----------------$$$$----------------

InstaForex

17/07/09

SPRM dan pimpinan BN wajib jawab kes kematian Teo

SHAH ALAM, 17 Julai (Hrkh) - Polis bertindak ganas ketika meleraikan 500 orang yang berhimpun di luar bangunan Plaza Massalam mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian pembantu exco kerajaan ngeri Selangor, Teo Beng Hock.

Perhimpunan itu dimulakan dengan ucapan daripada Adun Sekinchan (DAP), Eng Suee Lim yang menegaskan himpunan itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap SPRM kerana secara terang-terangan telah menyebabkan kematian pembantu (PA) exco Selangor.

Menurut beliau, kematian itu bukan saja merupakan satu penghinaan tetapi telah mencabar kerajaan Pakatan Rakyat malahan pegawai yang bekerja dengan Pakatan Rakyat.

Dalam masa tiga minit beliau berucap Polis datang dengan keras mengatakan; "Ini perhimpunan haram...", suasana bising berlaku apabila peserta perhimpunan membalas mengatakan; "Ini bukan satu perhimpunan haram, ini perhimpunan aman..."

Serentak itu kedengaran laungan,"'We want justice, we want justice...., Adakah kita buat kacau bilau, kita tuntut keadilan..."

Turut berada dalam perhimpunan antaranya Adun Teratai, Rawang, exco kerajaan Ngeri, Teresa Kok; Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Tian Chua yang masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'

Sebelum perhimpunan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali.

Turut serta antaranya exco kerajaan negeri Selangor; Dr Halimah Ali; Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad; Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli dan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.

Pemimpin Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10.20 pagi. Beliau turut berucap dalam perhimpunan aman itu dengan mengatakan; "Saya dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain datang ke sini untuk menuntut keadilan. Kita bantah keras pimpinan BN dan kita tak hendak lihat satu persatu kezaliman yang dilakukan."

"Kita mahu SPRM negeri Selangor jawab, pimpinan Umno jawab kerana kezaliman berterusan di negara ini."

Beliau menegaskan, kes kematian pembantu exco itu wajib dijawab oleh SPRM bersama pimpinan mereka kerana arahan yang diberi oleh BN.

Laungan 'reformasi, reformasi, reformasi' bergema disambut dengan 'we want justice'. 'Tangkap, tangkap, tangkap pembunuh, jangan jadi lembu.'

Selepas itu, Anwar terus dibawa masuk ke dalam bangunan untuk menemui Pengarah SPRM.

Kelihatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama Penasihat DAP, Lim Kiat Siang hadir dan turut berucap dalam perhimpunan aman tersebut.

Pergelutan berlaku 10 minit kemudian selepas Guang Eng dan Kiat Siang masuk ke dalam bangunan Plaza Massalam. Anggota polis pencegah rusuhan (FRU) bertindak ganas meleraikan perhimpuan aman tersebut dengan menangkap beberapa orang peserta.

Pembantu exco kerajaan negeri Selangor, Lu Chuan Boon telah diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila beliau enggan beredar dan bertindak duduk di hadapan Plaza.

Bagaimanapun, beliau pengsan ketika diseret polis dan anggota cawangan khas (SB) kemudiannya mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

Orang ramai terus melaung 'polis ganas'. Dua trak FRU datang tepat jam 10.40. Sebelum itu dua trak FRU sudah berada di Plaza Massalam.

Empat orang ditangkap antaranya exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Polis menyerbu dan menangkap ketika beliau memberikan taklimat kepada orang ramai supaya menanti pimpinan Pakatan Rakyat keluar dari bangunan.

Turut ditangkap ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam; pembantu ahli Parlimen Petaling Jaya dan pembantu Xavier. Mereka telah dibawa ke balai polis seksyen 11, Shah Alam.

Ketika menanti pimpinan menyerahkan memorandum kepada Pengarah SPRM, peserta perhimpunan antara Dr Dzulkifly,Shamsul Iskandar, Elizabeth Wong, Lau Wen Sang duduk berkumpul di hadapan pintu masuk Plaza.

Bagaimanapun lebih kurang jam 11 pagi Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar datang dan mengarahkan mereka bersurai.

Lebih 200 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM. Manakala anggota FRU telah membuat benteng mengawal bahagian depan bangunan berserta trak 'Water cannon'.

Lebih kurang jam 11.15 pagi, Anwar bersama Khalid Ibrahim, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Kit Siang, Guan Eng, Azmin keluar dari bangunan tersebut.

Anwar memaklumkan mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.

