----------------$$$$----------------

InstaForex

27/04/20

Pegawai Ahli Parlimen DAP Didedah Antara Terlibat Pembikinan Video Menghina Ebit Lew

Sejak beberapa hari lalu, nama pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew semakin hangat diperkatakan selepas beliau dan pasukannya memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah.

Beliau diserang daripada pelbagai pihak, termasuk pegawai khas kepada Menteri Besar Kedah, individu dan kumpulan organisasi lain.

Di laman-laman media sosial, pelbagai tuduhan telah dilempar terhadap pendakwah bebas berbangsa Cina itu.

Sejak dua hari lepas, tular pula sebuah video yang dipercayai menyindir aktiviti dakwah Ebit.

Menurut sumber, salah seorang daripada pelakon dalam video tersebut, Rosly Yusof merupakan pegawai kepada Ahli Parlimen DAP, Bukit Mertajam, Steven Sim.

Turut berlakon dalam video tersebut, Muhammad Fitri Termizi, yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang.

COVID-19: Kes positif hampiri angka 3 juta di seluruh dunia



AS kekal negara paling teruk terjejas dan kumulatif kes positif kini 961,000. -Gambar AP Newsroom
KES positif COVID-19 di seluruh dunia kini merekodkan angka 2.96 juta orang setakat awal pagi Isnin, hanya 40,000 kes lagi sebelum mencapai tiga juta.

Data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan lebih 70,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam dengan tujuh negara kini mempunyai angka positif melebihi 100,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dan kumulatif kes positif kini 961,000.

26/04/20

Polis cari dua warga Rohingya cetus provokasi

Polis cari dua warga Rohingya cetus provokasi


POLIS kini sedang mengesan dua lelaki dipercayai warga Rohingya kerana memuat naik video menghina masyarakat menerusi Facebook.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
"Bagaimanapun polis sedang mengesan kedua-dua lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Terdahulu, video berdurasi empat minit itu mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Dua lelaki dipercayai warga Rohingya menghina serta mengeluarkan kata-kata lucah kepada masyarakat dan pengguna Facebook.



Video yang disiarkan secara langsung itu menerima kecaman netizen yang mahu kedua-dua lelaki itu ditahan.

24/04/20

Ramai ingkar PKP nak cari dadah


HULU TERENGGANU- Kebanyakan individu yang ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan khayal seperti air ketum.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, bagi mengelak ditahan pihak berkuasa, mereka menggunakan laluan tikus selain memilih pagi atau petang kerana menganggap tempoh waktu berkenaan 'selamat' untuk bergerak.

Beliau berkata, pihaknya yakin kumpulan ini masing-masing sudah mula keluar mencari bekalan kerana terdesak, mungkin stok sebulan lepas (PKP fasa satu dan kedua) sudah habis.

"Mungkin sudah tidak dapat menahan gian, masing-masing mula keluar semata-mata hendak membeli barang salah tersebut sedangkan mereka tahu tindakan itu salah kerana ingkar PKP. Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, mereka menggunakan laluan tikus dan memilih pagi serta petang sahaja untuk bergerak kononnya menganggap 'selamat'.

"Namun, sebenarnya mereka masih tidak selamat kerana semua laluan tikus yang ada sudah dikenalpasti selain rondaan koronovirus (Covid-19) memang diadakan 24 jam sepanjang tempoh PKP," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun itu ditangkap bersama sebotol air ketum di dalam raga motosikal dinaiki di Jalan Kampung Durian Bador, Kuala Berang, jam 11 pagi, Rabu lalu (foto ihsan IPD Hulu Terengganu)
Dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun itu ditangkap bersama sebotol air ketum di dalam raga motosikal dinaiki di Jalan Kampung Durian Bador, Kuala Berang, jam 11 pagi, Rabu lalu (foto ihsan IPD Hulu Terengganu)

15/04/20

AS pulangkan RM1.3 bilion dana 1MDB kepada Malaysia


WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memulangan AS$300 juta yang diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)

Jabatan Kehakiman dalam kenyataannya, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan wang yang dipulangkan sebanyak RM2.6 bilion (AS$600 juta).


Pembantu Peguam Negara AS, Brian A. Benczkowski, berkata pembayaran itu mencerminkan komitmen AS kepada Malaysia untuk memburu, merampas dan memulangkan aset yang diperoleh menerusi penyelewengan itu.

Antara aset yang berjaya diperoleh semula termasuk estet mewah di Beverly Hills, New York dan London serta pelaburan bernilai jutaan Dollar yang dilakukan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Sebelum ini, berita Agensi yang memetik maklumat sumber, melaporkan DoJ menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) susulan ketidaktentuan politik berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu. – Agensi

20/02/20

Tolak PKR dan DAP kerana merugikan Islam



BATU: PAS pernah bekerjasama serta bergabung dengan PKR dan DAP, namun keduanya ditolak atas tindakan parti-parti tersebut yang secara jelas merugikan Islam, demikian tegas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya.

Sebaliknya, PAS menerima Umno dengan memeterai Piagam Muafakat Nasional pada September tahun lalu atas kerjasama untuk bersama membawa sinar Islam dari perjuangan politik yang didukungi kedua-dua parti kini.

