----------------$$$$----------------

InstaForex

16/03/14

Informer Al-Qaeda dedah plot rampas pesawat


Pendedahan pemberi maklumat  Al-Qaeda bahawa dia pernah bertemu dengan pengganas Malaysia berhubung rancangan merampas pesawat menimbulkan kebimbangan sama ada ia berkaitan dengan kehilangan MH370.

Informer kelahiran British itu Saajid Muhammad Badat (kanan) membuat dakwaan itu di Mahkamah New York.

Ia berkata demikian ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden, menurut Sunday Telegraph, United Kingdom.

Ketika memberi keterangan, Saajid berjata, lima lelaki Malaysia merancang mengawal pesawat menggunakan bom tersembunyi dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit.

Katanya, beliau ada bertemu dengan rakyat Malaysia itu, salah seorangnya juruterbang, di Afghanistan dan kasut bom itu diberikan pada mereka

15/03/14

Lima didakwa mati ambil dadah di konsert

 
Lima individu meninggal dunia manakala empat lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah berlebihan semasa menghadiri satu konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi, lapor Star Online.



Sembilan orang dilaporkan didakwa mengambil methamphetamine dan pengsan di tempat konsert Future Music Festival Asia 2014 berlangsung.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam ini, telah dibatalkan.

Konsert tiga hari itu dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis.

Laporan itu berkata seorang mati di tempat itu manakala seorang lagi mati ketika dikejarkan ke hospital.

Tiga yang lain mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Semuanya adalah rakyat Malaysia yang berumur antara 21 dan 28 tahun.

Mohmad dipetik sebagai berkata, semuanya didapati positif dadah dan kematian itu telah diklasifikasikan sebagai sebagai mengambil dadah berlebihan.

Polis geledah rumah juruterbang MH370



Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.

Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini.

[TERKINI] Data Radar Tunjukkan MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Andaman

Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat.

Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran - menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan - apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia.

Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan.

Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan pesawat tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat," kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Kesemua sumber enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media kerana takut akan mengganggu siasatan.

Beberapa pegawai Kementerian Pengangkutan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen. -mstar




Adakah radar tunjuk MH370 ke Andaman?

Bukti daripada radar Tentera membayangkan kemungkinan pesawat MH370 yang hampir seminggu hilang, telah sengaja diterbangkan melintas Semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman, lapor Reuters yang memetik sumber yang biasa dengan penyiasatan itu hari ini.

Dua sumber tu iberkata sebuah pesawat yang tidak dikenali yang penyiasat percaya ialah MH370, telah mengikuti laluan di antara titik laluan penerbangan - yang menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan - ketika kali terakhir ia diplotkan pada radar tentera di luar pantai barat laut negara ini.

Plot terakhir pada radar tentera membayangkan kemungkinan pesawat itu terbang ke arah Kepulauan Andaman di India, yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Bengal, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, berdasarkan kiraan longitud dan latitud, yang membantu juruterbang sepanjang koridor udara.

Sumber ketiga yang biasa dengan penyiasatan itu berkata persoalannya semakin tertumpu kepada teori bahawa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat itu telah sengaja mengubah haluan penerbangan, yang membawa 239 orang, beratus-ratus kilometer melencong dari kursus destinasi asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang kita boleh katakan ialah kemungkinan perbuatan sabotaj, dan begitu juga kemungkinan berlaku rampasan," kata sumber itu yang merupakan seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Ketiga-tiga sumber itu yang enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media dan kerana sensitiviti siasatan.

Pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang menjadi kontak rasmi maklumat mengenai penyiasatan itu, tidak membalas panggilan untuk mendapatkan komen.

Polis Malaysia sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat sama ada penumpang atau kru yang mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang mungkin dapat memberi petunjuk terhadap misteri itu, bersama-sama dengan kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj atau kegagalan mekanikal.

Komen oleh tiga sumber merupakan petunjuk jelas yang pertama bahawa perbuatan jenayah disyaki berlaku dan menjadi fokus siasatan berkaitan kehilangan Boeing 777 itu.

Hasil daripada bukti terbaru itu, sumber-sumber berkata, usaha mencari telah dipergiatkan lagi di Laut Andaman dan juga Lautan Hindi.

Dianggap misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan moden, tidak ada kesan pesawat atau mana-mana tanda bangkai kapal terbang itu yang ditemui walaupun usaha mencarinya membabitkan pasukan tentera laut dan pesawat tentera pelbagai negara.

Kali terakhir pesawat itu dilihat skrin radar awam ialah sebelum jam 1.30 pagi Sabtu waktu Malaysia, kurang satu jam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur, ketika ia terbang ke arah timur laut melintas muara Teluk Thailand.
– mk
Dari Blogger:http://greenboc.blogspot.com/2014/03/terkini-data-radar-tunjukkan-mh370.html

Laporan: Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas




Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, demikian menurut satu aporan berita.