Beliau berasa sedih dengan kematian Teo kerana wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.

Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK).

Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.

Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.

Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.

Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN. - mks. _

Betul ke SPRM macam ini..??

Matanya ditutup dengan tali leher sebelum ditumbuk, disepak dan dibogelkan. Itulah keadaan terpaksa dilalui seorang pembantu tadbir sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, di dalam sebuah bilik gelap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin.

Mangsa tidak menyangka kehadiran dua pegawai SPRM yang menjemputnya di tempat kerja pada 7 Julai lalu untuk ke pejabat mereka bagi dirakam keterangan sebagai membantu siasatan satu kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi PBT terbabit berakhir dengan penderaan.

Selain penderaan fizikal, mangsa yang berusia 29 tahun itu turut mendakwa sekumpulan tiga lelaki berada di dalam bilik soal siasat mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan seperti bodoh dan sial apabila tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.

Malah, detik yang amat perit dan meninggalkan kesan trauma dalam hidup lelaki berkenaan tidak berlaku sekadar dua atau tiga jam, tetapi terpaksa melaluinya lebih 12 jam.

Semuanya bermula apabila lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu dikunjungi dua pegawai SPRM Johor di pejabatnya di sebuah PBT di Simpang Renggam dekat sini, kira-kira 8.30 pagi 7 Julai lalu, yang mengkehendaki dia dan seorang lagi kakitangan memberi keterangan berhubung kes rasuah di pejabat agensi itu di sini.

Katanya, sebaik tiba di pejabat SPRM, dia diarahkan menanggalkan jam tangan, cincin dan menyerahkan semua barangan di dalam kocek seluarnya sebelum dibawa seorang pegawai memasuki sebuah bilik gelap.

“Seterusnya mata saya ditutup dengan tali leher dan diarahkan duduk ke atas kerusi sebelum tiga lelaki yang mula menyoal dengan nada serius.

“Mereka juga menyuruh saya mendedahkan berapa jumlah wang yang diterima seorang pegawai tertinggi tempat saya bekerja daripada beberapa orang kontraktor bagi menjayakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Bandung, Indonesia pada 23 hingga 26 April lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

READ MORE HERE

Jatuh dari bangunan, lagu mana seluar terkoyak?


Teo Beng Hock, 30, terbunuh, didakwa jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdarah. Saya tengah dok cari gambar-gambar yang jatuh bangunan sebelum ini. Berapa banyak orang yang jatuh atau terjun bangunan sehingga seluar terkoyak?

Lagu mana seluat Teo boleh terkoyak sampai lagu tu? Lihat gambar di sebelah, kena rentap ka? Kalau tersangkut, tersangkut kat mana? Lagu mana pulak boleh tersangkut?

Adakah kita akan menyaksikan lebih banyak ibu segala putaq (mother of all spins) selepas ini. Dalam komen dua posting blog ini sebelum ini pun dah ramai yang mari putaq kat sini. Saya dah kata, it takes a sane human to feel angry. Hanya orang yang waras sahaja akan merasa marah terhadap apa yang terjadi kepada Teo.

Ada yang kata, tunggulah polis buat siasatan. Siasatan ke atas kes pembunuhan A Kugan lagu mana? Mungkin ada yang akan kata, kes Kugan baru lagi. Bagaimana dengan siasatan kes pembunuhan Asy-Syahid Othman Talib?

Saya tidak akan lupa pembunuhan Othman di Felda Lubok Merbau dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985. Saya terlibat sebagai petugas pilihan raya PAS ketika itu. Sebagai Ketua Pemuda Umno pada masa itu yang berucap kepada pengikutnya, Datuk Seri Najib Tun Razak pula dituduh sebagai dalang yang berucap mengapi-apikan kegilaan sehingga berlakunya pembunuhan di Lubok Merbau itu.

Dah 24 tahun dah, bagaimana sebenarnya siasatan polis terhadap pembunuhan Othman? Siapa bertanggungjawab dan siapa mengapi-apikan?

Sekarang, nak tunggu pula siasatan polis ke atas apa yang menyebabkan terbunuhnya Teo?

PETIKAN: http://penarikbeca.blogspot.com/2009/07/jatuh-dari-bangunan-lagu-mana-seluar.html

Najib, Muhyiddin dan Hishamuddin Perlu Bertanggungjawab Di Atas Kematian Pembantu Exco


Banyak pihak hari ini mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein perlu bertanggungjawab di atas kematian seorang pembantu ahli politik pembangkang Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.

