Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
-
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
JITRA: Cubaan seorang lelaki melarikan diri melalui bumbung dari bilik air
rumah untuk mengelak daripada...
LIVE AJL 34
-
KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34
*Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online *
*PASANG CCTV MURAH *
*IKLAN TEKS RM10 SEBU...
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya
-
Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen
Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Hubungi...
Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID?
-

PERTANYAAN KEPADA MENTERI
Soalan:
Minta MENTERI memberikan penjelasan berhubung tadbir urus dan perlaksanaan
projek My Digital ID, khususnya melibatk...
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
-
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
JITRA: Cubaan seorang lelaki melarikan diri melalui bumbung dari bilik air
rumah untuk mengelak daripada...
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!
-
Penganalisis jelaskan kenapa baht Thailand naik mendadak berbanding
ringgitRanjit Singh dan Robin Augustin Pakar strategi mata wang berkata,
ekonomi Malays...
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama
melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
FB DAH GILE DAN TAK SANTAI LAGI.
-
Rasanya bermain FB dah macam hampas. Tak macam dulu. Tak tahu di mana boleh
santai dan berceritera.
Blog ni siapakah nak klik/ketik. Siapa nak bertukar cer...
KUALA LUMPUR, 23 Jan: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru menggantikan Saifuddin Nasution bin Ismail yang akan memegang jawatan Setiausaha Agung berkuatkuasa 1 Februari 2010.
Manakala portfolio Ketua Biro Latihan yang sebelum ini di pegang oleh Fuziah akan diambil alih Mustaffa Kamil Ayub yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa parti itu. Perkara itu diumumkan Pesiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya keputusan rombakan itu dibuat pada mesyuarat Biro Politik PKR pada 20 Januari lalu sebagai usaha memantapkan organisasi bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan.
"KEADILAN percaya dengan rombakan ini persediaan awal dapat dilakukan bagi merealisasikan KEADILAN bertapak di Putrajaya," katanya.
KUALA LUMPUR, 23 Jan: Sekriteriat Gerak Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan perletakkan jawatan Mohd Nazree Mohd Yunus sebagai Pengerusi Gerak Malaysia berkuat kuasa serta merta pada hari ini 23 Januarai 2010 bagi menyertai politik.
Keputusan itu dimaklumkan dibuat setelah perbincangan dibuat Nazree bersama Ahli Majlis Tertinggi Gerak Malaysia. "Beliau juga telah memaklumkan kepada Ahli Majlis Tertinggi dan sukarelawan Gerak dalam siri-siri pertemuan bersama mereka berkaitan hasrat untuk meletakkan jawatan bagi menyertai politik adalah bertujuan supaya Gerak Malaysia terus kekal sebagai badan bebas, neutral dan non-partisan dalam usaha badan ini berjuang membudayakan integriti dan anti korupsi," kenyataan itu dipetik.
Namun Nazree didakwa tidak mahu mengumumkan parti mana yang menjadi pilihan beliau kerana menghormati Gerak Malaysia dan parti politik yang bakal disertai dan menyerahkan kepada pimpinan parti yang akan disertainya untuk membuat pengumuman.
"Pengerusi Gerak juga mengucapkan terima kasih atas alu-aluan berkenaan penyertaan beliau ke dalam parti politik oleh Ketua Penerangan PAS, UMNO dan PKR sepertimana yang telah dilaporkan oleh Akhbar Sinar Harian pada 18 Januari lepas. Pengumuman penyertaan beliau ke dalam parti politik akan dibuat oleh parti yang berkenaan pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Kenyataan tersebut juga memberitahu, struktur Gerak yang lain bagaimanapun kekal seperti biasa melainkan bagi jawatan Pengerusi Gerak yang akan dikosongkan Nazree berkuatkuasa pada hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 Jan: PAS merakamkan ucapan takziah kepada kepada kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semalam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi awang dalam satu kenyataan berkata, PAS mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkanroh baginda bersama orang-orang yang soleh.
"Seluruh kepimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan takziah kepada KDYMM Sultan Johor dan kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada hari Jumaat 22 Januari 2010. "Patik sekalian berdoa moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan baginda di kalangan orang-orang yang soleh," katanya.
Selain itu PAS negeri Johor juga turut merafak takziah kepada kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.
