Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad berkata beliau bimbang Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled
Nordin gagal menasihati Sultan Johor dalam isu Rang Undang-undang
lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.
Menurut beliau walaupun pindaan pada rang undang-undang tersebut,
Khaled mungkin tunduk kepada adat tradisi negeri Melayu yang menganggap
sultan sebagai ketua.
"Ini adat Melayu, jika sultan berkata sesuatu, ia mesti diikut dan saya
bimbang bukan dia (MB) yang menasihati Sultan tapi Sultan yang akan
nasihat dia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucap
utama Bengkel dan Anugerah Human Life Advancement Foundation (HLAF) hari
ini.
Mahathir berkata, Sultan Johor tidak seharusnya terlibat dalam
pentadbiran eksekutif negeri demi menghormati Perlembagaan Persekutuan.