Selama ini Polis dan SPRM telah dibiarkan bertindak secara sewenang-wenangnya ke atas tahanan yang disoal-siasat sehingga berlaku beberapa sisi kecederaan dan kematian dan pihak Kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk mempastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Pihak Polis sentiasa membuat kenyataan-kenyataan yang cuba untuk menutup segala salahlaku di pihak mereka dan SPRM yang menyebabkan seorang demi seorang telah mati akibat perbuatan durjana mereka malah pihak kerajaan membiarkan polis melakukan "cover-up" untuk melindungi perbuatan keji anggota mereka.

Di dalam satu perkembangan terkini Polis telah bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian Teo Beng Hock, demikian lapor Malaysiakini.

Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.

Read more at: http://greenboc.blogspot.com/2009/07/najib-muhyiddin-dan-hishamuddin-perlu.html

Kematian Teo: Himpunan desak SPRM disiasat, 7 ditahan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock

Menurut Malaysiakini ketika perhimpunan tersebut mereka melaung "siasat, siasat, siasat", di mana pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan sidang akhbar di hotel tersebut.

Pemimpin KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 10.20 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ, ketika masuk ke dalam hotel.

Turut kelihatan Penasihat DAP Lim KIt Siang dan Setiausaha parti itu Lim Guan Eng berhimpun bersama-sama dengan orang ramai.

Kira-kira 10 minit kemudiannnya, polis pencegah rusuhan mula betindak meleraikan orang ramai menyebabkan berlaku pergelutan di situ.

Sekurang-kurangnya tujuh orang ditahan.

Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam dan exco Selangor Dr. Xavier Jayakumar antara yang ditahan kerana berhimpun di luar bangunan SPRM tadi.

Seorang exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong diheret polis sejauh kira-kira 30 meteri apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.

Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ. - azm _

Tubuh Suruhanjaya Bebas siasat kematian Teo Beng Hock

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh)- PAS mendesak supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian misteri Teo Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, semalam.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayob menegaskan kematian penuh misteri Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah perlu siasatan rapi dan penjelasan daripada pihak berkuasa.

Tegas beliau lagi, kematian Teo menyebabkan rakyat semakin curiga terhadap SPRM yang telah lama prestasi mereka dipertikaikan.

"Agak pelik bila selesai siasatan kira-kira pukul 3.45 pagi, mendiang enggan pulang ke rumah sebaliknya meminta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kebiasaannya sesiapa saja yang dipanggil untuk siasatan akan segera pulang bila sudah selesai disoal siasat tetapi kali ini agak pelik bila Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdull mengatakan mendiang minta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kematian ini penuh misteri dan kerana itu, PAS mendesak agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini agar rakyat dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," tegas beliau.

Tambah beliau lagi, Teo menemui ajal ketika masih dibawah pengawasan SPRM dan kerana itu suruhajaya tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian mendiang.

Salahuddin juga menjelaskan bagi pihak PAS, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mediang Teo.

Pada 15 Julai, lima anggota SPRM menyerbu pejabat salah seorang daripada anggota exco negeri itu serta merampas beberapa dokumen termasuk sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU).

Hari yang sama juga, Teo telah dibawa ke pejabat SPRM Selangor untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri itu.

Peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM pada hari tersebut berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

Kejadian terbaru ini telah menambahkan keraguan rakyat terhadap SPRM kerana sebelum ini terdapat individu yang mendakwa dikasari oleh pegawai-pegawai suruhanjaya tersebut.

Pada Januari lepas, individu bernama Halimi Kamaruzzaman membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya dan mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM supaya mengakui Dato' Norza Zakaria terbabit dengan politik wang.- mr_

16/07/09

Kalau dia bunuh diri, pasai apa, SPRM?

Mengulas kematian setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, Malaysiakini memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata:
"Jangan tuduh-tuduh. Kalau tuduh, kenyataan mereka keluar nanti dekat laporan akhbar, menyebabkan masyarakat buat pandangan (sendiri) sebelum penyiasatan dibuat".
OK, Bro. Saya tak nak tuduh-tuduh. Saya nak tanya ja.

Saya ambil laporan Malaysiakini sebelumnya.
Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Mamat tu kata, Teo "dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi".

Saya pernah beberapa kali ditangkap polis dan disumbat ke dalam lokap. Saya juga pernah dipanggil untuk memberi keterangan. Bagi keterangan ja, bukan tangkap.

Mentaliti orang yang ditangkap atau dipanggil diberi keterangan, sebaik sahaja dilepaskan atau disuruh balik, apa nak tunggu lagi? Terus balik, terus cabut.