"Saya bagi pihak PAS negeri Johor, mengucapkan banyak-banyak takziah kepada keluarga Diraja Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
"Saya juga memohon doa moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Bin Mohamad.
Beliau berkata demikian sewaktu dihubungi ketika sedang dalam perjalan ke istana untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum pagi tadi.
Pada masa sama, beliau turut merakam ucapan tahniah kepada Tengku Ibrahim Ismail telah dimasyhurkan secara rasminya sebagai Sultan Johor dalam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Singgahsana Istana Besar Johor Bahru pada 10.31 pagi tadi.
"PAS Johor juga mengucapkan tahniah kepada Tengku Ibrahim yang telah ditabal sebagai Sultan Johor yang baharu.
"Semoga beliau akan memerintah Johor dengan penuh keadilan, kesaksamaan dan mementingkan kesejahteraan rakyat jelata seperti Almarhum Ayahanda baginda," katanya.
Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada pukul 7.15 malam tadi di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini, malam tadi. Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada pukul 2 petang hari ini.
Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi sementara orang kenamaan dari pukul 11 pagi hingga petang.
KUALA LUMPUR, 23 Jan: Pakatan Rakyat Perak merafak takziah kepada kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Setiausaha Sekretariatnya, Drs Khalil Idham Lim yang mewakili Pakatan Rakyat Perak dengan ini merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, beliau berkata sesungguhnya negeri Johor kehilangan seorang Raja yang sentiasa memerhati dan mengambil tahu tentang nasib rakyat yang memerlukan pembelaan. Baginda adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.
"Harapan kami semoga perjuangannya diteruskan oleh Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor semalam, di mana Tunku Ibrahim adalah seorang pewaris takhta yang mempunyai banyak keistimewaan," ujarnya.
Tambahnya, mewarisi sifat prihatin ayahanda baginda, putera sulung Sultan Johor itu bukan hanya mempunyai latar belakang akademik dan pencapaian membanggakan tetapi baginda juga cukup disenangi kerana keperibadian yang menawan hati rakyat.
Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada pukul 7.15 malam tadi di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini, malam tadi. Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada pukul 2 petang hari ini.
Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi sementara orang kenamaan dari pukul 11 pagi hingga petang.
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) mendakwa tindakan Bahagian Hal Elwal Mahasiswa (BHEP) UPM mengadakan Kursus Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM pada 23 dan 24 Januari ini hanya bertujuan menghalang calon-calon yang bertanding daripada muncul di khalayak ramai.
Pengerusinya, Ahmad Faris Rakdi berkata, kursus yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad itu akan menghalang calon-calon daripada memperkenalkan diri mereka secara tidak langsung kepada mahasiswa.
Beliau berkata,meskipun tempoh sah kempen hanya bermula pada Isnin, 25 Januari namun calon-calon seharusnya diberi peluang untuk berada di kalangan mahasiswa pada Sabtu dan Ahad supaya mahasiswa mengenali mereka sebagai calon. "Apa relevannya kursus itu diadakan pada waktu itu? Calon seperti dikuarantin di dalam satu program anjuran BHEP dari pagi hingga malam, selama dua hari.Kami berpendapat hari Sabtu dan Ahad itu adalah tempoh untuk calon memperkenalkan diri kepada mahasiswa,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.
Beliau juga menegaskan, arahan menghadiri kursus itu sangat tidak wajar kerana mengurangkan waktu untuk calon berkempen bagi memperkenalkan diri kepada mahasiswa serta menunjukkan kredibiliti mereka.
Sedangkan ujarnya, tujuan pilihan raya kampus diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa memilih pemimpin-pemimpin yang akan mewakili mereka.
"Apa yang kami persoalkan ialah tempoh kempen yang singkat iatu sehari. Sehari sangat singkat untuk calon berkempen.Sepatutnya walaupun bukan dalam tempoh kempen rasmi,calon sudah boleh perkenalkan diri secara tak langsung,"katanya.
Turut dipersoalkan beliau berkenaan peraturan yang tercatat dalam Tatacara Pemilihan MPP UPM bagi sesi 2009/2010, bercanggah dengan maklumat am pemilihan MPP UPM.