Menurut AP, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dijadual pada 1 tengah hari  ini.

LANGSUNG

1.10pm: Wartawan memasuki dewan sidang media dan membuat persedian untuk persidangan.

Kira-kira 200 orang para petugas berkenaan memenuhi hampir setiap inci ruang lantai auditorium Sama-Sama Hotel.

12.33pm: PM Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan sidang media pada jam 1.30pm di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Pasukan keselamatan membuat pemeriksaaan ketat di bilik sidang media dan para petugas media diminta beredar sehingga operasi tersebut selesai.

Bagaimana nak 'lesapkan' pesawat jet




MH370 Ketika misteri kehilangan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines masih belum terjawab, apa yang bermula sebagai satu kejadian pelik mula menjadi lebih pelik.

Ada pesawat komersial yang telah hilang sebelum ini, tetapi sehinggalah bangkainya ditemui. MH370 nampaknya seperti hilang begitu saja. Tetapi bagaimana itu boleh berlaku? Dan apakah maknanya bagi sesebuah kapal terbang hilang?

Kejutan ekoran misteri kehilangan Boeing 777 itu adalah sebahagian besarnya hasil daripada sikap kita yang mengambil mudah limpahan maklumat.

Kita menjangka dapat tahu apa sahaja dan pada bila-bila masa. Jika anda masuk ke lamanweb pengesanan penerbangan, anda boleh memasukkan nombor penerbangan mana-mana pesawat komersil dan dapat melihat lokasi dan arah semasanya.

Malah, dalam kebanyakan kes, kapal terbang sentiasa disambungkan ke dalam rangkaian maklumat global dengan pelbagai bentuk pengawasan dan komunikasi.

Biodata Ibrahim Mat Zin Raja Bomoh Pesawat MH370

Biodata Ibrahim Mat Zin Raja Bomoh Sedunia penjejak pesawat MH370 yang hilang. Nama Ibrahim Mat Zin kini semakin melonjak naik apabila individu tersebut mendakwa dirinya sebagai raja bomoh dan tiba di KLIA dalam usaha menjejaki pesawat MH370 menggunakan upacara ritual. Namun tindakannya mengadakan upacara seperti itu adalah bertentangan dengan ajaran agama islam dan menerima pelbagai pandangan negatif.
dukun-3
Biodata Raja Bomoh Pesawat MH370
Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin
Umur: 80 Tahun
Warganegara: Malaysia
Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin/ Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
Pengalaman Bomoh: 50 Tahun
Pekerjaan: Bomoh/ Dukun dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)
Kejayaan Kareer Bomoh:  Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
Fatwa JAKIM: Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam
Kronologi Kareer Bomoh:
2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.
2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13)
2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara.

Saya rasa ragu-ragu terhadap bomoh ini. Apakah agenda sebenar dia hadir dan memberitahu kita semua yang dirinya mampu mencari MH370? Apakah benar dirinya orang ViP dalam pencarian ini? Apakah benar pemimpin tertinggi kita memanggil dirinya untuk membantu? Semuanya adalah persoalan yang kita sendiri yakin yang Raja Bomoh ini penipu.
Sedang seluruh dunia memerhatikan kita, muncul pula seorang Bomoh yang sedang memalukan negara dengan segala aksi tidak masuk akalnya. Terbaru beliau bersama beberapa anak buahnya telah menggunakan payung, bakul dan kelapa yang kononnya bertujuan untuk mencari mana hilangnya MH370.
Kenyataan Dari JAKIM Ibrahim Mat Zin Penipu
JAKIM MAHAGURU INRAHIM MAT ZIN
Yang paling saya tak faham, kenapa pihak sekuriti (keselamatan) KLIA membiarkan bomoh ini melakukan hal memalukan dipintu pelancong masuk ke negara kita? Apakah ini disengajakan? Apakah alasan pihak KLIA? Hentikanlah perkara ini. Sangat memalukan.

Video Upacara Ritual Raja Bomoh MH370

Gambar Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin

dukun
bomoh
Raja-Bomoh-Ibrahim-Mat-Zin-KLIA

14/03/14

Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu - Raja Bomoh

PETALING JAYA: Selain mencabar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan, Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin juga mengugut untuk menampar menteri itu seperti yang telah dilakukannya kepada seekor buaya.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh suara.tv, Ibrahim melahirkan rasa tidak puas hatinya setelah Khairy meminta agar bomoh itu diberkas polis atas perbuatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lepas.

Bertegas bahawa Khairy sepatutnya menghormati orang tua, Ibrahim berkata bahawa Khairy seharusnya berjumpa dengannya terlebih dahulu sebelum melabelkan perbuatannya sebagai syirik.