Petikan http://penarikbeca.blogspot.com/2009/07/kalau-dia-bunuh-diri-pasai-apa-sprm.html

Apakah status siasatan terhadap ADUN BN boros RM 26.6 juta wang rakyat Selangor?

Sumber: Arkib berita Malaysiakini

Tahun lalu jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dilaporkan sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM 26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.

Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

Selanjutnya…

Penyokong Pakatan Rakyat cedera, media tutup keganasan BN

(Hrkh) - Akibat kekalahan di Manek Urai memberikan tamparan dan kejatuhan moral yang dasyat kepada Barisan Nsional (BN) namun media seperti biasa cuba memberikan moral semula dan menjadi peniup 'nyawa' parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham berkata ini dapat dilihat apabila media cuba mengenengahkan isu puteri Umno jadi mangsa keganasan dengan gambar diambil dari sebuah sebuah hospital.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham berkata ini dapat dilihat apabila media cuba mengenengahkan isu puteri Umno jadi mangsa keganasan dengan gambar diambil dari sebuah sebuah hospital.

"Malangnya media menggelapkan berita dan gambar penyokong Pakatan Rakyat yang berdarah, 'pecah' kepala dibaling batu oleh penyokong BN," katanya dalam blog peribadinya.

Dalam blognya itu, turut disiarkan gambar seorang wanita di salah satu pusat mengundi yang terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana kepala terkena batu yang dibaling penyokong Umno.

Turut disirakan seorang petugas Pakatan Rakyat yang turut cedera, berdarah kepalanya dibalut tetapi tidak mahu dihantar ke hospital.

"Inilah bentuk mainan media regim yang tidak layak di ajak berpakat atau berpadu..." katanya dan menambah walaupun berkarung wang ditabur, janji dan ugutan di buat namun BN tetap kalah.

PETIKAN : http://mt.m2day.org/2008/content/view/24408/84/

15/07/09

BN terus ditolak rakyat, PAS perlu kaji menang tipis

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh)-Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berpandangan PAS perlu melakukan post mortem serta membuat kajian secara mendalam mengenai aliran pengundi yang tidak memihak kepada PAS dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada 14 Julai lalu.

Mengulas mengenai kemenangan tipis PAS dengan majoriti 65 undi, Wan Abdul Rahim menolak faktor golongan muda yang tidak keluar mengundi yang menyebabkan kemerosotan majoriti berbanding Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Jelasnya, berdasarkan keputusan yang di perolehi di beberapa peti undi seperti Manek Urai Baru PAS menang dalam semua empat saluran kecuali saluran dua.

Justeru katanya PAS perlu membuat semakan faktor yang menyebabkan golongan berusia menolak PAS.

Dalam pada itu beliau juga tidak menolak kemungkinan kemenanganan tipis tersebut disebabkan kelemahan PAS di Kuala Krai yang baru sahaja selesai membuat perubahan kepimpinan di peringkat kawasan.

Sementara itu beliau juga berpandangan faktor calon sebelum ini, Ismail Yaakub meninggalkan suatu 'kekosongan' kepada rakyat Manek Urai.

"Pak Su Wil merupakan satu 'lagenda' yang cukup sinonim dengan rakyat Manek Urai. Walaupun pengganti beliau, Abe Uji merupakan pilihan yang terbaik beliau masih perlukan pendedahan.

"Dan saya yakin Abe Uji akan dapat meneruskan usaha serta kesinambungan yang diteruskan oleh Pak Su Wil dengan jalinan kemesraan dengan rakyat akar umbi,"katanya.

Dalam pada itu, Wan Abdul Rahim sewaktu dihubungi Harakah turut merakamkan terima kasih kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat yang turut berganding bahu dalam memastikan kemenangan PAS.

Beliau menegaskan, kemenangan tersebut membantu PAS dan meneruskan kesinambungan kekuatan parti di kubu kuat PAS itu.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Barisan Nasional(BN) kerana dapat mengekalkan suasana yang 'lunak' dan 'persaudaraan' dalam tempoh berkempen tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Jelasnya dengan kemenangan tersebut, BN telah mengalami nasib ditolak oleh rakyat di semua pelusuk negara dalam siri-siri pilihan raya kecil oleh masyarakat pelbagai kaum.

"Walaupun di Manek Urai 99.9 peratus terdiri daripada kaum Melayu, nampaknya BN terus ditolak voleh rakyat. Ini memberikan peluang serta potensi yang cukup baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mencuba mencapai kemenangan yang lebih baik dalam Pilihan Raya Umum ke 13,"katanya. - azm _

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3