"Dalam buku tatacara pemilihan MPP UPM, dinyatakan bahawasanya untuk berkempen,calon dibenarkan menggunakan apa sahaja bahan kempen melalui kebenaran pihak BHEP tapi dalam satu maklumat am yang diberikan kepada calon, calon dilarang sama sekali untuk menggunakan banner.Jadi kami lihat ianya bercanggah dan tidak seiring,"tegasnya.
Penamaan calon bagi pilihanraya kampus UPM akan diadakan esok dan BHEP UPM hanya akan membenarkan kempen bermula 12 tengah malam Isnin.
Manakala hari pembuangan undi ditetapkan pada 26 Januari.
Sementara itu, proses pembuangan undi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), berlangsung hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Kamaruddin Jaafar memaklumkan mereka masih lagi membuat siasatan berhubung kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
Beliau mengulas perkembangan semalam berhubung keterangan yang diberikan Ketua Setiausaha bagi Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM Datuk Seri Rodzali Daut kepada PAC di bilik mesyuarat Parlimen.
"Pada peringkat ini, kita (PAC) baru mendengar secara umum, kita belum lagi menyoal secara terperinci...oleh itu tidaklah boleh dimuktamadkan untuk kita buat kesimpulan lagi," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.
Bagaimana pun, beliau yang juga AJK PAS Pusat melahirkan rasa yakin bahawa Kementerian Pertahanan akan memberikan komitmen penuh dalam menyelesaikan kes yang dianggap seolah-olah mencemarkan nama baik negara itu. "Dalam kes ini, pegawai-pegawai Panglima tiga cabang tentera (TDDM, TUDM dan TLDM) ini akan memberikan sokongan sepenuhnya pada usaha-usaha PAC untuk memastikan bahawa insiden-insiden seperti ini tidak berlaku," jelasnya.
"Kita masih memberi peluang dan kita yakin para pegawai untuk menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen."
Pun begitu, beliau berharap kementerian terbabit boleh memberikan maklum balas yag lebih terperinci berkaitan kes tersebut dalam siri siasatan PAC depan.
"Tidak berpuas (hati), kalau jawapan-jawapan yang diberikan secara umum dan tidak tepat pada apa yang kita hasratkan," jelasnya.
Ditanya tentang inti penjelasan oleh Kementerian, beliau berkata, sistem penyelenggaraan harta TUDM merupakan salah satu faktor yang membawa pada kehilangan enjin bernilai RM2 juta tersebut.
"Seperti yang dilaporkan, enjin tersebut sebenarnya rosak dan hendak dibaiki...kecurian 'harta kerajaan yang sensitif' itu berlaku ketika sesiapa pun tidak sedar," jelasnya.
"Sebahagian dari masalahnya adalah berkaitan sistem penyelenggaraan harta berkaitan keselamatan itu sendiri."
Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata, siasatan penuh yang dibuat oleh jawatankuasanya dijangkakan selesai pada Mac ini.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai bawahan TUDM yang berpangkat Sarjan dan seorang ahli perniagaan didakwa terbabit dalam kes kehilangan enjin tersebut di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya awal bulan lalu.
Terdahulu, beberapa media tempatan melaporkan bahawa enjin yang bernilai RM2 juta tersebut telah pun dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa di luar negara.
Pun begitu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri menafikan bahawa enjin tersebut bernilai RM2.
Berdasarkan kontrak jual beli yang dibuat pada 1972, Ahmad menjelaskan bahawa harga enjin tersebut hanya RM303, 570 sahaja.
Sumber TUDM pula memberitahu bahawa pengoperasian jet pejuang F-5E tersebut dihentikan sejak tahun 1999 kerana negara menjadikan jet MiG-29N dan F/A-18D sebagai pesawat tempur barisan hadapan bagi pertahanan negara.
Kemudian F-5E diaktifkan semula pada 2003 sebagai pesawat latihan dan pesawat peninjau bagi menampung satu-satu keperluan semasa dalam mempertahankan keselamatan ruang udara tanah air.
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Kumpulan Pro-mahasiswa Universiti Malaya (UM) menganjurkan pidato isu-isu semasa kampus bersempena pilihanraya kampus (PRK) malam ini.