Perkara tersebut dijelaskannya pada Himpunan Wanita Muafakat Nasional (HWMUNA162) di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini awal minggu ini.

“Apabila sinar Islam cuba diranapkan, cuba dihilangkan, maka PAS tidak merasa segan silu, bahkan tidak merasa kerugian untuk ditinggalkan dan mereka keluar dari Pakatan (Rakyat) dahulu,” ujarnya.
Beliau turut menyingkap bahawa kerjasama dan penyatuan antara PAS dan Umno bukan perkara baharu, tetapi ulangan semula sejarah yang pernah berlaku beberapa kali, namun terpisah oleh berbagai sebab hingga kini kembali bertaut.

27/01/20

Virus Corona Disebut Sebagai Senjata Biologis China Yang Bocor



Virus Corona Disebut Sebagai Senjata Biologis China Yang Bocor

Epidemi virus Corona yang dimulai di kota Wuhan, China disebut sebagai uji coba senjata biologi China yang bocor. Kabar bersumber dari seorang ahli perang biologis Israel bernama Dany Shoham.

Diketahui Wuhan memiliki dua laboratorium yang terhubung dengan program bio-warfare. Dany Shoham, mantan perwira intelijen militer Israel yang telah mempelajari perang bio Cina, mengatakan bahwa institut ini terkait dengan program senjata biologi rahasia Beijing.

“Laboratorium tertentu di institut ini mungkin telah terlibat, dalam hal penelitian dan pengembangan, dalam [senjata biologis] China, setidaknya secara jaminan, namun bukan sebagai fasilitas utama,” Shoham mengatakan kepada The Washington Times, Jumat (24/1).

Shoham menyebut, pengerjaan senjata biologis dilakukan sebagai bagian dari penelitian sipil-militer ganda dan sangat rahasia. Shoham adalah seorang doktor dalam bidang mikrobiologi medis. Dia adalah analis senior intelijen militer Israel untuk perang biologi dan kimia di Timur Tengah dan di seluruh dunia, dengan pangkat letnan kolonel.

China sendiri selalu membantah memiliki senjata biologis ofensif


Adapun warga China sendiri banyak yang berpendapat bahwa virus itu adalah senjata dari Amerika Serikat untuk melumpuhkan China setelah kalah dalam Perang Dagang.





19/11/18

Waytha Moorthy tidak layak jadi menteri perpaduan - NGO


PENGASAS Skuad Badar, Azhar Mohamad (dua dari kiri) bersama Aktivis Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi (tiga dari kiri) serta para peserta berarak menuju ke Wisma Darul Aman dalam himpunan aman dan penyerahan memorandum bantahan penyebaran bible dalam kalangan umat islam di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE / FARIZ RUSADIO

ALOR SETAR 18 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy didakwa melakukan pembohongan apabila menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.

Justeru tegas Aktivis Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi, kerajaan wajib menilai sama ada pemimpin Hindraf itu benar-benar layak untuk terus menjawat jawatan itu sebagai menteri yang menjaga perpaduan.

“Saya fikir perkara ini perlu dilihat secara serius di mana orang Melayu dan Islam sama sekali tidak pernah menekan kaum lain mahu pun memaksa mereka menukar agama untuk memeluk Islam.

“Jangan ada walau satu atau dua orang sekali pun yang baru masuk kerajaan, tetapi cuba pula hendak membawa perpecahan. Saya yakin, ada agenda politik tertentu cuba dibawa di belakang kita dan mereka ini diingatkan supaya usah cabar atau usik umat Melayu Islam,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam sidang akhbar selepas turut menyertai himpunan dan perarakan aman menuju ke Wisma Darul Aman bagi membantah penyebaran risalah Bible terhadap orang Islam dan ratifikasi ICERD di sini, hari ini.

Menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan PM dan Senator


Problem
Kami selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, latar belakang serta pendirian politik menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara atas sebab-sebab yang berikut:

- Memburukkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia yang beragama Hindu telah didiskriminasi kerana perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam serta rumah-rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia

10/06/18

Anwar jawab kebimbangan terhadap kerajaan baharu


KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuan antara beliau Yang di-Pertuan Agong sebelum ini adalah bagi menjawab kebimbangan melibatkan pembentukan kerajaan baharu di negara ini.

Katanya, beliau akan memberi jaminan kepada Baginda bahawa kerajaan komited untuk mempertahankan perlembagaan termasuklah pemerintahan monarki.

" Sebenarnya saya telah bertemu dengan hampir semua institusi diraja di negara ini. Sudah tentu keprihatinan raja-raja perlu dihargai oleh semua rakyat Malaysia kerana mereka berada di kedudukan yang berkecuali dan tidak mampu untuk respons terhadap sebarang kebimbangan rakyat.

"Sudah tentu mereka menyambut dengan baik dan berbesar hati kerana kami komited untuk mempertahankan perlembagaan dan termasuk sistem monarki tersebut," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian.

Katanya, perkara kedua yang ditanyakan oleh Baginda adalah melibatkan kedudukan Islam di negara ini.

"Ini adalah kerana Baginda melihat perkembangan menerusi media sosial dari masa ke semasa bahawa terdapat tindakan yang dilihat bertentangan dengan Islam malah ada di antara membuat permintaan yang melebih.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3