“Saya pun tak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya.

“Dia pun bukan senonoh sangat perangai. Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita try fight.

“Saya tampar dia macam buaya baru tahu. Dia cakap kurang asam, biadap,” katanya.

Dua hari lepas, Ibrahim serta beberapa pengikutnya sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat MAS MH370. Upacara tersebut turut menyaksikan Ibrahim duduk di atas tikar serta penggunaan dua biji kelapa dan teropong.

Ibrahim juga bertegas mengatakan jika perkara ini melarat, maka memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah beliau, ini bukan kali pertama beliau menentang seorang menteri. Kali pertama, katanya, beliau telah menentang bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris.

“Dia (Khairy) budak baru. Dia ingat saya baru setahun jagung.

“Orang kampung dia (di Rembau) boleh gempar lah, Ibrahim Mat Zin jangan gempar. Kalau dia gempar saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya.

Bomoh itu yang sememangnya tidak berpuas hati dengan ahli parlimen Rembau itu menambah: “Apa dia ingat saya budak-budak untuk ditangkap, dia ingat saya adik dia ke.”

“Jangan ingat saya bomoh sengkek kampung. Saya pun ada peguam,” katanya.

Ibrahim kemudian memberi amaran kepada Khairy untuk tidak melakukannya sekali lagi, jika tidak, dia tidak akan teragak-agak untuk menyamannya sebanyak RM100 juta.

“Saya akan saman dia kerana menjatuhkan imej mahaguru datuk. Anak murid saya seramai berapa juta orang sanggup menghadap mahkamah,” katanya.

Menyifatkan Khairy sebagai sampah masyarakat, beliau turut mempersoalkan pelantikan Khairy sebagai seorang menteri.

“Saya ingat dia gila lah, semua orang (dia anggap) musuh. Macam mana Najib boleh ambil dia sebagai menteri.

“Kalau saya jadi Najib saya tendang dia macam bola, sampah masyarakat,” kata Ibrahim.

Beliau turut mempertahankan usahanya mencari pesawat MH370 yang telah hilang selama tujuh hari itu.

“Saya usaha cara tradisional, bawak bakul, buah kelapa, tikar. Yang buat tikar terbang bukan saya, itu pemberita yang buat, saya duduk saja,” katanya.

Khairy di akaun Twitternya pula tampak bersahaja dengan ugutan Raja Bomoh itu malah memaparkan pautan video itu.

“Raja Bomoh VIP nak tampar saya cam kokedai,” katanya. -FMT

greenboc

'Satelit kesan bunyi pantulan elektronik dari MH370'


Satelit komunikasi mengesan bunyi pantulan elektronik yang kabur dari pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas ia hilang Sabtu lalu, tetapi isyarat itu tidak memberi sebarang maklumat tentang nasib pesawat itu dan haluannya,  demikian menurut dua sumber yang rapat dengan siasatan tersebut semalam.

Tetapi  bunyi "pantulan" elektronik itu menunjukkan bahawa sistem penyelesaian masalah penyelenggaraan pesawat itu dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit, dan ia menunjukkan pesawat itu yang membawa 239 orang, sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara Malaysia.

Sistem itu menghantar bunyi pantulan elektronik itu kira-kira setiap
satu jam, demikian sumber-sumber itu, yang berkata lima atau enam daripadanya kedengaran. Bagaimanapun, pantulan elektronik itu sahaja bukan bukti bahawa pesawat itu berada di udara atau di darat.

Walaupun sistem penyelesaian itu berfungsi, tetapi tiada pautan data telah dibuka, kata sumber itu, kerana syarikat-syarikat yang terlibat tidak melanggan perkhidmatan dari operator satelit.

Boeing Co, pengeluar pesawat 777 yang hilang itu, dan Rolls-Royce, membekalkan enjin Trent itu, enggan mengulas.

Terdahulu, pegawai Malaysia menafikan laporan bahawa pesawat itu telah terus menghantar data teknikal dan berkata tidak ada bukti bahawa ia terbang selama beberapa jam selepas hilang hubungan dengan pengawal trafik udara pada awal pagi Sabtu selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara itu percaya pesawat tersebut terus terbang selama lima, berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke daratan dari enjinnya sebagai sebahagian daripada program pengawasan standard.

Cerita Panas Harian Brunei Baca kerana ini penting

Cerita Panas Harian Brunei
Baca kerana ini penting

Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 tahun dapan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jgn nampak bentuk b/dada, pakaian jgn fit/hanging, klu pakai seluar jgn fit.Boleh kena dakwa tu. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198
(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan
gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.

KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini
KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya
hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa
kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3