yang cuba mendedahkan kebenaran kepada masyarakat maka mereka akan dihukum.

Malangnya situasi ini harus dihentikan secepat mungkin kerana dikhuatiri kesan daripada isu ini boleh meledakkan kemarahan rakyat khususnya dikalangan anak muda kerana penafsiran mereka terhadap institusi diraja sangat kritikal. Risau-risau nanti ada pula gerakan menentang institusi monarki.Oleh kerana itu, ‘hujah mesti dibalas dengan hujah’.


Amalan biasa yang dilakukan di Malaysia adalah ‘hujah dibalas dengan kezaliman’ dan amalan ini harus dihentikan.Oleh kerana kami berpendidikan, kami benci bila kami diperbodohkan.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Pemimpin Kristian gesa HIMPUN berdialog

Presiden Majlis Gereja Malaysia, Bishop Thomas Tsen menggesa pemimpin HIMPUN supaya berdialog dan bukannya bermain "emosi" dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran anti-murtad.

"Ini hanya memainkan sentimen emosi. Saya tidak menggalakkan ini dan ia tidak membantu bagi masyarakat yang harmoni."Jika mereka benar-benar mahu membantu keadaan, mereka sepatutnya mengadakan dialog dan semua orang boleh duduk dan berbincang dalam keadaan minda yang jelas.

Ia akan menjadi satu pendekatan yang lebih bijak," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.Beliau menambah, titah Sultan Selangor (atas, kanan) baru-baru ini bertujuan untuk menenangkan Kontroversi mengenai dakwaan ada usaha untuk memurtadkan umat Islam.Oleh itu, katanya, perhimpunan tersebut akan memarakkan lagi keadaan.

Pandangan Tsen itu turut disokong oleh setiausaha agung kehormat Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST)."Sultan telah bertitah tidak ada tindakan selanjutnya ...

Sultan telah membuat satu pendirian dan (jadi) satu juta orang berkumpul untuk menunjukkan apa? Untuk menunjukkan umat Islam bersatu dan akidah mereka kuat? Untuk apa?" soal Prematilaka KD Serisena.'Campurtangan politik'Memandangkan perhimpunan itu diadakan selepas titah Sultan Selangor, maka Prematilaka tidak yakin ia tiada kaitan politik seperti yang didakwa oleh pihak penganjur.

"Saya percaya terdapat campurtangan politik, itulah sebabnya PAS telah membuat keputusan untuk tidak melibatkan diri," katanya.Perhimpunan itu, dakwa Prematilaka, mengambil pendirian konfrontasi terhadap agama lain, yang menurutnya "tidak perlu"."Apa yang kita akan lakukan ialah berdoa dan kami percaya tiada apa jua yang tidak diingini akan berlaku," katanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Apa salahnya saya jadi alat Islam - Bob Lokman

KUALA LUMPUR, 20 Okt: "Apa salahnya saya menjadi alat kepada Islam yang merupakan the way of life?" tanya bekas selebriti terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman.
Bob ketika ditemui di majlis ceramah anjuran PAS di Taman Melewar malam tadi berkata, tidak timbul soal beliau dipergunakan PAS dan diheret ke setiap ceramah parti itu.

Namun tegasnya, apa yang dilakukan kini adalah atas kerelaan dirinya sendiri yang berazam untuk terus berjuang di lapangan dakwah bersama PAS.

"Soal dipergunakan ini, kita kena tau apa ini dunia. Dunia ini satu lapangan. Lapangan perlukan alat untuk membuka pintu akhirat dan agama alat menuju akhirat.

"Jadi orang kena fahamlah apa itu the way of life. Kalau orang tak boleh faham the way of life, maka dia menyembah dunia.

"Kita menyembah Allah, Islam itu Allah beri kepada kita untuk bagaimana kita nak guna. Bagaimana nak pakai umur, nak pakai harta kita, Islam itulah caranya...dan saya tak salah diperalat Islam untuk buka pintu akhirat," jelasnya panjang lebar.

Selepas menyerahkan borang keahlian PAS Februari lalu, Bob terus aktif menyertai program PAS, kebanyakannya diundang menyampaikan tazkirah dan sesi perkongsian pengalaman bergelumang dalam dunia artis.

Pada 10 Oktober lalu, Bob ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengikut seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Ketawa apabila dituduh "degil" dan "tidak sopan" kerana nekad untuk tidak akan hadir ke pejabat Jais, beliau tetap dengan pendirian bahawa Jais bertindak atas arahan Umno.

"Sopan ini termasuk dalam bab akhlak. Akhlak ni kalau bab bersopan mesti dalam keadaan tertentu. Dalam kes (tangkapan Jais) ini, kita nampak Jais buat kerja kerana Umno.

"Jadi kalau saya duduk dalam PAS orang yang panggil saya itu orang Umno saya tak datanglah.

"Kalau dia bersifat neutral saya akan datang. Tapi ada kenyataan Jais menghina bahawa ahli PAS 85 peratus tak boleh baca Quran maka saya tau pendirian dia...maka saya pun kena nyatakan pendirian saya.

"Jadi kita kena tahu pendirian dan orang yang berjuang kena tahu prinsip," katanya bersahaja namun dalam nada tegas.

Cakap ada makna

Sambil mengakui kehidupan sekarang lebih bermakna berbanding ketika menjadi artis dahulu, beliau berkata apa yang dituturkan ini hanya untuk Islam.

"Hari ini pun macam dulu jugak banyak bercakap tapi sekarang cakap ada maknalah. Dari hati, cakap untuk mati," katanya.

Tambahnya, kehidupannya sekarang lebih kepada menguatkan jiwa untuk perjuangan Islam.

"Ini perjuangan yang menggunakan zahir dengan apa cara sekalipun tapi tujuannya ialah memperkukuhkan roh.

"Kalau dulu berlakon cari duit nak makan je. Sekarang bukan berlakon tapi cakap betul...tapi bukan cari duit nak makan. Kadang-kadang bukan dapat duit pun, bukan orang bayar pun," katanya berseloroh.

UIA gantung tugas Aziz Bari

UIA gantung tugas Aziz Bari
Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil.

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.

Aziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Dalam kenyataannya yang disiarkan Malaysiakini, beliau berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Sebelum ini, SKMM dan pihak polis juga telah menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama.

Ribuan Dalam Ceramah Zul Noordin

Maksud blogger tu ribuan kerusi kosong. Kalau dulu, Zul Nordin punya ceramah akan dihadiri ribuan, belasan ribu atau puluhan ribu orang.

Tapi selepas melompat katak pergi ke UMNO, lihatlah sendiri. Kerusi yang sedikit tu pun tak boleh penuh.

Rakyat Malaysia tak berapa minat nak dengar ceramah dari seorang yang menjilat ludah sendiri.

Ong ! Ong ! Ong ! laaa ... macam tong kosong.. Lingkup laa dia kali dalam PRU13 ni

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3