Harakahdaily difahamkan seramai tujuh pemidato akan mengambil bahagian dalam program tersebut. Mereka terdiri daripada mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM, Mohd Ridzuan Mohamad, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hashim, mantan exco MPM UM, wakil-wakil dari Pro-Mahasiswa UM, Kelab Remaja Jemaah Islam Malaysia (Karisma) dan Gabungan Mahasiswa Bantah e-undi (Bantah).
Pidato terbuka itu dijadual berlangsung jam 9.15 malam ini di Dataran Fakulti Sastera UM.
Ianya bertujuan mendedahkan mahasiswa dengan isu-isu terkini yang sedang berlegar di sekitar kampus.
Sehubungan itu, semua warga kampus dan orang ramai dijemput untuk mendengar hujah-hujah yang bakal diutarakan mereka berhubung isu-isu mahasiswa dan kampus ketika ini.
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Bekas wartawan kontroversi akhbar Utusan, Astora Jabat, akhirnya kembali ke kampung kelahirannya di Resak (Ruso), Narathiwat, Selatan Thailand dan bakal bertanding dalam pilihan raya umum di negara itu.
Hasan Abdul Rahman atau nama Siamnya “Sei Toramain” memberitahu dalam blognya, setelah beberapa bulan kembali ke tempat kelahirannya itu beliau telah mendapat tiga tawaran daripada tiga parti politik Thai untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand akan datang. “Saya memilih parti yang paling besar dan dijangka akan menang dalam pilihan raya akan datang, iaitu Parti Peau Thai. Walaupun saya tidak berminat dengan politik, tetapi patut bagi saya mengubah arah dan membuat kerja yang lebih mencabar. Saya sendiri suka mencuba bidang kerja baru dan perkara-perkara yang mencabar yang tidak jauh dari bidang kerja asal,” tulis beliau dalam blognya.
Menurut Astora, beliau terpaksa menerima tawaran tersebut kerana beberapa sebab. Antaranya, beliau kena ada tempat bergantung untuk terus tinggal di kampung halamannya. Selain itu, permintaan penduduk kampungnya kerana pengalaman luarnya yang luas termasuk pernah terlibat dalam membantu kerajaan Malaysia pada zaman Tun Mahathir Mohamed.
Beliau juga mempunyai rancangan untuk melaksanakan pendidikan moden di selatan Thailand termasuk berfikir untuk menubuhkan sebuah universiti untuk umat Muslim Thailand.
Astora semasa di akhbar Utusan mengelolakan ruangan agama sebelum dilantik sebagai Pengarang majalah Al-Islam yang kemudiannya ditutup. Kebanyakan dalam tulisannya menghentam dua tokoh ulamak PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Kontroversi lain melibatkan Astora ialah dalam tulisannya pernah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik.
Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam Fiqah), sehingga mendapat tentangan pelbagai pihak.
Tulisan Astora yang tutut menimbulkan kontroversi ialah pendapat beliau yang menyokong ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
Beliau menulis bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA untuk membendung pengganas.
Kerana pelbagai polemik yang ditimbulkan dalam tulisannya, beliau pernah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam.
Astora juga pernah berdebat dengan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin yang videonya pernah tersebar pada satu ketika dulu.
Beliau juga adalah pendalai laman web www.tematajdid.com
Mahkamah Persekutuan hari ini mengubah penghakiman 10 tahun lalu yang dibuatnya dalam kes Adorna Properties Sdn Bhd lawan Boonsom Boonyanit yang sekaligus membuka peluang kepada pemilik tanah yang kehilangan tanah mereka secara tidak sah mendapatkan harta mereka semula.
Keputusan menukar penghakiman itu dibuat sebulat suara oleh lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi (kiri).
Mereka menukar keputusan yang yang dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai mantan Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin pada 2000.
Menurut Zaki adalah menjadi tanggungjawab perundangannya membetulkan kesilapan yang sebegitu nyata dan jelas. “Adalah menjadi fakta yang jelas, bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan kesilapan itu dengan secara menipu memindahkan hak tanah berkenaan kepada diri mereka sendiri.
“Saya berharap dengan keputusan ini, pihak berkuasa akan lebih berhati-hati apabila mendaftarkan pemindahan hak milik tanah.”
