----------------$$$$----------------

InstaForex

5/09/14

Laporan siasatan awal nahas MH17 pada 9 Sept


Lembaga Keselamatan Belanda akan mengeluarkan laporan siasatan awal berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 pada 9 September.
  
Lembaga itu berkata laporan awal itu boleh diperoleh melalui laman webnya, www.safetyboard.nl pada jam 10 pagi waktu Amsterdam.
    


"Laporan awal itu akan membentangkan maklumat sebenar berdasarkan sumber yang ada dengan Lembaga Keselamatan Belanda.
  
"Dalam bulan-bulan yang akan datang, siasatan seterusnya diperlukan sebelum laporan muktamad boleh ditulis. Lembaga Keselamatan Belanda menjangka untuk menerbitkan laporan muktamad itu dalam masa setahun selepas kejadian itu," kata lembaga itu dalam kenyataan dalam laman webnya semalam.
  
Kelmarin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan awal mengenai tragedi itu akan dibentangkan bulan ini oleh jawatankuasa penyiasatan yang berpangkalan di Belanda.

29/08/14

Dirogol jin punca wanita kahwin lewat?

Wanita yang berkahwin lewat, adalah rahsia yang sering tidak didedahkan. Mungkin banyak tafsiran, kononnya disihir dengan sihir pelalau iaitu sihir jenis melewatkan perkahwinan gara-gara dendam bekas pasangan atau lelaki yang ditolak lamarannya. Tetapi kes tersebut terlalu kecil. Maka apakah kes yang besar di sebalik wanita lewat berkahwin?

Teringat satu babak drama, antara liriknya: “Kau rogol je doktor tu, sebab dia mesti malu nak repot polis..”

Inilah yang ingin ana bincangkan melalui pengalaman merawat dan juga pengalaman mendengar masalah. Kisah ini akan digabungkan dari masalah bekas pesakit wanita agar tiada kena mengena dengan sesiapapun.

Mengikut statistik jumlah pesakit wanita yang mengadu hal dirogol jin, rata-rata semuanya wanita yang lewat berkahwin. Ana mengesyorkan, semua perempuan wajib nikah sebelum usia 25 tahun agar tidak diganggu. Umur 25 tahun adalah umur maksimum kerana ada kes, wanita umur 22 tahun juga sudah mengalami hal ini.

28/08/14

Tinggalkan PAS jika tidak setuju bersama Pakatan, kata Khalid Samad


 Ahli-ahli PAS yang mahu parti Islam itu  meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR), harus meninggalkan parti itu, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini.

Khalid, yang merupakan seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata, jika ahli-ahli parti berasa parti itu lebih baik tanpa PR, maka mereka harus meninggalkannya dan menyertai Umno.

"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR," kata Khalid pada sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Shah Alam.

"Sudah tentu, dalam PAS ada berlaku perbezaan pendapat dan pandangan alternatif," katanya, mengakui ada puak dalam PAS yang tidak bersetuju dengan PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain."

21/08/14

Militan rancang letup kilang arak Shah Alam


Suspek militan Malaysia yang setia kepada kumpulan bersenjata Negara Islam membeli bahan membuat bom ekoran cadangan serangan terhadap kilang arak Carlsberg di Shah Alam, kata pegawai kanan antiterorisme.

Rancangan itu, yang menurut pegawai itu dalam peringkat “perbincangan”, pertama di Asia Tenggara, setelah diinspirasikan oleh kebangkitan Negara Islam di Syria dan Iraq, lapor Reuters.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin memberitahu Reuters bahawa kumpulan 19 suspek militan sudah memperoleh serbuk aluminium, yang selalu digunakan untuk pembuatan bom.

“Dalam bentuk ideologi dan niatnya ia sangat jelas,” Ayob Khan dipetik sebagai berkata ketika diwawancara.

19/08/14

Gaya fesyen 'Jilboobs' diharamkan





16 Ogos – Gaya fesyen 'Jilboobs' telah mencipta fenomena di Indonesia, tetapi ia telah kritikan banyak pihak termasuklah Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengeluarkan fatwa adalah haram bagi kaum wanita untuk mengenakan pakaian muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat

Namun apakah 'Jilboobs'? Ia sebenarnya adalah gandingan nama Jilbab (tudung) dan Boobs (payudara).

Menurut Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin seperti dipetik daripada laporan The Globe Journal, fatwa ini dikeluarkan memandangkan cara menutup aurat oleh golongan ini tidak bersesuaian dan tidak menepati syariat Islam tentang cara berpakaian.

"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu.

15/08/14

'Tiada cara lain, lantik Wan Azizah segera'


Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata sultan Selangor kini perlu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar memandangkan presiden PKR itu mendapat sokongan majoriti anggota DUN.

"Mengikut undang-undang, pembubaran (DUN) bukan lagi satu pilihan sekarang. Saya berani menyebut bahawa (pembubaran) juga bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi.

"Tidak perlu lagi buang masa dan wang bila majoriti sokongan di pihak Wan Azizah.

“Undang-undangnya jelas, sultan mesti lantik Wan Azizah untuk membolehkan pentadbiran negeri kembali norma;,” katanya.

Wan Azizah semalam mendedahkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 orang ADUN, termasuk dua dari PAS untuk membolehkan beliau dilantik ke jawatan menteri besar.

25/07/14

#MH17: (GEMPAR) PM Ukraine letak jawatan Malam Tadi

 
Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.
Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17. 
Mengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'. 

24/07/14

FB berbaur hasutan, pegawai polis ditukar



Seorang pegawai penyiasat kanan polis yang memuat naik status berbaur hasutan di akaun Facebook telahpun dikenakan tindakan.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun twitter beliau, berkata pegawai itu ditukar serta-merta ke Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sehingga siasatan selesai.

19/07/14

Kuala Kangsar: Ke Mahkamah Tinggi


Kuala Kangsar: Kes seorang pengusaha ladang sawit yang didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, minggu lalu kerana memberi latihan ketenteraan kepada individu bersabit perbuatan pengganas untuk mengugut orang awam di Syria, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Majistret Noordura Mohamed Din membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar mengikut Seksyen 12, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 177 A, (1) Kanun Tatacara Jenayah.

17/07/14

Pesawat Malaysia dilapor terhempas di Ukraine

Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, Malaysia Airlines mengesahkan kejadian itu dan dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3