Penghakiman akan babitkan 30 pemilik tanah
Dianggarkan 30 pemilik tanah akan terbabit dengan keputusan penghakiman hari ini.
Kes berkenaan dicetuskan oleh Boonsom Boonyanit, yang menetap di Thailand dan mempunyai dua petak tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Pada tahun 1988, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Boonsoom Boonyanit membuat pengakuan bersumpah bahawa geran kedua-dua tanah berkenaan telah hilang.
Wanita itu berjaya mendapatkan Pejabat Tanah mengeluarkan sijil hak milik dan kemudiannya menjual tanah berkenaan kepada Adorna Properties dengan nilai RM12 juta.
Menyedari tanahnya dijual tanpa pengetahuannya, Boonyanit menyaman Adorna Properties.
Pa da 1995, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat penghakiman yang memihak kepada Adorna Properties dengan alasan pemindahan itu sah walaupun tanah berkenaan diperolehi secara menipu.
Boonyanit membuat rayuan di Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Gopal Sri Ram, Siti Norma Yaakob dan Ahmad Fairuz. Mereka membuat keputusan yang memihak Boonyanit pada 1997.
Adorna pula membuat rayuan balas kepada Mahkamah Persekutuan pada 2000 yang terdiri dari Eusoff Chin (atas), Wan Adnan Ismail and Abu Mansor Ali. Kali ini, keputusan memihak pula kepada Adorna.
Bagaimanapun, ketika itu, Boonyanit telah meninggal dunia.
Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian itu.
Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer. Menurut Jalaluddin punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300.
Ketika dihubungi Malaysiakini, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor itu berlaku pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.
Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.
Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.
Imam surau Kampung Sabak Awor, Haji Deris Sehan, 63, memberitahu bahawa penyerangnya menggunakan minyak tanah untuk membakar tirai itu.
Katanya, seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli berkata kebakaran di surau pertama itu disedari oleh tiga orang yang sedang menaiki sebuah kereta ketika lalu di lokasi kejadian.
Menurutnya, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka memberhentikan kereta dan bergegas masuk untuk memadamkannya.
Mengenai sama ada ia satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasat.
Sementara kebakaran yang melibatkan pintu masuk ruang solat Surau Parit Beting, pula disedari pada pukul 11 pagi apabila seorang ustazah yang datang untuk mengajar agama di surau tersebut, sebelum membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari tadi
Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja - menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme.
Ia dipercayai berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God'.
Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya.
Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden oleh ADUN DAP Bentayan, Gwee Tong Hing. "Kita tidak tahu sama ada insiden itu ada sebarang kaitan dengan kes serangan ke atas beberapa tempat ibadat sebelum ini.
"Tetapi ia pastinya akan meningkatkan lagi keresahan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata, DAP mengutuk keras sebarang perbuatan seumpama itu yang menurutnya jelas bertujuan untuk mencetuskan rasa syak wasangska antara masyarat berbilang kaum dan agama di negara ini.
"Kita menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat kita," katanya.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
-
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
JITRA: Cubaan seorang lelaki melarikan diri melalui bumbung dari bilik air
rumah untuk mengelak daripada...
Perutusan Dari Tun Mahathir
-
PERUTUSAN KHAS
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU)
1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...
-
Lama sungguh tak menjengah blog ni..bila dalam suasana Malaysia baru
ni..banyak pulak yang nak diluahkan di sini..
Banyak benda berubah..banyak benda terka...
KERJASAMA YANG DINANTIKAN UMAT MELAYU
-
Mengulas kerjasama politik UMNO-PAS, Prof Datuk Dr Sivamurugan Padnian dari
USM dipetik oleh akhbar The Star hari ini (8/9/26) sebagai berkata:
"The poss...
Budak2 Melayu Sekarang....
-
Tengahari semalam memenuhi jemputan walimatul urus kawan Varsity pramugari
gua.
Pramugari gua pi amik air dan booking tempat duduk, gua beratur nak ambil ...
Jawi, Cina dan DAP
-
*Oleh Lim Hong Siang*
Sekali lagi, perbahasan dasar menjadi kalut apabila dicampur-baur dengan
sentimen. Banyak aspek yang perlu diperincikan, khususnya...
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota
-
*Zakat Fitrah dan kemiskinan kota*
Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada
seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...